Pages

Thursday 28 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (9)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 01hb Mac 2013. Perlawanan K.Lumpur menentang Sarawak menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. K.LUMPUR lwn SARAWAK (79 undian)
94% Sarawak menang
3%  K.Lumpur menang
3% Seri

2. NS BETARIA lwn KEDAH (78 undian)
96% Kedah menang
4% Seri
0% NS Betaria menang

3. SABAH lwn JOHOR (62 undian)
62% Johor menang
38% Sabah menang
0% Seri

4. PERLIS lwn PDRM (16 undian)
50% Perlis menang
38% PDRM menang
12% Seri

5. SPA PUTRAJAYA lwn POS MALAYSIA (11 undian)
67% Seri
33% Pos Malaysia menang
0% SPA Putrajaya menang

6. SIME DARBY lwn UITM (8 undian)
80% Sime Darby menang
20% UITM menang
0% Seri

Friday 22 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Super (8)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 22hb dan 23hb Februari 2013. Perlawanan Pahang menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. PAHANG lwn KELANTAN (389 undian)
67% Kelantan menang
29% Pahang menang
4% Seri

2. FELDA UNITED lwn DARUL TAKZIM FC (88 undian)
61% Darul Takzim FC menang
30% Felda United menang
9% Seri

3. LIONS XII lwn PERAK (84 undian)
87% Perak menang
13% Lions Xii menang
0% Seri

4. SELANGOR lwn PKNS (78 undian)
72% Selangor menang
17% PKNS menang
11% Seri

5. TERENGGANU lwn ATM (76 undian)
63% Terengganu menang
31% ATM menang
6% Seri

6. N.SEMBILAN lwn T-TEAM (62 undian)
48% N.Sembilan menang
44% T-Team menang
8% Seri

Thursday 21 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (8)

Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 22hb Februari 2013. Perlawanan Sarawak menentang Johor menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. SARAWAK lwn JOHOR (143 undian)
60% Sarawak menang
40%  Johor menang
0% Seri

2. KEDAH lwn SIME DARBY (112 undian)
86% Kedah menang
14% Sime Darby menang
0% Seri

3. POS MALAYSIA lwn PERLIS (24 undian)
89% Pos Malaysia menang
11% Perlis menang
0% Seri

4. PDRM lwn SABAH (17 undian)
60% Sabah menang
40% PDRM menang
0% Seri

5. UITM lwn SPA PUTRAJAYA (14 undian)
50% UITM menang
25% SPA Putrajaya menang
25% Seri

6. K.LUMPUR lwn NS BETARIA (13 undian)
67% K.Lumpur menang
33% NS Betaria menang
0% Seri

Tuesday 19 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2013 (7)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 19hb Februari 2013. Perlawanan Kelantan menentang Terengganu menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. KELANTAN lwn TERENGGANU (315 undian)
50% Kelantan menang
47% Selangor menang
3% Seri

2. PERAK lwn PAHANG (199 undian)
67% Perak menang
29% Pahang menang
4% Seri

3. ATM lwn SELANGOR (189 undian)
48% Selangor menang
28% ATM menang
24% Seri

4. DARUL TAKZIM FC lwn LIONS XII (188 undian)
62% Darul Takzim FC menang
22% Lions Xii menang
16% Seri

5. T-TEAM lwn FELDA UNITED (28 undian)
65% T-Team menang
24% Felda United menang
11% Seri

6. PKNS lwn N.SEMBILAN (24 undian)
58% PKNS menang
42% N.Sembilan menang
0% Seri

Monday 18 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (7)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 18hb Februari 2013. Perlawanan Johor menentang PDRM menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. JOHOR lwn PDRM (79 undian)
70% Johor menang
22%  PDRM menang
8% Seri

