Pages

Tuesday 5 June 2012

Ariff Farhan Bintang Dalam Pembikinan



Muhd Ariff Farhan Bin Mat Isa daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ) (jersi no 30) adalah salah seorang pemain termuda dalam pemilihan skuad untuk aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 22. Malah Ong Kim Swee baru-baru ini meramalkan bahawa beliau mampu mencipta impak sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nazmi Faiz.

Berasal daripada Kedah, Farhan merupakan salah seorang anggota skuad bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum(TATAR) yang telah berjaya menjadi wakil Asia dalam kejohanan Piala Manchester United bawah 14 pada tahun 2010.

Nota:Kejohanan Piala Manchester United bawah 14 adalah kejohanan utama di dunia bagi peringkat umur bawah 14 tahun. Farhan bermain di posisi tengah dan juga pertahanan. Dia juga merupakan adik kepada pemain skuad Liga Super Kedah iaitu Fiqri Mat Ssa.

Kredit Foto:Sufian Abdullah