Pages

Wednesday, 11 January 2012

Impian Ariff jadi kenyataan

HASRAT bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly untuk mengikuti ujian percubaan di Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand akhirnya tercapai apabila mendapat tajaan Mister Potato sebanyak RM15,000.
Selepas berita mengenai keinginan Ariff, 19, untuk mencuba nasib di luar negara disiarkan Arena Metro baru-baru ini, ia terus mendapat perhatian Mister Potato yang bersedia memberikan sumbangan untuk pemain itu berada di Akademi Ole selama enam minggu.

Pengurus Penajaan dan Aktivasi Mamee Double Decker (M) Bhd. Sharszany Shahry Abu Shahriman, pihaknya bersedia membantu Ariff selepas menilai potensi besar yang dimiliki pemain muda itu.
“Kami akan menghulurkan bantuan RM14,000 untuk kos yang ditanggung Ariff di samping duit poket sebanyak RM1,000.

“Mister Potato bersetuju membantu Ariff kerana kami ingin membuka peluang kepada anak-anak muda berbakat untuk terus berjaya dalam bola sepak.

“Ini sebagai permulaan buat Ariff dan kami berharap dia menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk mencapai kejayaan supaya menjadi inspirasi kepada pemain lain,” katanya semalam.

Mister Potato kini cukup sinonim dengan bola sepak kerana menjadi Rakan Global Snek kelab gergasi Inggeris, Manchester United.

Bagaimanapun ada juga pihak yang sangsi dengan keputusan Ariff yang kini menjadi kapten skuad Piala Presiden Selangor itu memandangkan Ole hanya sebuah akademi dan bukannya kelab terkenal.
Namun bagi ketua jurulatih kelab Mont Kiara FC, Shazwan Wong Abdullah yang memainkan peranan memperkenalkan Ariff kepada Pengarah Akademi Ole, Nate Winkel, berkata, akademi itu hanyalah platform untuk Ariff memikat kelab luar.

“Saya memberikan maklumat Ariff kepada Winkel, secara peribadi saya mengenali Winkel ketika kami menjadi jurulatih di akademi di China. “Ariff ke sana atas jemputan Akademi itu yang berminat untuk menilai potensinya dan dia bukan ke sana untuk bermain bersama Akademi itu sebaliknya untuk memikat Winkel. Winkel adalah ejen pemain yang mempunyai hubungan cukup baik dengan kelab di Liga Australia dan Major League Soccer,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, 10 January 2012

Kenali Mereka:Newton Ben Katanha (Pemain Import Yang Berbakat Tetapi Kurang Dikenali) Bahagian 1

Newton Ben Katanha,sekarang berusia 28 tahun ialah seorang  pemain kelahiran Zimbabwe yang pernah beraksi bersama pasukan MPPJ Selangor-Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada tahun 2005-2006 dibawah kendalian Michael Feichtenbeiner yang mengambil tugas dari Dollah Salleh yang berhijrah ke Selangor sebagai ketua jurulatih.Pemain ini mempunyai bentuk fizikal yang baik sebagai seorang penyerang utama.Ben Katanha juga boleh bermain di posisi tengah,beliau sangat bijak membuka peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol.
Jikalau anda masih ingat? antara kenangan yang masih tidak dapat dilupakan ialah Ben Katanha adalah penjaring gol terpantas di dalam Liga Malaysia.Ben Katanha hanya mengambil masa 16 saat sahaja untuk menjaringkan gol ketika bertemuan MPPJ menentang Perak pada tahun 2006 ketika itu sedang lintas langsung di TV1.Perlawanan Liga Super tersebut memihak kepada MPPJ yang berjaya menumpaskan Perak digelanggang lawan dengan 2-1.MPPJ membuka jaringan ketika aksi baru berusia 16 saat menerusi Ben Katanha yang menanduk masuk hantaran lintang Kit Kong.Begitupun, Perak yang menerima sokongan padu 25,000 penyokong sendiri, menyamakan kedudukan setengah jam kemudian juga menerusi tandukan hasil hantaran lintang Wiratnam.Namun Liew Kit Kong menggembirakan kem skuad `Chelsea Malaysia' itu dengan tandukan ke gawang minit ke-57 hasil tendangan bebas Rachid Zmama.