2. NS BETARIA lwn SARAWAK (75 undian)
88% Sarawak menang
9% NS Betaria menang
3% Seri

3. SPA PUTRAJAYA lwn KEDAH (51 undian)
88% Kedah menang
6% SPA Putrajaya menang
6% Seri

4. PERLIS lwn UITM (16 undian)
86% Perlis menang
14% Seri
0% UITM menang

5. SABAH lwn POS MALAYSIA (15 undian)
63% Sabah menang
25% Pos Malaysia menang
12% Seri

6. SIME DARBY lwn K.LUMPUR (6 undian)
66% Sime Darby menang
17% K.Lumpur menang
17% Seri


Friday 15 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | PKNS

PKNS

Pengurus : Azmi Adnan
Jurulatih : Abdul Rahman Ibrahim
Pemain Tumpuan : Ramezey Che Ros, Es Lizuan Zahid Emir, Helmi Loussaief, Patrick Ronaldinho
Ramalan : Pasukan pengacau (kedudukan pertengahan liga)
Rating : 7.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Mohd Hafidz Romly - GK
2. Faiz Mohd Isa
3. Es Lizuan Zahid Amir
4. Fadhil Hashim
5. Nizad Ayub
6. Helmi Loussaief
7. Zamri Morshidi
8. Khairul Azrin Khazali
9. P.Rajesh
10. Fazli Baharudin
11. Mohd Nazrin Syamsul Bahari
12. Ally Imran Samarkhan Ismail
13. Fauzan Dzulkifli
14. Fakhrul Aiman Sidid
15. P.Gunalan
16. Zulharis Mohd Noor
17. Reeshafiq Alwi
18. Mohd Noor Hakim Hassan
19. Ahmad Azlan Zainal
20. Mohd Aminuddin Mohd Noor
21. Helmi Rameli
22. Remezey Che Ros
23. Razi Effendi Suhit (Gk)
24. Patrick Ronaldinho
25. Lot Abu Hassan
26. Nurshamil Abg Ghani
27. Ibrahim Aziz
28. Tauffiq Ar Rasyid Johar (Gk)
29. Amirul Aiman Amran
33. Nazmi Faiz Mansor


Pujian harus diberikan kepada Abdul Rahman Ibrahim kerana berjaya meletakkan PKNS sebaris dengan pasukan elit lain dalam saingan Liga Super. Musim ini PKNS dilihat lebih stabil disetiap posisi dan antara pembelian yang dianggap berbaloi ialah Es Lizuan - seorang pemain pertahanan yang cukup tenang mengawal penyerang lawan, Patrick Ronaldinho - penyerang yang cukup licik serta mempunyai naluri pemusnah yang cukup tajam serta tidak ketinggalan bintang muda negara yang mampu menguasai bahagian tengah, Nazmi Faiz yang akan beraksi pada April nanti.
Dengan kekuatan yang ada PKNS diramalkan akan mampu untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan tetapi untuk muncul sebagai pasukan pencabar kejuaraan, mereka belum lagi mencapai standard sedemikian.

Penulis : Arieost Azzurie
 








Perlawanan Tumpuan Liga Super (6)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 15hb & 16hb Februari 2013. Perlawanan Selangor menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. SELANGOR lwn KELANTAN (485 undian)
49% Kelantan menang
39% Selangor menang
12% Seri

2. TERENGGANU lwn PERAK (261 undian)
55% Perak menang
39% Terengganu menang
6% Seri

3. DARUL TAKZIM FC lwn T-TEAM (212 undian)
60% T-Team menang
34% Darul Takzim FC menang
6% Seri

4. LIONS XII lwn PAHANG (115 undian)
87% Pahang menang
10% Lions Xii menang
35 Seri

5. NEGERI SEMBILAN lwn ATM (79 undian)
50% Negeri Sembilan menang
41% ATM menang
9% Seri

6. FELDA UNITED lwn PKNS (30 undian)
45% PKNS menang
36% Seri
19% Felda United menang

Thursday 14 February 2013

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (6)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 15hb Februari 2013. Perlawanan Kedah menentang Perlis menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. KEDAH lwn PERLIS (104 undian)
71% Kedah menang
25%  Perlis menang
4% Seri

