Pages

Tuesday 17 April 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 14 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 17hb April 2012. Perlawanan T-Team menentang Kelantan menentang menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. T-Team lwn Kelantan (504 undian)
59% Kelantan menang
37% T-Team menang
4% Seri


2. N.Sembilan lwn Terengganu (283 undian)
66% Terengganu menang
30% N.Sembilan menang
4% Seri

3. Sarawak lwn Kedah (257 undian)
62% Sarawak menang
37% Kedah menang
1% Seri

4. Perak lwn Sabah (210 undian)
68% Perak menang
31% Sabah menang
1% Seri

5.Selangor lwn Johor Fc (157 undian)
53% Johor Fc menang
45% Selangor menang
2% Seri

6. Lions Xii lwn Pkns (40 undian)
86% Pkns menang
8% Lions Xii menang
6% Seri

7. Felda United lwn K.Lumpur (22 undian)
82% K.Lumpur menang
18% Felda United menang
0% Seri

Monday 16 April 2012

Senarai 26 pemain untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bertaraf A Malaysia lawan Sri Lanka, 28 April 2012 di Stadium Shah Alam, 8.45 malam.

Senarai 26 pemain untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bertaraf A Malaysia lawan Sri Lanka, 28 April 2012 di Stadium Shah Alam, 8.45 malam.
Farizal Marlias,
G Jeevananthan,
Sani Anuar Kamsani,
Fadhli Shas,
Mahali Jasuli,
Aidil Zafuan Radzak,
Amiridzwan Taj Tajudin,
Shahrom Kalam,
Azmizi Azmi,
Helmi Remeli,
Asraruddin Putra Omar,
Nizam Abu Bakar,
Safiq Rahim,
K Gurusamy,
Bunyamin Umar,
Amar Rohidan,
S Kunanlan,
Shahurain Abu Samah,
Ashri Chuchu,
Rozaimi Abdul Rahman,
Wan Zack Haikal Wan Nor,
Safee Sali,
Ahmad Hazwan Bakri,
Ahmad Shakir Md Ali,
Azamuddin Akil
Faiz Subri. 
Nota:Kem latihan pusat bermula Jumaat ini. Tiada pemain Kelantan & Terengganu kerana mereka terlibat dengan Piala AFC sementara 2 pemain Kedah yang terpilih ke skuad kali ini yang bakal menghadapi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012 menentang Kelantan di Kota Bharu bakal melaporkan diri mereka berdua pada hari Ahad bersama para pemain Harimau Muda A yang terpili. Harimau Muda akan bermain pada hari Jumaat dalam saingan Liga S.

Friday 13 April 2012

Ranking Dan Prestasi Saling Berkait Rapat.


Nampaknya selepas ranking terbaru FIFA bagi bulan April 2012 dikeluarkan pada 11hb lepas, ramai peminat bolasepak tempatan yang tidak berpuas hati kerana ini adalah kedudukan terendah semenjak Malaysia menjuarai Piala AFF pada Disember 2010. Dipage Bolasepak Malaysia, rata-rata ramai yang menghentam disebabkan terdapat status yang mengatakan mengejar ranking itu tidak berapa penting. Untuk itu penulis ingin menjelaskan kepada penyokong bolasepak tempatan sekalian, bahawa kami dipage Bolasepak Malaysia mengamalkan dasar demokrasi. Setiap admin bebas memberikan pendapat asalkan ia tidak menyalahi undang-undang negara(bukan undang-undang Fam). Oleh itu jika ada perbezaan pendapat kita boleh berbincang secara ilmiah, dan bukannya dengan memaki atau menghina orang yang tidak sependapat dengan kita. Penulis juga kurang bersetuju dengan status terbabit, dan ini adalah pendapat peribadi penulis berkaitan ranking bolasepak negara kita. Sebelum penulis membuat ulasan berkaitan betapa pentingnya ranking ini untuk kemajuan bolasepak negara, mari kita lihat kedudukan ranking Malaysia semenjak Januari 2011 iaitu selepas negara kita muncul juara Piala AFF.
Ranking Malaysia semenjak menjadi Juara Piala AFF 2010
Januari 2011 – 142
Februari 2011 – 140
Mac 2011 – 138
April 2011 – 144
Mei 2011 – 143
Jun 2011 – 144
Julai 2011 – 145
Ogos 2011 – 146
September 2011 – 147
Oktober 2011 – 151
November 2011 – 155
Disember 2011 – 148
Januari 2012 – 148
Februari 2012 – 150
Mac 2012 – 152
April 2012 - 156

Dan seterusnya kita lihat pula pencapaian skuad kebangsaan didalam perlawanan persahabatan antarabangsa ketika menentang pasukan kelab atau negeri. Mungkin ada pihak yang tidak sedar bahawa ranking dan prestasi saling berkait rapat. Jika ranking sesuatu pasukan itu terus menjunam walaupun telah melalui beberapa perlawanan antarabangsa yang boleh memberikan mata ranking, pasukan tersebut sebenarnya telah melalui satu penurunan prestasi.  

