Sebelum bermulanya saingan Liga Premier 2015, PBNS telah mengambil langkah membawa pemain-pemain berpengalaman serta melantik K.Devan sebagai jurulatih untuk merealisasikan sasaran menjuarai Liga Premier 2015 dan seterusnya layak beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan. Walaupun ada pemain yang boleh dianggap sudah berada di hujung kerjaya, sehingga digelar kuda tua, namun ia tidak menjadi masalah buat para penyokong. Bagi penyokong apa yang penting asalkan pemain terbabit menepati kehendak jurulatih untuk merencanakan taktikal terbaik bagi membawa kejayaan buat pasukan “Hobin Jang Hobin”itu sudah memadai.
Dalam aksi pramusim, pencapaian pasukan N.Sembilan cukup menyakinkan. Skuad bimbingan Devan Berjaya menewaskan pencabar dari Liga Super seperti ATM, Perak serta Terengganu. Pada peringkat awal saingan Liga Premier aksi yang ditampilkan agak memuaskan dengan mencatatkan beberapa kemenangan. Namun ia juga disebabkan pasukan N.Sembilan belum menentang pencabar yang kuat dalam 4 perlawanan awal liga.
Namun kemerosotan prestasi skuad N.Sembilan dapat dilihat semenjak daripada tewas kepada pasukan T-Team. Selepas itu pasukan N.Sembilan kalah kepada P.Pinang dalam saingan Piala FA sebelum seri menentang PKNS dan tewas kepada Kedah. Kemenangan terhadap JDT II tidak begitu menyakinkan. Dan kemuncak kepada kemarahan penyokong apabila tewas kepada pasukan K.Lumpur. Dalam erti kata lain, prestasi skuad N.Sembilan mengalami kemerosotan dari satu perlawanan kesatu perlawanan. Adakah ia berpunca daripada corak latihan yang diterapkan jurulatih?
PBNS serta Devan telah mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kekurangan yang wujud dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain April lepas. Ketika pasukan seperti Kedah, T-Team, Sabah mengambil peluang ini dengan menggantikan dengan pemain yang lebih baik, sebaliknya berlaku dalam pasukan N.Sembilan. Bukan setakat pemain import malahan pemain tempatan baru juga tidak diambil pada jendela perpindahan tersebut. Sedangkan aksi pemain import seperti Jean Alexandre dilihat agak merudum akhir-akhiri ni. Pertukaran posisi antara Alexandre dan Kim Jin Ryung di lihat sedikit memberikan impakpositif. Namun masih belum cukup untuk memberikan keputusan positif buat pasukan N.Sembilan.
Jika gagal menang menentang P.Pinang pada 8 Mei ini, Devan sudah boleh dianggap gagal untuk mencapai misi yang diharapkan. PBNS harus mengambil langkah proaktif untuk mencari pengendali baru agar misi untuk ke Liga Super tidak berkubur begitu sahaja.Tidak perlu untuk menunggu lagi kerana rekod 4 menang, 2 seri dan 3 kekalahan dalam 9 perlawanan adalah jauh daripada sasaran. Agak pelik, jurulatih seperti Ridzuan Abu Shah yang mempunyai rekod yang baik sewaktu menjadi “caretaker” pada 2013 dipinggirkan begitu sahaja. Malah pemain muda yang Berjaya digilapnya seperti Amirul Omar serta Bukhairi Idris terbiar begitu sahaja selepas pemegiannya. N.Sembilan memerlukan jurulatih yang mempunyai taktikal yang pelbagai selain berani mengetengahkan pemain muda. Devan dilihat cukup setia dengan kesebelasan yang hampir sama dalam setiap perlawanan. Walaupun kesebelasan utama tersebut gagal mempamerk an aksi terbaik dalam perlawanan sebelumnya .Lihat sahaja kepada posisi penjaga gol. Walaupun seringkali melakukan kesiapan yang membawa kepada kekalahan pasukan, Helmi Heliza masih menjadi penjaga gol utama. Walau macam mana teruk sekalipun dia bermain, posisi penjaga gol utama sudah pasti menjadi miliknya dalam setiap perlawanan. Helmi Heliza sudah berada di zon selesa dibawah Devan. Begitu juga dengan beberapa pemain lain. Semoga PBNS mendengar pandangan daripenyokong. Rehatkan Devan seandainya N.Sembilan gagal untuk memungut 3 mata pada 8 Mei ini. Semoga misi untuk ke Liga Super 2016 kembali bersinar.
Penulis :Gagak Di Rimba