Pages

Tuesday 15 May 2012

[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]




[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]

Selamat sejahtera kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Dato K Rajagobal.

Pertama sekali tahniah diatas kejayaan Dato membuka mata Dato dengan memberi peluang kepada beberapa pemain yang telah mempamerkan aksi yang baik dalam Liga M dan Dato telah menyenaraikan mereka dalam skuad kali ini bagi menghadapi 3 perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A pada bulan Mei dan Jun ini.

Kedua,sehingga kini saya masih bingung mengapa Dato tidak mahu memberi peluang kepada kapten pasukan Kelantan,Badri Radzi di dalam skuad Negara. Sedarkah Dato bahawa kemantapan prestasi pasukan Kelantan adalah dibahu pemain kecil molek ini yang merupakan nadi pasukan Kelantan?

Saya faham mungkin Dato akan mengatakan “OKS dah beri peluang ketika skuad Harimau Muda a.k.a Skuad Olimpik dan Sukan Sea bertemu Chelsea pada Julai 2011 yang lalu tetapi Piya(nama timangannya) gagal dan tenggelam punca dalam pertemuan itu sedangkan Shahrul Nizam dan Norhafiz Zamani Misbah serta S Subramian lebih cemerlang”.

Namun,sedarkah Dato bahawa pertemuan itu Dato tidak boleh 100% menilai prestasi Piya berdasarkan perlawanan tersebut dimana pertemuan itu bukanlah untuk menilai kebolehan pemain tetapi lebih kepada proses menimba pengalaman. Saya bukan penyokong pasukan Kelantan ya,tetapi  saya sedang bercakap atas kapasiti penyokong arena Bolasepak Malaysia.

Dato juga tidak boleh membandingkan prestasi Piya dengan Arul dan juga Norhafiz mahupun Subra kerana mereka bertiga itu sememangnya adalah bekas dan masih bermain dengan skuad Negara sedangkan Piya tidak pernah lagi mewakili Negara sebelum ini. Namun saya sudah bersedia untuk menerima ayat popular daripada Dato, “saya kenal para pemain saya”.

Walaubagaimanapun itu adalah hak Dato yang mempunyai lesen untuk menilai lebih bijak siapa pemain yang boleh dan tidak boleh bermain dalam taktikal Dato. Namun saya ada satu cadangan untuk Dato kerana Dato sering menggunakan pemain-pemain yang hampir sama dalam sesebuah perlawanan.

Dato,

Saya amat berharap Dato dapat memberikan semua pemain yang dipanggil kali ini agar mereka dapat menimba pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Kebiasaannya Dato hanya menggunakan 18 pemain sahaja daripada 25 pemain yang dipanggil dalam sesebuah perlawanan bersahabatan.

Saya mencadangkan agar Dato menurukan kesebelasan utama di separuh masa pertama dan apabila tiba separuh masa kedua,Dato terus menukar 11 pemain utama tadi dengan 11 pemain simpanan ditambah dengan beberapa lagi pertukaran pemain yang masih ada dibangku simpanan seperti yang selalu dilakukan oleh pasukan luar Negara ketika perlawanan persahabatan pra musim.


Saya faham masalah kekurangan peluang dan ruang untuk semua pemain diberi peluang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi kali ini ada 3 perlawanan persahabatan antarabangsa,maka kalau boleh saya mahu Dato membuat 2 set pasukan yang terdiri agar ada peluang sama rata untuk ke 25 pemain ini beraksi di pentas antarabangsa.

Sekian sedikit cadangan daripada saya,sebagai seorang penyokong biasa arena Bolasepak Malaysia. Segala pertimbangan dan budi baik Dato untuk menerima atau tidak cadangan saya ini saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Semoga berjaya mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012 dan paling penting misi Dato, Malaysia layak ke Piala Asia 2015 secara merit.

Yang benar,

(PECINTA BOLA)



Perlawanan Tumpuan Liga Super (17)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 15hb dan 26hb Mei 2012. Perlawanan N.Sembilan menentang Perak menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. N.Sembilan lwn Perak (238 undian)
66% Perak menang
29% N.Sembilan menang
5% Seri


2. Terengganu lwn Sarawak (222 undian)
55% Sarawak menang
41% Terengganu menang
4% Seri

3. Johor Fc lwn Kelantan (137 undian)
85% Kelantan menang
15% Johor Fc menang
0% Seri

4. Kedah lwn PKNS (101 undian)
78% Kedah menang
19% PKNS menang
3% Seri

5. Selangor lwn Felda United (57 undian)
53% Selangor menang
42% Felda United menang
5% Seri

6. K.Lumpur lwn Lions Xii (27 undian)
84% K.Lumpur menang
11% Lions Xii menang
5% Seri

Monday 14 May 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (14)