Ben Katanha berjaya menghasilkan 11 gol bersama MPPJ ketika saingan Liga Super 2005.Ben Katanha juga pernah mewakili negaranya iaitu Zimbabwe pada tahun 2001-2005.Selepas 2 tahun beraksi di Liga Malaysia  Ben Katanha berubah angin ke Liga Rusia dengan mewakili pasukan PFC Spartak Nalchik.Ben Katanha
hanya beraksi semusim sahaja bersama kelab di Rusia itu.Tahun 2007 Ben Katanha beraksi pula di negara Switzerland,iaitu pasukan FC Schaffhausen beliau beraksi bersama pasukan tersebut selama 3 tahun dan beliau berjaya menjaringkan 29 gol dalam 72 penampilan bersama kelab tersebut.Tahun 2010 Ben Katanha berhijrah ke kelab lain FC Winterthur,juga kelab di Switzerland.Ketika bersama kelab FC Winterthur dengan 32 penambilan beliau berjaya menjaringkan 12 gol.Sekarang Ben Katanha masih beraksi bersama kelab tersebut,beliau sekarang dianggap permata berharga untuk kelab yang diwakilinya itu..




Penulis:Ley Man
Rujukan:
-Utusan
-http://en.wikipedia.org/
-google image

Senarai Penjaring Liga Super 2012


15 Gol :- Jean Emmanuel Effa Owona (NS), Forkey Doe (TER)

13 Gol :-  Michael Kubala (PRK)

12 Gol :- Basko Balaban (SEL)

10 Gol :- Shahril Ishak (LION), Shakir Ali (NS), Khyrill Muhymeen (KED)

9 Gol :- Zairo Annuar Zailani ( TTM ), Faiz Subri (TTM), Mahmoud Ghadar (KEL)

8 Gol :-  Shahdan Sulaiman (LION), Badhri Radzi (KEL)

7 Gol :-  Arthur Henrique (JFC), Mickael Joseph Nicoise (PKNS), Indra Putra Mahayuddin (KEL), Sharudin Yakup (SAB), Fadzli Shaari (TTM), Albert Bodjongo (PRK) 

6 Gol :-   Norshahrul Idlan Talaha (KEL), Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS), Ashaari Shamsuddin (TER), Mohd Rozaimi Abdul Rahman (SAB), Amri Yahyah (SEL), Norfarhan Mohamad (KEL)

5 Gol :-  Hariss Harun (LION),  Agu Casmir (LION), Helmi Rameli (PKNS), Rudie Ramli (PKNS), Safiq Rahim (SEL) Sufian Anuar (LION), Vedran Gerc (KED), Farderin Kadir (FEL), Michael Antoine Curier (FEL), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (PRK)

4 Gol :- Michael Baird (SAB),  Zainizam Marjan (SAB), Riduwan Maon (JFC), Haris Safwan Mohd Kamal (JFC), Asri Chu Chu (SAR),  Afiq Azmi (KL), Shukor Adan (NS), Firdaus Azizul ( NS),  Azidan Sarudin (SEL),  Zacharia Charara (KL)

3 Gol :- Shahruain Abu Samah (NS), Vedran Muratovic (SAR), Joel Epelle (SAR), Khairul Azhar Eidros (SAR),  Guy Bwele (SAR), Azrul Ahmad (FEL), Nizad Ayub (FEL), Raimi Mohd Noor (FEL) Rafiuddin Roddin (PRK), Fazrul Hazli Kadri (PRK), Khairul Izwan Khalid (TTM), S. Chanturu (KEL),  Ismail Faruqi (TER)Manaf  Mamat (TER), Abdul Hadi Yahya (TER), Safuwan Baharuddin (LION),Shazwan Zainon (JFC),  Ramez Dayoub (SEL), Joseph Kallang Tie (TER) , Badrol Bakhtiar (KED), Yong Kuong Yong (FEL), Fadzli Baharudin (PKNS),

