Pages

Friday, 15 March 2013

Analisis Pasukan Kedah FA 2013 setakat Bulan Mac

hasil pemerhatian saya sebagai seorang peminat biasa pasukan kedah darul aman setelah hampir 3 bulan liga m 2013 berlangsung + pra musim tempoh hari mengenai pasukan kedah 2013:

hadi hamid:aksi ketika ini diparas normal sahaja, daripada 3 penjaga gol yang didaftarkan, hadi paling berpengalaman, pada saat ini, pengalaman hadi sebagai penjaga gol malaysia u-20 amat ditagih,

arman fareez:seorang pemain pertahanan kanan yang baik, laju,kawalan bola yang baik cuma kelemahan arman ialah arman tidak berani melakukan overlap sekaligus menyebabkan bahagian kanan kedah hanya tergerak serangan di posisi sayap sahaja,

khairul helmi:raja bola diudara, keon telah hampir sempurna kematangannya dibahagian pertahanan tengah, pengalaman yang ditimba daripada sejak zaman victor andrag,hugging dan fauzie nan telah memberi keon satu azimat untuk menjadi seorang lagi legenda dibahagian pertahanan kedah

faris azlan:fizikal yang baik,tenang disaat bola berada padanya, robust ala-ala azmizi azmi, berjaya membentuk gandingan yang baik bersama keon, cuma kadangkala sedikit leka perlu dirawat sedikit kelemahan ini

fiqri mat isa:perubahan yang dibawa oleh marijo tot meletakkan fiqri di posisi pertahanan kiri berbanding posisi asalnya sebagai pemain sayap sudah pasti antara kejayaan awal tot bersama pasukan, fiqri mempunyai kelajuan,kawalan bola yang baik dan kini agak tenang, kelajuan fiqri sesuai untuk pressure pemain lawan ketika diserang, dan kini rajin melakukan overlap,

zuraindey jumai:pemain paling rajin dalam padang, robust, cuma kadangkala agak kalot namun itu bukanlah alasan meletakkan zuraindey di bangku simpanan, namun kerna kerajinan melampau dan robustnya menyebabkan zuraindey seringkali mengalami kekejangan dan kecederaan,

nelson sam martin:aksinya masih sama seperti zaman double treble, cuma kini agak kurang tru pass grounder kerna lebih banyak mencipta tru pass tinggi, dan nelson perlu mengurangkan panas barannya kerana kerap kali nelson dihadiahkan kad kuning percuma kerana panas barannya itu,

shazuan ashraf:umpama messi aksinya,cukup laju,kawalan bola yang baik, cross yang baik cuma tidak konsisten ketepatan crossingnya, dan shazuan perlu lebih tenang dalam membuat keputusan ketika bola ada dikakinya,mempunyai rembatan yang padu cuma perlu lebih sedikit latihan rembatan dan dia akan berpeluang mencipta jaringan luar kotak dengan lebih kerap selepas ini,

baddrol bakhtiar:musim ini badd kembali ke posisi asalnya sebagai pemain sayap,hantaran-hantaran jauh badd masih berbisa,kawalan bola yang baik,change side pass yang cukup berkualiti, laju, mempunyai rembatan yang berkualiti cuma pressure yang tinggi untuk badd menjaringkan gol menyebabkan rembatannya jarang menuju tepat sebaliknya lebih suka melayang,andai badd dapat mengatasi masalah ini,sudah pasti banyak gol dapat dicipta

cheyene santos:seorang pemain yang cukup berskil tinggi, pakar drible, cuma mungkin bukan tuahnya untuk menyerlah di kedah disamping rasanya dia sama posisi dengan khyril sebagai top forward lantas memaksanya bertindak sebagai backup forward menyebabkan dirinya kurang menyerlah, semoga berjaya bersama pasukan baharu,

khyril muhymeen: superb! Dari seorang pemain sayap, kini sebagai pencetak gol! Cuma khyril perlu mengawal emosi dari mengutip kad kuning yang tidak sepatutnya diterima, pakar drible,cukup laju untuk dikekang pertahanan lawan,


hasil pemerhatian saya sebagai seorang peminat biasa pasukan kedah darul aman setelah hampir 3 bulan liga m 2013 berlangsung + pra musim tempoh hari mengenai pasukan kedah 2013, jika petang tadi untuk barisan kesebelasan utama,kali ini untuk barisan pemain simpanan:

Sabree Abu:Semua sedia maklum mengenai kemampuan pemain yang digelar kereta kebal oleh peminat Kedah ini. Biarpun kini saiz badan agak gempal,tetapi itu bukanlah masalah buat Sabree malahan dia bermain penuh semangat demi Kedah Darul Aman. Kelebihan Sabree sudah pasti kekebalan ketika bertahan dan mampu membuat overlapping berbanding Arman Fareez.