2. SARAWAK lwn PDRM (54 undian)
95% Sarawak menang
5% Seri
0% PDRM menang

3. POS MALAYSIA lwn JOHOR (32 undian)
77% Johor menang
23% Pos Malaysia menang
0% Seri

4. UITM lwn SABAH (10 undian)
50% Sabah menang
25% UITM menang
25% Seri

5. K.LUMPUR lwn SPA PUTRAJAYA ( 9 undian)
50% K.Lumpur menang
50% Seri
0% SPA Putrajaya menang

6. NS BETARIA lwn SIME DARBY (7 undian)
50% Sime Darby menang
25% NS Betaria menang
25% Seri

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Perak


Pengurus : Khairul Azwan Harun
Jurulatih : Azraai Khor Abdullah
Pemain Tumpuan : Farizal Marlias, Rafael Souza, Shahrulnizam Mustapha, Abdul Hadi Yahya
Ramalan : Pasukan pengacau (kedudukan pertengahan liga)
Rating : 7.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Jibrail Kamaron Baharin (Gk)
2. Haizal Faquan Sudarudin
3. M.Yoganathan
4. Mohd Nasir Basharudin
5. Shahrom Kalam
6. Syazwan Roslan
7. Azlan Ismail
8. Shahrulnizam Mustapha
9. -
10. Karim Rouani
11. Khairi Kiman
12. Failee Ghazli
13. Rafael Souza
14. Abd Hadi Yahya
15. Yong Kuong Yong
16. -
17. V.Thirumurugan
18. M.Sivakumar
19. Noor Hazrul Mustapha
20.Rafiuddin Roddin
21. Nazri Kamal
22. Khairul Amri Sallehuddin
23. S.Chanturu
24. Hisyamudin Shaari
25. Farizal Marlias


PERAK
Kehadiran Azraai Khor sebagai pengendali skuad seladang dianggap sebagai satu rahmat buat penyokong Perak. Azraai Khor dianggap sebagai jurulatih “magis” dengan rekod membanggakan bersama pasukan Kedah serta pasukan N.Sembilan. Namun begitu prestasi pasukan Perak dalam peringkat awal liga dilihat tidak beberapa memberangsangkan. Ia mungkin berpunca daripada faktor kecederaan beberapa pemain tonggak antaranya Shahrulnizam Mustapha, S.Chantu serta Karim Rouani. Namun penulis meramalkan Liga Super sebagai pentas untuk Azraai meneroka potensi sebenar skuad kendaliannya. Keadaaan sama yang berlaku pada tahun 2011 dimana skuad N.Sembilan yang dibimbing Azraai muncul juara Piala Malaysia walaupun mempamerkan aksi  sederhana pada saingan Liga Super. Perak mungkin akan mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan pertengahan, namun mereka bakal mempamerkan taring sebenar dalam pertandingan Piala Malaysia.

Penulis : Arieost Azzurie







Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Selangor


SELANGOR

Pengurus : Irfan Bakti
Jurulatih : Irfan Bakti
Pemain Tumpuan : Norazlan Razali, Ramez Dayoub, S.Kunanlan, Forkey Doe
Ramalan : Pasukan pengacau (kedudukan pertengahan liga)
Rating : 8.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Fairul Azwan Shahrulail (Gk)
2. V.Kavichelvan
3. Fairuz Abd Aziz
4. Asrarudin Putra Omar
5. Ramez Jamal Dayoub
6. Nasriq Baharom
7. Adib Aizudin Abd Aziz
8. Shukur Jusoh
9. Solihin Kanasian Abdullah
10. Francis Forkey Doe
11. Afiq Azmi
12. Bunyamin Omar
13. Raimi Mohd Noor
14. -
15. K.Gurusamy
16. S.Kunanlan
17. Amri Yahyah
18. Mahali Jasuli
19. Wan Mohd Hoesne Wan Hussein
20.-
21. Norazlan Razali (Gk)
22. Ramzul Zahini Adenan
23. S.Venood
24. Fitri Syazwan Raduwan
25. Sharbinee Alawee (Gk)