1.ATM vs Sime Darby
48% Sime Darby menang
37% ATM menang
15% Seri

2.Pahang vs Perlis
83% Pahang Menang
13% Perlis Menang
4% Seri

3.Johor vs Harimau Muda B
82% Johor menang
9 % Harimau Muda B menang
9% Seri

4. USM vs MBJB
60% USM menang
40% MBJB menang

5.MP Muar vs Betaria
60% Betaria menang
40% MP Muar menang

6. Pos vs PDRM
50% Pos menang
50% PDRM menang

Senarai 25 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat bermula 21 Mei 2012 di Wisma FAM.



Senarai 25 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat bermula 21 Mei 2012 di Wisma FAM.
Skuad ini bakal menentang Filipina (1hb Jun), Singapura (8hb dan 12hb Jun).

1. Farizal Marlias
2. Mahali Jasuli
3. Bunyamin Omar
4. Aidil Zafuan,
5. Amirizdwan Taj
6. Fadhli Shas
7. Asrarudin Putra Omar
8. Shahurain Abu Samah
9. Wan Zack Haikal
10. Safiq Rahim
11. K Gurusamy
12. Amar Rohidan
13. S Kunanlan
14. Azmi Muslim
15. Shakir Ali
16. Safee Sali
17. Khairul Fahmi Che Mat
18. Sharbinee Allawee
19. Faizal Muhammad
20. S.Subramaniam
21. Shakir Shaari
22. Sabree Abu
23. Azamudin Mat Akil
24. S Chanturu,
25. Norshahrul Idlan Talaha 

Sunday 13 May 2012

Bintang Liga M Yang Pernah Menyertai Piala Dunia.


Sila "klik" untuk besarkan gambar.

Sepanjang era pertandingan bolasepak  liga semi-pro hingga kini,  telah beratus pemain import yang menabur bakti bersama pasukan didalam Liga Malaysia. Dikalangan pemain import terbabit,  terdapat beberapa pemain yang pernah merasai nikmat menyertai pertandingan Piala Dunia.  Walaupun kebanyakkan mereka hadir  di penghujung karier, tetapi kehadiran mereka tetap memberikan kemeriahan terhadap saingan Liga Malaysia. Mari kita imbas kembali pemain import Liga Malaysia yang pernah menyertai pertandingan terunggul dunia itu.
Nama : Karel Stromsik
Tarikh Lahir : 12 April 1958
Negara : Chezchoslovakia
Tahun  menyertai Piala Dunia : 1982 Sepanyol
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (1989, 1990, 1991)
Posisi : Penjaga gol

Nama : Peter Distzl
Tarikh Lahir : 30 Mac 1960
Negara : Hungary
Tahun menyertai Piala Dunia : 1986 Mexico
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (1993)
Posisi : Penjaga gol

Nama : Atanas Pashev
Tarikh Lahir : 21 November 1963
Negara : Bulgaria
Tahun menyertai Piala Dunia : 1986 Mexico
Pasukan Liga Malaysia : K.Lumpur (1993)
Posisi : Midfield

Nama : Emile Mbouh Mbouh
Tarikh Lahir : 30 Mei 1966
Negara : Cameroon
Tahun menyertai Piala Dunia : 1990 Itali, 1994 Amerika Syarikat
Pasukan Liga Malaysia : Perlis (1995, 1996) K.Lumpur (1997)
Posisi : Midfield

Nama : Stephen Keshi
Tarikh Lahir : 31 Januari 1962
Negara : Nigeria
Tahun menyertai Piala Dunia : 1994 Amerika Syarikat
Pasukan Liga Malaysia : Perlis (1997)
Posisi : Pertahanan

Nama : Perica Ognjenovic
Tarikh Lahir : 24 Januari 1977
Negara : Yugoslavia
Tahun menyertai Piala Dunia : 1998 Perancis
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (2006)
Posisi : Midfield

Nama : Joel Epelle
Tarikh Lahir : 20 Februari 1978
Negara : Cameroon
Tahun menyertai Piala Dunia : 2002 Korea/Jepun
Pasukan Liga Malaysia : Sarawak (2012)
Posisi : Penyerang