Shahrul Ezrein:Seperti Sabree,ramai pihak mengetahui kelebihan yang ada pada pemain berkaki kidal ini, kawalan bola yang baik juga mempunyai crossing yang berkualiti ketika melakukan overlapping,sesuai bertindak as a super sub kepada fiqri, Cuma mungkin kurang kelajuan berdasarkan usianya yang semakin meningkat namun pengalaman yang ada tidak boleh dipertikaikan.

Hairiri Shafi:Saiz badan yang bergred A selaku pertahanan, namun control ball yang lemah menjadi penyebab dia masih belum layak berada dalam kesebelasan utama.

Mohd Reduan:Pemain yang digelar Pak Malau dalam rakan sepasukan,masih muda dan tahun ini sudah pasti menjadi tahun mengutip pengalaman bagi dirinya. Kawalan bola yang ok namun agak gopoh membuat keputusan ketika bola berada dikaki.

Wan Mohd Shukri:Kawalan bola yang baik,sesuai bertindak sebagai supersub kepada Zuraindey ataupun Tengku Hasbullah, Cuma kekurangan visi menyerang sebagaimana Zuraindey,perlu meningkatkan kemahiran menyerang dan dia pasti bakal mendapat tempat 11 utama dengan lebih kerap.

Tengku Hasbullah:Kualiti menghampiri kualiti yang ada pada Zuraindey, namun sedikit sahaja yang membezakan dia dengan Zuraindey iaitu visi ketika menyerang, supersub buat Zuraindey.

Wan Hussein:Fizikal yang mantap,kualiti rembatan yang baik Cuma control ball lemah,mana mungkin mampu mencabar tempat Nelson dibahagian attacking midfielder,perlu segera meningkatkan kualiti kawalan bola andai berhajat bermain di kesebelasan utama.

Akmal Rizal:kualiti kawalan bola, rembatan, drible semuanya masih akmal yang kita kenal, Cuma semakin dimamah usia pula fitnessnya,maka akmal lebih sesuai menjadi supersub menjelang minit ke70 keatas,sudah dua kali dia masuk pada minit-minit akhir permainan dan berjaya mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan dan menjaringkan gol!
Faizal Abu Bakar:Rembatan sepet cukup padu! Larian yang masih deras Cuma sepet perlu meningkatkan kualiti serangan didepan gol dan juga kualiti kawalan bola dan dia pasti dapat mencabar kesebelasan utama pasukan kedah musim ini.

Hattapon Bun An:Masih muda, dia perlu meningkatkan kualiti serangannya juga control ball yang agak lemah namun crossing daripada pemain berbangsa Siam ini boleh dipuji kualitinya.



Syamim Alif:Dia adalah penyerang sejati,bukannya pemain sayap, dia mengukir nama sebagai pemain terbaik Asean u-18 pada 2009/2010,menjadi penjaring terbanyak rantau Asia Tenggara pada zaman remajanya..Ayuh Tot,kembalikan posisi asalnya atau setidaknya memberikan dia sekali peluang bagi dia membuktikannya!

Muhaimin Ramli:Penjaga gol kedua pasukan Kedah musim ini, ada bakat, namun perlu asah lagi disamping masih muda dan perlu menimba lebih banyak pengalaman sebelum mampu mencabar kedudukan hadi hamid di gawang gol, juga dia perlu membuang sifat-sifat seperti Helmi Eliza Elias yang agak fancy ketika mengawal gawang gol.

Khairul Efsan:Tiada pemerhatian memandangkan tidak pernah diturunkan pada mana-mana perlawanan baik aksi sebenar mahupun aksi persahabatan.

SEKADAR PENDAPAT PERIBADI-Mohamad Asyraaf