SELANGOR
Ini adalah musim kedua Irfan Bakti mengendalikan pasukan Selangor. Pencapaian musim pertamanya bersama pasukan ini dilihat agak sederhana apabila membantu skuad “gergasi merah” menduduki tangga ke-3 Liga Super, pusingan kedua Piala FA serta separuh akhir Piala Malaysia.
Dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti S.Kunanlan, Mahali Jasuli,  Shukur Jusoh, Raimi Mohd Noor serta Francis Forkey Doe ia dilihat mampu mengukuhkan pasukan Selangor khususnya dibahagian midfield serta serangan. Namun kehilangan pemain seperti Safiq Rahim serta Azidan Sarudin dilihat merugikan pasukan. Tanpa Safiq serta Balaban, Selangor tidak mempunyai “specialis” untuk mengambil sepakan percuma yang seringkali menggegarkan gawang lawan seperti musim lepas.
Selepas Melihat kekuatan Selangor disetiap posisi, penulis meramalkan Selangor akan mengakhiri cabaran dikedudukan pertengahan liga, dan dengan sedikit tuah mereka mungkin boleh menduduki tangga ke-4 atau ke-5, namun peluang untuk muncul juara dilihat tipis. Bukan penulis menafikan kehebatan pasukan Selangor, tetapi pasukan seperti ATM, Pahang serta Kelantan dirasakan agak sukar untuk digugat. Namun ia hanyalah pandangan peribadi yang bersifat subjektif, jawapan sebenar akan hanya diketahui pada penghujung saingan liga nanti.

Penulis : Arieost Azzurie







Wednesday 13 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Lions Xii


LIONS XII

Pengurus : Eugene Loo Kai York
Jurulatih : V.Sundram Moorthy
Pemain Tumpuan : Izwan Mahbud, Baihakki Khaizan, Shahril Ishak,
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Izwan Mahbud (Gk)
2. Shakir Hamzah
3. Faris Azienudin Khaeri
4. Isa Halim
5. Baihakki Khaizan
6. Madhu Mohana
7. Gabriel Quak Jun Yi
8. Hafiz Abu Sujad
9. Faritz Abd Hameed
10. Fazrul Nawaz
11. Safirul Sulaiman
12. Syafiq Zainal
13. Izzdin Shafiq Yacob
14. Hariss Harun
15. Zulfahmi Ariffin
16. Raihan Abd Rahman
17. Shahril Ishak
18. Muhammad Khairulhin Mohd Khalid
19. Irwan Shah Arismail
20. Khairul Nizam Mohammad
21. Safuwan Baharudin
22. Iqbal Hamed Hussain
23. Nazrul Ahmad Nazri
24. Faris Ramli
25. Ali Hudzaifi Mohd Yusof
26. Shahfiq Ghani
27. Aqhari Abdullah
28. Neezam Abd Azia (Gk)
29. Syed Sufiyan Syed Sulaiman (Gk)

LIONS XII
Pencapaian pasukan Lions Xii di musim pertama mereka dalam saingan Liga Super agak membanggakan apabila muncul naib juara. Dengan dibarisi oleh rata-rata pemain kebangsaan Singapura (kecuali pemain naturalisasi) skuad Lions Xii kali ini diwakili dengan 9 pemain yang membawa Singapura menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ini serta selebihnya adalah pemain yang bakal mewakili Singapura dalam Sukan Sea Disember nanti. Jesteru itu ancaman pasukan Lions Xii wajar diberikan perhatian sebagai salah satu pasukan pilihan dalam saingan Liga Super.
Rentak permainan pantas pasukan ini merupakan satu aset yang seringkali membawa kejayaan kepada mereka. Namun rekod membuktikan mereka lebih selesa bermain di padang tiruan berbanding dengan padang biasa. Dalam 5 perlawanan awal, mereka tewas 2 kali di padang biasa iaitu dengan T-Team serta PKNS. Peluang Lions Xii untuk mencipta sesuatu dalam saingan Liga Super akan terjejas sekiranya mereka kerap keciciran mata walaupun ia perlawanan digelanggang lawan. Antara tonggak skuad ini ialah kapten pasukan Shahril Ishak, yang merupakan watak penting untuk menggerakkan jentera tengah serta pemain berpengalaman seperti Baihakki Khaizan yang cukup kental mengawal benteng Lions Xii.