Nama : Basko Balaban
Tarikh Lahir : 15 Oktober 1978
Negara : Croatia
Tahun menyertai Piala Dunia : 2002, Korea/Jepun, 2006 Jerman
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (2012)
Posisi : Penyerang


Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Aznorashiq
Rujukan : Wikipedia, Website FIFA


Friday 11 May 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super (16)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 11hb dan 12hb Mei 2012. Perlawanan Perak menentang Selangor menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Perak lwn Selangor (424 undian)
73% Perak menang
23% Selangor menang
4% Seri


2. PKNS lwn Kelantan (407 undian)
85% Kelantan menang
10% PKNS menang
5% Seri

3. Lions Xii lwn Kedah (223 undian)
91% Kedah menang
6% Lions Xii menang
3% Seri

4. Sarawak lwn Sabah (200 undian)
55% Sabah menang
41% Sarawak menang
4% Seri

5. Felda United lwn Terengganu (161 undian)
78% Terengganu menang
12% Felda United menang
10% Seri

6. N.Sembilan lwn Johor Fc (98 undian)
57% N.Sembilan menang
38% Johor Fc menang
5% Seri

7. T-Team lwn K.Lumpur (71 undian)
69% T-Team menang
30% K.Lumpur menang
1% Seri

Thursday 10 May 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier (13)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 11hb Mei 2012. Perlawanan Pahang menentang Sime Darby menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Pahang lwn Sime Darby (91 undian)
68% Pahang menang
23% Sime Darby menang
9% Seri

2. Harimau Muda B lwn ATM (34 undian)
50% Harimau Muda B menang
50% ATM menang
0% Seri

3. MBJB lwn Johor (26 undian)
83% Johor menang
17% MBJB menang
0% Seri

4. PDRM lwn MP Muar (15 undian)
71% MP Muar menang
29% PDRM menang
0% Seri

5. Perlis lwn Pos Malaysia (14 undian)
75% Pos Malaysia menang
25% Seri
0% Perlis menang

6. NS Betaria lwn USM Fc (12 undian)
60% USM Fc menang
40% NS Betaria menang
0% Seri

Monday 7 May 2012

Kenali Mereka : Helmi Rameli



Helmi Rameli dilahirkan di Langkawi, Kedah pada 24 Mac 1985. Kariernya didalam bolasepak secara professional bermula pada tahun 2007 dengan menyertai pasukan Kuala Muda Naza. Dibawah bimbingan K.Devan, beliau berjaya membantu Kuala Muda Naza menjuarai Liga Premier pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, beliau membantu pasukan Kuala Muda Naza bersaing dalam kejohanan Liga Super dan berjaya menduduki tangga ke-9 daripada 14 pasukan yang bertanding. Malangnya jodoh Helmi Rameli bersama pasukan tersebut tidak berpanjangan disebabkan Kuala Muda Naza menarik diri daripada menyertai pertandingan Liga Malaysia pada musim 2010.
Selepas itu, bagi meneruskan karier bolasepaknya, beliau berkelana ke Terengganu pada musim 2010.  Pada musim 2011 boleh dianggap sebagai tahun yang berjaya dalam kariernya apabila membantu pasukan Terengganu mengondol kejuaraan Piala FA selain menjadi naib juara Liga Super serta Piala Malaysia.
Pada tahun 2012, beliau berhijrah ke PKNS. Bersama pasukan barunya, beliau lebih berperanan sebagai pemain midfield berbanding posisi bek kanan yang seringkali dipertangungjawabkan kepadanya sebelum ini. Ternyata keputusan A.Rahman berbaloi, dimana Helmi membuktikan kemampuannya mencorakkan jentera tengah skuad PKNS musim ini.

Di pentas antarabangsa, Helmi melakukan caps pertamanya ketika Malaysia menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011 dimana Malaysia seri 1-1 dalam perlawanan tersebut. Tidak mustahil jika Helmi terus mempamerkan prestasi yang membanggakan bersama skuad PKNS musim ini, beliau mampu memikat hati Rajagobal untuk diserapkan didalam skuad Piala AFF 2012 kelak.

Pasukan yang diwakili serta kejayaan yang digapai : -
Tahun
2007 - Kuala Muda Naza
2008 - Kuala Muda Naza (Juara Liga Premier)
2009 - Kuala Muda Naza
2010 - Terengganu
2011 - Terengganu (Juara Piala FA)
2012 - PKNS

Penulis : Arieost Azzurie
Foto : Dunia Sukan Online
Rujukan : Wikipedia



Saturday 5 May 2012

Iklan di blog BM-Pelan internet RM 25 sebulan

Dengan lafas bismillah,

Jualan pelan internet untuk para pelajar yang berhasrat mempunyai internet sendiri pada harga mampu bayar setiap bulan dengan harga RM25 sebulan + guna seperti kredit no telefon bimbit.

