Viatcheslav Melnikov adalah seorang pemain bolasepak profesional.Melnikov dilahirkan pada tahun 12 Mac 1975,sekarang berusia 37 tahun.Melnikov mempunya ukuran badan yang baik sebagai penyerang dan pemain kelahiran Russia ini juga mempunya pakej yang lengkap dari segi corak permainannya,kemahiran penyudah yang sangat baik dan tendangan yang tepat serta padu sehingga dia digelar dikalangan penyokong 'Rusia Tropedo' Melnikov juga dikenali sebagai "Dia Slava" dikalangan rakan sepasukan.Melnikov mula mencipta nama di Liga Malaysia dengan mewakili pasukan Pahang pada tahun 1998.Nama Melnikov mula meningkat naik sejak beliau telah berjaya mendapat kasut emas (Liga Perdana Satu) pada tahun 1998 ketika menyarung jesri Pahang dengan 17 jaringan.

Tahun 2004 pasukan Pulau Mutiara berjaya mendapat khidmat beliau,Melnikov banyak membantu pasukan yang diwakilinya ini dengan menjaringkan gol disaat-saat genting dan diakhir-akhir perlawanan.Tahun 2005 Melnikov digandingkan dengan pemain import dari Nigeria iaitu Dudu MacPherlin kedua-dua pemain ini kelihatan serasi bermain bersama-sama ketika digandingkan.
Ketika Kempen Liga Super hampir tamat prestasi Melnikov kurang memberangsangkan,lalu Pulau Pinang terpaksa melepaskan pemain hebat ini,dan beberapa lagi import termasuk rakan gandingannya Dudu MacPherlin yang ingin berhijrah ke Liga India.Melnikov ketika itu masih berniat lagi untuk menyumbangkan khidmatnya tetapi ketika itu juga Pulau Pinang mengalami masalah kewangan lalu terpaksa melepaskan Melnikov.Pulau Pinang hanya mengekakalkan seorang saja pemain import untuk tahun hadapan iaitu Mario Da Silva.Tahun 2007 Melnikov menamatkan kariernya di TDCS Dong Thap F.C.Kelincahan,tendangan yang padu dan corak permainan pemain Rusia ini tidak mungkin kita dapat melupakan.
Penulis:Ley Man
Rujukan:
-Wikipedia
-Azmi Mahamood
-Star online
-Tokgajah
-Haria Penang 69
-Harimaumalaya