Penulis : Arieost Azzurie

Tuesday 12 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Darul Takzim FC

DARUL TAKZIM FC

Pengurus : Fandi Ahmad
Jurulatih : Fandi Ahmad
Pemain Tumpuan : Zamer Selamat, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Daniel Guiza
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Al Hafiz Hamzah
2. Irfan Abdul Ghani
3. Kamarul Afiq Kamarudin
4. Mohd Azinee Taib
5. Ahmad Tharmini Saiban
6. Mohd Redzuan Nawi
7. Aidil Zafuan
8. Safiq Rahim
9. Norshahrul Idlan Talaha
10. Safee Sali
11. Azmi Muslim
12. Nurul Azwan Roya
13. Admad Ezrie Shafizie Sazali
14. Daniel Guiza
15. K.Satiya
16. Muhammad Tuah Iskandar
17. Zaquan Adha
18. Zamer Selamat (Gk)
19. Ezaidy Khadar
20. Maslayadi Mansor
21. Mohd Faizal Mansor
22. Zulfadhli Mansor
23. K.Thanaraj
24. Muslim Ahmad
25. Simone Del Nero
26.-
27. Mohd Hadin Azman
28. Muhamad Akram Mahinan
29.-
30. Amirul Asyraf Mohd Suhaidi (Gk)

DARUL TAKZIM FC
Pasukan yang digelar ‘Harimau Selatan” ini tiba-tiba menjadi sebuah pasukan yang digeruni dengan kemasukan pemain bertaraf bintang seperti pasangan kembar Aidil serta Zaquan, kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim, pemenang anugerah pemain paling bernilai 100Plus/FAM tiga tahun berturut-turut Norshahrul Idlan Talaha, pemenang kasut emas Piala AFF 2010 Safee Sali, pemenang kasut emas La Liga musim 2007/2008 Daniel Guiza serta Simone Del Nero yang pernah membantu skuad Itali memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Athens 2004.
Jika semua pemain ini beraksi pada tahap terbaik memang sukar untuk lawan mengatasi pasukan mereka. Fandi Ahmad tentunya berada didalam dilema sama ada menurunkan barisan terbaik dalam setiap perlawanan ataupun menggunakan sistem penggiliran pemain. Jika kesemua pemain bintang ini diturunkan dalam satu perlawanan, mungkin akan timbul masalah mengenai formasi yang paling sesuai digunakan ataupun pemain ini bakal beraksi diposisi yang bukan kebiasaan mereka. Persefahaman antara pemain juga dilihat masih goyah dalam 5 perlawanan awal liga. Namun          secara keseluruhannya, Darul Takzim FC wajar diberikan perhatian oleh pasukan lain kerana mereka mempunyai barisan pemain yang berkeupayaan tinggi.

Penulis : Arieost Azzurie

Monday 11 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super | Kelantan



KELANTAN

Pengurus : Bojan Hodak
Jurulatih : Bojan Hodak
Pemain Tumpuan : Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, Baddri Radzi, Keita Mandjou
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Shahrizan Ismal (Gk)
2. Azizi Mat Rose
3. Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim Halim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
9. Mohd Aris Zaidi
10. Norfarhan Mohammad
11. Abdul Aziz Ismail
12. Izuan Sollahuddin
13. Faiz Subri
14. Zamri Ramli
15. Daudsu Jamaludin
16. Baddri Radzi
17. Rizal Fahmi Rosid
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat (Gk)
20. Keita Mandjou
21. Norhaidi Ubaidillah
22. Haris Safwan Kamal
23. Indra Putra Mahyuddin
24. Zairul Fitree Ishak
25. K.Nanthakumar
26. Dimitri Petratos (Didaftarkan untuk Piala AFC)
27. Lek Kcira (Didaftarkan untuk Piala AFC)
28. S.Subramaniam