2 Gol :- Danny Antwi (KEL) Nwoha Onyekachi (KEL), Rizal Fahmi Rosid (KEL), Nurul Azwan Roya (KEL), Azi Shahril Azmi (JFC), Khairul Ismail (JFC), Izuan Jarudin (JFC), Shahrizal Saad (JFC),Khairul Nizam (LION), Shaiful Esah (LION), Baihakki Khaizan (LION), Irwan Shah (LION), Amirulhadi Zainal (SEL),  P.Gunalan (SEL),  Shahrol Saperi (SAR),K.Ravindran (SAR), Azizan Saperi (SAR), Zamri Morshidi (SAR), Hairol Mokhtar (SAR), Hamidan Mohammed (KED), Muslim Ahmad (TER), Ahmad Fakri Saarani (FEL), Nizarudin Yusof (PKNS), Faizal Abu Bakar (KED),  Emmanuel Okine (KL), S.Kunalan (NS), Azrul Hazran Amiludin (TTM), Brendan Gan (SAB), Shafiq Jamal (PRK), Hendrik Halmke (SAB), Bobby Gonzales (SAB)


1 Gol :- Mohd Firdaus Faudzi ( FEL), Kalle Sone (SAR), Mohd Azizan Baba (SAR), Yosri Derma Raju (SAR), Fauzan Abdullah (KL), Stanley Bernd (KL), Pritam Singh (KL), Khairul Anuar Shafie (KL),  Shahrom Kalam (PRK), Fahrul Razi Kamarudin (PRK), Lazar Popović (PRK), Nazri Kamal (PRK), Failee Ghazli (PRK), K.Gurusamy (SEL), Solehin Kanasian (SEL), Famirul Asraf Sayuti (SEL), R.Surendran (SEL), Fitri Syazwan (SEL), Khaironnisam Sahabudin Hussain (JFC), Fernando Abreu (JFC), Khairul Azrin (PKNS), Mohd Nor Hakim (PKNS), Helmi Lousaief (PKNS), Fadhli Hashim (PKNS), Azrif Nasrulhaq (PKNS), Jasazrin Jamaluddin (JFC),  S.Subramaniam (KEL), Zairul Fitree (KEL), Daudsu Jamaludin (KEL),  Obinna Nwaneri (KEL), Azlan Ismail (KEL), Paulo Sergio Ferreira (PKNS), Mohd Norhafizzuan Jailani (PKNS), Safi Abdelfatah (KED), Fiqri Isa (KED), G.Mahathevan (NS),  Marian Farbak (NS), Aliff Shamsudin (NS), Hasmizan Kamarudin (TER), Erison Da Silva (TER), Shukur Jusuh (TER), Ahmad Nordin Alias (TER), Ronny Harun (SAB), Jufrey Omapor (SAB), Leopold Alphonso Otong (SAB), Razid Gapar (SAB), Radzi Hussin (SAB), Bojan Petric (TTM), Norfadzly Alias (TTM), Marco Tulio (TTM), Zachariah Simukonda (TTM), Rosdi Talib (TTM), Sevki Shaban (LION)

Jaringan Gol Sendiri :- Aiman Syazwan Abdullah (KL), Helmi Rameli (PKNS), Norfadzly Alias (TTM), Khairan Eroza Razali (FEL), Syazwan Roslan (PRK), Mafry Balang (SAB), S.Kunanlan (NS), Shahrul Azhar Ture (SAB), Fazliata Taib (KED), Reithaudin Embran (SAB), Rosdi Talib (TTM)

Rujukan:-  http://www.fam.org.my/
                http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/
                http://liga-m.sokernet.com/





Carta Liga Super (1)


10/01/12
(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 1 )



Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 10.01.2012.
Perlawanan Perak menentang Terengganu menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Perak lwn Terengganu (578 undian)
52% Terengganu menang
43% Perak menang
5% Seri

2. N.Sembilan lwn Selangor (412 undian)
53% N.Sembilan menang
40% Selangor menang
7% Seri

3. Lions XII lwn Kelantan (326 undian)
82% Kelantan menang menang
9% Lion XII menang
9% Seri

4. T-Team lwn Kedah (199 undian)
58% Kedah menang
40% T-Team menang
2% Seri

5. Felda United lwn Sabah (82 undian)
85% Sabah menang
13% Felda United menang
2% Seri

6. Pkns lwn Johor Fc (63 undian)
68% Johor Fc menang
23% Pkns menang
9% Seri

7. Sarawak lwn K.Lumpur (60 undian)
60% Sarawak menang
35% K.Lumpur menang
5% Seri