09.02.11 Hong Kong 0 – 2 Malaysia
26.03.11 Etoile Fc 1 – 1 Malaysia
03.06.11 Hong Kong 1 – 1 Malaysia
18.06.11 Malaysia 2 – 0 Myanmar
24.06.11 Malaysia 3 – 1 Harimau Muda
29.06.11 Malaysia 2 – 1 Taiwan
03.07.11 Taiwan 3 – 2 Malaysia
13.07.11 Malaysia 0 – 4 Arsenal
16.07.11 Malaysia 3 – 6 Liverpool
23.07.11 Singapura 5 – 3 Malaysia
28.07.11 Malaysia 1 – 1 Singapura
16.08.11 Selangor 1 – 0 Malaysia
07.10.11 Australia 5 – 0 Malaysia
08.11.11 N.Sembilan 0 – 2 Malaysia
13.11.11 India 1 – 1 Malaysia
16.11.11 India 3 – 2 Malaysia
01.02.12 Malaysia 5 – 0 Kelantan
24.02.12 Sabah 0 – 1 Malaysia
29.02.12 Filipina 1 – 1 Malaysia
24.03.12 Sarawak 1 – 1 Malaysia

Daripada 11 perlawanan antarabangsa berstatus A, skuad kebangsaan telah mencatatkan 3 kemenangan (kali terakhir menang adalah pada pertemuan menentang Taiwan pada 29.06.2011), 4 seri dan 4 kekalahan. Jaringan pula sebanyak 17 gol dan bolos sebanyak 21 gol.

Melihatkan kepada statistik ini, kebimbangan peminat bolasepak tempatan adalah berasas. Kemerosotan jelas terserlah semenjak Malaysia menjadi juara Piala AFF 2010. Mujur skuad B23 negara dibawah bimbingan Ong Kim Swee mampu menjadi juara Sukan SEA 2011, sekaligus berjaya menutup prestasi tidak menentu skuad kebangsaan dibawah bimbingan Rajagobal.
Jika Datuk Rajagobal masih lagi dibuai mimpi indah disebalik kejayaannya pada kejohanan Piala AFF 2010, skuad kebangsaan yang dibimbingnya bakal menghadapi malapetaka pada kejohanan Piala AFF 2012 nanti. Saingan kali ini tentunya lebih sukar kerana lawan tentunya akan memberikan lebih perhatian terhadap pasukan Malaysia. Penyokong bolasepak tempatan sudah pasti tidak akan dapat menerima alasan jika gagal didalam saingan Piala AFF 2012 kerana misi utama untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015. (Alasan yang digunakan semasa kegagalan melayakkan diri kepusingan akhir kelayakan Piala Dunia Zon Asia).

Selain itu ranking juga adalah platform untuk pemain negara ini beraksi di liga antarabangsa yang lebih mencabar . Malah didalam buku manual Liga Malaysia didalam klausa 5.3 ada menyebut pemain import yang beraksi didalam saingan Liga Malaysia 2012 perlulah dari negara yang rankingnya lebih tinggi dari Malaysia iaitu ianya dinilai pada ranking bulan Ogos 2011. Jika Fam sendiri mahu pemain import yang rankingnya lebih tinggi bagaimana pula mereka menafikan ranking itu tidak penting?

Fam tentunya sedar mereka agak sukar untuk mendapatkan lawan yang berkualiti disebabkan ranking Malaysia pada ketika ini. Jika Vietnam boleh tersenarai dalam senarai 100 pasukan terbaik dunia kenapa tidak Malaysia? Walaupun Vietnam tidak memenangi apa-apa kejohanan pada ketika ini, tetapi mereka mempunyai asas untuk pergi lebih jauh pada masa akan datang.

Akhir kata tidak rugi jika kita mengambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif. Teguran peminat adalah untuk kemajuan bolasepak Malaysia. Sekian


Penulis : Arieost Azzurie



Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 13 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 13hb dan 14hb April 2012. Perlawanan Kelantan menentang T-Team menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kelantan lwn T-Team (610 undian)
79% Kelantan menang
20% T-Team menang
1% Seri


2. Terengganu lwn N.Sembilan (319 undian)
65% Terengganu menang
23% N.Sembilan menang
12% Seri

3. Kedah lwn Sarawak (286 undian)
57% Sarawak menang
41% Kedah menang
2% Seri

4. Sabah lwn Perak (246 undian)
57% Perak menang
39% Sabah menang
4% Seri

5. Johor Fc lwn Selangor (176 undian)
50% Selangor menang
47% Johor Fc menang
3% Seri

6. PKNS lwn Lions Xii (59 undian)
80% PKNS menang
14% Lions Xii menang
6% Seri

7. K.Lumpur lwn Felda United (41 undian)
40% K.Lumpur menang
40% Felda United menang
20% Seri

Thursday 12 April 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 12 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 13 April 2012. Perlawanan Pahang menentang NS Betaria menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. NS Betaria lwn Pahang (78 undian)
88% Pahang menang
12% Betaria menang
0% Seri