Yang paling penting, tiada kontrak(sain perjanjian mengatakan perlu pakai selama untuk tempoh tertentu dan sebagainya yang ada pada pelan internet lain). Juga sim ini yang digunakan untuk sambungan internet boleh digunakan untuk perkhdimatan Call dan SMS. Ini serius.




Berminat? PM Facebook  Mohamad Asyraaf untuk butiran lanjut.

Friday 4 May 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super (15)


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 4hb dan 8hb Mei 2012. Perlawanan Kelantan menentang Lions Xii menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kelantan lwn Lions Xii (600 undian)
95% Kelantan menang
5% Seri
0% Lions Xii menang


2. Terengganu lwn Perak (307 undian)
53% Terengganu menang
41% Perak menang
6% Seri

3. Kedah lwn T-Team (173 undian)
63% Kedah menang
26% T-Team menang
11% Seri

4. Selangor lwn N.Sembilan (152 undian)
63% Selangor menang
29% N.Sembilan menang
8% Seri

5. K.Lumpur lwn Sarawak (53 undian)
81% Sarawak menang
13% Seri
6% K.Lumpur menang

6. Sabah lwn Felda United (38 undian)
90% Sabah menang
10% Seri
0% Felda United menang

7. Johor Fc lwn PKNS (25 undian)
64% Johor Fc menang
27% PKNS menang
9% Seri

Wednesday 2 May 2012

Kenali Mereka : Claude Le Roy


Masih ingatkah anda terhadap Claude Le Roy? Beliau adalah bekas jurulatih kebangsaan Malaysia dari Februari 1994 hingga Disember 1995. Sepanjang beliau menjadi jurulatih Malaysia tiada kejayaan dalam bentuk kejuaraan yang digapai bersama skuad kebangsaan. Beliau sebenarnya hadir pada saat yang sukar untuk menjadi jurulatih Malaysia.
Ketika beliau menjadi jurulatih, lebih 100 orang pemain bolasepak negara digantung akibat gejala rasuah pada tahun 1994. Apa yang yang lebih malang terdapat juga beberapa tonggak pemain kebangsaan yang terlibat dalam perlakuan negatif tersebut. Akibatnya Le Roy terpaksa membentuk semula skuad kebangsaan dengan mengetengahkan beberapa bakat muda pada ketika itu. Antaranya pasangan kembar Faizal Zainal, Khairil Zainal, B.Rajinikandh, Idris Karim, Feriza Ismail dan beberapa nama lagi.
Semasa beliau menjadi jurulatih Malaysia, terdapat 2 kejohanan besar yang dibimbingnya iaitu Sukan Asia Hiroshima 1994 serta Sukan Sea Chiang Mai 1995. Dalam 2 kejohanan tersebut, skuad Malaysia gagal layak untuk keperingkat seterusnya. Ini memaksanya untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Disember 1995.
Le Roy sebenarnya mempunyai reputasi hebat sebagai jurulatih. Beliau pernah membimbing pasukan terkemuka terutamanya dari benua Afrika seperti Cameroon, Senegal serta Ghana malah pernah membimbing skuad Piala Dunia Cameroon pada 1998. Berikut biodata ringkas beliau sebagai pemain serta jurulatih.
Nama penuh : Claude Marie Francois Le Roy
Tarikh lahir : 6 Februari 1948
Tempat lahir : Bois Normand Pres Lyre, Perancis

Kerjaya sebagai pemain :
1968 - 1970 Fc Rouen
1970 - 1973 AC Ajaccio
1973 - 1977 Avignon Foot 84
1977 - 1980 Stade Lavallois
1981 - 1981 Amiens SC

Kerjaya sebagai jurulatih :
1980 - 1983 Amiens SC
1983 - 1985 Grenoble
1985 - 1985 Al Shabab
1985 - 1988 Cameroon
1989 - 1993 Senegal
1993 - 1995 Malaysia
1998 - 1998 Cameroon
1999 - 2000 Strasbourg
2002 - 2003 Shanghai Cosco
2004 - 2004 Cambride United
2004 - 2006 Congo
2006 - 2008 Ghana
2008 - 2011 Oman
2011 - Kini Syria

Penulis : Arieost Azzurie
Rujukan : Wikipedia