 Juara treble musim lalu kini berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan musim lepas. Ramai yang mengatakan prestasi skuad Kelantan musim ini agak merudum berbanding musim 2012. Bagi penulis, kekuatan pasukan Kelantan tidak jauh berbeza dengan musim lepas. Cuma berlaku sedikit kepincangan dalam jentera serangan skuad Kelantan musim ini. Pemergian Norshahrul, Ghaddar serta Ramzul memberikan kesan kepada jentera hadapan skuad kijang. Keita Mandjou, Haris Safwan serta Aris Zaidi dilihat belum mencapai standard sebagaimana penyerang Kelantan sebelum ini.
Dibahagian midfield kekuatan pasukan Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah. Kedatangan Zairo Anuar Zailani serta Faiz Subri menjadikan bahagian tengah pasukan Kelantan begitu padat dengan pemain-pemain yang berkualiti tinggi. Tidak mustahil Hodak akan meletakkan pemain seperti Norfarhan, Indra ataupun Faiz sebagai pengempur seandainya barisan penyerang yang ada terus tumpul memburu gol.

Penulis : Arieost Azzurie

Sunday 10 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Pahang


PAHANG

Pengurus : Dato Che Nasir Salleh
Jurulatih : Dollah Salleh
Pemain Tumpuan : Nasril Nourdin, Razman Roslan, R.Gopinathan, Fauzi Rozlan
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Khairul Azham Mohd Khalid (Gk)
2. Jalaludin Jaafar
3. Saifulnizam Miswan
4. -
5. Amirulhadi Zainal
6. Mohd Hazri Rozali
7. R.Surendran
8. Azidan Sarudin
9. Mohamed Borji
10. Abdul Malik Mat Arif
11. Faizol Hussein
12. Azamudin Mat Akil
13. Razman Roslan
14. Mohd Faisal Mohd Rosli
15. Mohd Hazuan Mohd Daud
16. Nikolce Kleckarovski
17. Zaiza Zainal Abidin
18. Muhammad Syawal Norsam
19. Fauzi Rozlan
20. Shahrizan Salleh
21. Hafiz Kamal
22. Rosfaizul Azuar Ali (Gk)
23. Nasril Nourdin (Gk)
24. R.Gopinathan
25. -


 Selepas 3 musim membimbing skuad Pahang, musim ini dilihat sebagai musim untuk Dollah Salleh menuai hasil daripada perancangan jangka panjangnya.  Sebahagian besar pemain yang berada dalam skuad adalah pemain yang dibimbingnya sewaktu mula- mula menjadi jurulatih Pahang pada musim 2010 lepas.
Antara pemain Pahang yang dilihat menyerlah hasil didikan Dollah Salleh seperti Azamudin, Gopinathan, Fauzi Rozlan, R.Surendran, Hafiz Kamal serta Faizol Hussein. Mereka ini memainkan peranan yang cukup penting menjana enjin tengah Pahang serta serangan skuad tersebut. Sementara itu kehadiran Nasril, Razman, Amirulhadi serta Azidan Sarudin melengkapkan lagi saingan bagi merebut posisi kesebelasan utama skuad Pahang.
Disebalik kecemerlangan skuad Pahang hingga setakat ini, prestasi 2 penyerang import agak mengecewakan. Borji serta Kleckarovski jelas gagal beraksi dengan baik dalam perlawanan sebenar dan ini memaksa Dollah untuk mengandingkan Azamudin bersama Fauzi Rozlan. Tidak mustahil apabila pintu pemain import kembali dibuka pada April ini, Pahang akan mengambil pemain import baru. Namun penulis meramalkan Dollah akan mengambil seorang pemain pertahanan baru bagi menggantikan Kleckarovski, sambil kedudukan Borji dianggap 50-50 sama ada kekal ataupun digantikan dengan penyerang baru.
Secara keseluruhannya, skuad Pahang kali ini dianggap mempunyai potensi untuk mencipta sesuatu dalam saingan Liga Super 2013.

