Pages

Thursday, 16 February 2012

Sumpahan Piala FA, siapa mangsa seterusnya?

Saingan Piala FA Malaysia musim 2012 akan bermula esok hari dengan perlawanan pusingan pertama dan tunggal yang melibatkan pasukan Kejor Yob Kejor, Perak menentang ‘Manchester City Malaysia’ a.k.a ATM FA di Stadium Perak, Ipoh. Baki perlawanan pusingan pertama ini akan diteruskan pada hari Sabtu dan juga beberapa perlawanan lagi pada hari Ahad.

Jika di saingan Piala FA Inggeris, saingan merebut kejuaraan ini sememangnya ‘berhantu’ apabila banyak kelab-kelab/pasukan-pasukan ternama tewas mengejut kepada kelab-kelab divisyen dua dan tiga sesebuah negara itu. Namun jika disingkap kembali faktor kekalahan itu, ternyata sikap ‘terlalu mengambil mudah’ adalah punca utama kekalahan mereka.

Jika disingkap perjalanan kejohanan Piala FA musim 2011, Juara dan Naib Juara Piala FA musim 2010, Negeri Sembilan dan Kedah nyata telah terkena sumpahan kejohanan kalah mati ini apabila tersingkir awal di pusingan pertama apabila gagal untuk menewaskan lawan masing-masing.

Diharapkan saingan yang akan bermula esok hari ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan-pasukan kurang ternama terutamanya daripada pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan juga Melaka bagi membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing dalam saingan Liga M 2012.

Kepada pasukan-pasukan ‘besar’ pula, jangan terlalu mengambil ringan saingan yang bakal diberikan pasukan-pasukan bawahan kerana penyokong sudah pasti tidak dapat menerima kekalahan itu ditambah pula jika pihak pengurusan memberikan alasan ‘tidak menurunkan pasukan terkuat’.

Jika tidak silap penulis, piala untuk kejohanan ini akan dibuat yang baru dan piala yang lama akan disimpan terus oleh pemenang kejohanan musim 2011 iaitu Terengganu. Akhir kata, selamat bertanding kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2012 daripada kami, admin page Bolasepak Malaysia.

Penulis: Pecinta Bola

Wednesday, 15 February 2012

Senarai Pelatih Kebangsaan Untuk Aksi Menentang Sabah dan Filipina


Senarai 27 Orang Pelatih Skuad Kebangsaan Untuk Aksi Persahabatan Menentang Sabah (24.02.2012) dan Filipina (29.02.2012).
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (N.Sembilan)
2. Norazlan Razali (Selangor)

Pertahanan
4. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
5. G. Mahathevan (N.Sembilan)
6. Faizal Muhamad (Terengganu)
7. Zubir Azmi (Terengganu)
8. Muslim Ahmad (Terengganu)
9. S.Subramaniam (Kelantan)
10. Mahali Jasuli (Harimau Muda)
11. Fadhli Shas (Harimau Muda)
12. Aidil Zafuan (ATM)

Tengah
13. Amar Rohidan (Kedah)
14. K.Gurusamy (Selangor)
15. Shakir Shaari (Kelantan)
16. Bunyamin Omar (Selangor)
17. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
18. Safiq Rahim (Selangor)
19. Ashaari Shamsudin (Terengganu)
20. Shahrudin Yakup (Sabah)
21. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
22. S.Kunanlan (N.Sembilan)

Penyerang
23. Shakir Ali (N.Sembilan)
24. Manaf Mamat (Terengganu)
25. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
26. Zaquan Adha (ATM)
27. Safee Sali (Pelita Jaya)


Tuesday, 14 February 2012

Carta Liga Super (8)

(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 8 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 14Februari 2012. Perlawanan Selangor menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Selangor lwn Kelantan (652 undian)
64% Kelantan menang
25% Selangor menang
11% Seri


2. Terengganu lwn Kedah (300 undian)
53% Terengganu menang
44% Kedah menang
3% Seri

3. Perak lwn Lions Xii (190 undian)
89% Perak menang
7% Seri
4% Lions Xii menang

4. N.Sembilan lwn Pkns (112 undian)
51% N.Sembilan menang
33% Pkns menang
16% Seri

5. Johor Fc lwn Sarawak (106 undian)
72% Sarawak menang
23% Johor Fc menang
5% Seri

6. Sabah lwn K.Lumpur (57 undian)
73% Sabah menang
13.5% K.Lumpur menang
13.5% Seri

7. Felda United lwn T-Team (53 undian)
61% T-Team menang
25% Felda United menang
14% Seri

Monday, 13 February 2012

Carta Liga Premier (7)

(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012