Penulis : Arieost Azzurie



Analisis Pasukan Liga Super 2013 | ATM


ATM

Pengurus : B.Sathianathan
Jurulatih : B.Sathianathan
Pemain Tumpuan : Farizal Harun, K.Reuben, Shukor Adan, Marlon Alex James.
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 9.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. G.Jeevanathan (Gk)
2. K.Reuben
3. Norfazly Alias
4. Suhaimi Ishak
5. A.Varathan
6. Raja Mohd Ridzuwan Effendi
7. Fainizam Nordin
8. Affize Faisal Mamat
9. Marlon Alex James
10. Bruno Mertelotto
11. Yusaini Hafiz Che Saad
12. Shukor Adan
13. Muhammad Aizuddin Ismail
14. R.Surendran
15. S.Thinagaran
16. Syafiq Azri Ahmad Kamal
17. Venice Elphi
18. Fitri Omar
19. Christie Jayaseelan
20. Hairudin Omar
21. Irwan Fadzli Idrus
22. Farizal Harun (Gk)
23. Rezal Zambery Yahya
24. Amiridzwan Taj Tajuddin
25. Mohamad Hafizuddin Azuhar (Gk)

Selepas 5 perlawanan, penulis merasakan pasukan ATM mempunyai ciri-ciri lengkap bagi mengungguli saingan Liga Super musim ini. Pasukan ini mempunyai keserasian yang cukup jitu ditambah lagi dengan barisan pemain yang amat berpengalaman.
Kehilangan Aidil, Zaquan serta Azmi Muslim tidak menjejaskan kualiti pasukan ini kerana pemain yang menggantikan mereka seperti Shukor Adan, Affize Faisal Mamat serta Norfadzly Alias tidak kurang hebatnya.
Satu lagi kekuatan ATM ialah kebolehan pemain mereka beraksi dipelbagai posisi dengan baik dan ini memudahkan Sathianathan mengatur strategi sebelum perlawanan mahupun untuk mengubah strategi semasa perlawanan.
Marlon serta Hairudin adalah pemain terpenting dalam pasukan ini bagi memburu gol. Penulis meramalkan jika mereka berdua beraksi secara kerap musim ini, gandingan ini bakal menyumbangkan 50% daripada jumlah gol yang diperolehi oleh pasukan ATM. Disebalik kekuatan ini, disinilah juga kelemahan pasukan ATM. Sekiranya mereka berdua berdepan masalah kecederaan, ATM bakal menghadapi masalah untuk memburu gol.

Penulis : Arieost Azzurie












Saturday 9 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013


Saingan Liga Super 2013 disifatkan sebagai yang paling sengit dalam sejarah. Jelas kualiti 12 pasukan yang bertanding tidak jauh berbeza. Saingan sengit bukan setakat memburu takhta liga tetapi juga saingan untuk menduduki 10 tangga teratas bagi menggelakkan terjerumus ke saingan Liga Premier musim hadapan.

Berbeza dengan musim lepas, dimana analisis dilakukan sebelum pertandingan, tetapi kali ini ia dilakukan selepas 5 perlawanan dilalui oleh setiap pasukan. Ia dilakukan bagi mendapatkan satu analisis yang lebih tepat. Analisis kesemua 12 pasukan yang bertanding di dalam saingan Liga Super 2013  akan dikemaskinikan didalam blog ini sebelum perlawanan ke-6 pada 16hb Februari ini.

Bagi 12 pasukan yang bertanding, penulis telah membuat 3 kategori iaitu kategori 1 untuk pasukan pencabar kejuraan, kategori 2 untuk pasukan pertengahan ataupun pasukan pengacau serta yang ketiga pasukan yang bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan. Ini hanyalah pendangan peribadi penulis berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Keputusan sebenar kita nantikan akhir musim nanti.

Kategori 1 (Pencabar kejuaraan)
1. ATM
2. Pahang
3. Kelantan
4. Darul Takzim FC
5. Lions Xii

Kategori 2 (Pasukan pengacau)
1. Selangor
2. Perak
3. PKNS

Kategori 3 (Bergelut untuk kekal dalam Liga Super)
1. N.Sembilan
2. Terengganu
3. Felda United
4. T-Team

Penulis : Arieost Azzurie