2. Johor lwn Pos Malaysia (48 undian)
79% Johor menang
16% Pos Malaysia menang
5% Seri

3. ATM lwn PDRM (46 undian)
80% PDRM menang
20% ATM menang
0% Seri

4. Harimau Muda B lwn Perlis (31 undian)
50% Harimau Muda B menang
50% Perlis menang
0% Seri

5. USM Fc lwn MP Muar (29 undian)
60% USM Fc menang
30% MP Muar menang
10% Seri

6. Sime Darby lwn MBJB (24 undian)
50% Sime Darby
50% MBJB menang
0% Seri

Tuesday 10 April 2012

Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan menentang Sri Langka 28.04.2012

1. Farizal Marlias (NS)
2. Syed Adney Syed Hussin (SAB)
3. Aidil Zafuan (ATM)
4.G.Mahathevan (NS)
5.Azmi Muslim (ATM)
6.Asrarudin Putra Omar (SEL)
7.Zulharis Mohd Noor (PKNS)
8.Dzulazlan Ibrahim (SAR)
9.Amirizwan Taj (ATM)
10.Helmi Rameli (PKNS)
11.S.Kunanlan (NS)
12 Safiq Rahim (SEL)
13 Venice Elphi (ATM)
14 Bunyamin Omar (SEL)
15.K.Gurusamy (SEL)
16.Christie Jayaseelan (ATM)
17.Ashri Chuchu (SAR)
18.Zaquan Adha (ATM)
19.Khairul Izuan Abdullah (PDRM)
20. Shakir Ali (NS)

Friday 6 April 2012

Reaksi awal pertemuan persahabatan Malaysia vs Sri Lanka

"Lawan dengan Sri Lanka?" Tak de pasal aku nak g tengok..blabalbla.."
"Aku duduk Shah Alam, tapi tak de pasal aku nak g tengok..blablabla.."

Ini antara reaksi awal yang kedengaran apabila FAM mengumumkan bahawa skuad senior Malaysia bakal menghadapi satu siri perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam hujung bulan April ini.

Sememangnya diri ini hairan dengan apa reaksi yang diberikan ini. Dahulu, apabila FAM gagal mengaturkan siri perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A, ramai yang mengatakan FAM tidak buat kerja. Ok, kali ini sudah ada lawan, itu pun masih tidak mahu turun memberikan sokongan kepada skuad negara? Hairan..

"Ala, lawan Sri Lanka je pun, kenape tak lawan dengan kelab dalam Liga M je? "

Hah! Terserlah mentaliti kelas ke-3 oleh sesetengah pihak. Bila kata diri tu tak cerdik marah, tetapi sedarkah anda kalau lawan Timur Leste sekalipun, itu adalah PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA BERTARAF A! BERTARAF A!

Bukannya seperti menentang lawan dalam saingan Liga M! Ada bezanya itu. Siap boleh dapat mata lagi untuk membaiki ranking FIFA skuad kebangsaan Malaysia. Walaupun tidak banyak mata yang bakal diperoleh, sekurangnya ada usaha untuk membaiki ranking daripada berlawan dengan kelab dalam Liga M sahaja itu.

Kadang-kadang lawak juga ada pihak marah apabila skuad kebangsaan lawan dengan kelab dalam Liga M. Untuk pengetahuan anda, lawan dengan kelab dalam Liga M itu hanyalah sebahagian daripada program serampang dua mata oleh Dato K Rajagobal.

Mengapa penulis berkata demikian? Satu, ianya dapat mendekatkan lagi skuad negara dengan penyokong Harimau Malaya yang selama ini tidak berpeluang untuk turun memberi sokongan kepada Malaysia yang selalunya bermain di Lembah Kelang.

Dua, sebagai persiapan tambahan untuk memantapkan skuad kebangsaan. Sedarkah anda perlawanan persahabatan antarabangsa bukanlah ada setiap bulan. Ianya seperi 2-3 bulan sekali barulah ada. Jadi mana ada lawan yang akan bermain perlawanan antarabangsa sedangkan liga negara mereka rancak berlangsung.

Namun, Dato K Rajagobal tetap mengambil inisiatif bagi menambahkan bisa skuad negara dengan membuat kem latihan pusat setiap bulan dan menjadikan lawan dalan Liga M, lawan itu lebih berfungsi sebagainya 'sparing partner' dalam perlawanan yang dianggap statusnya sebagai perlawanan persahabatan 'adik beradik'.

Mungkin ada yang tidak tahu, skuad juara 'Emas Sukan Sea 2009' dan "Piala AFF Suzuki 2010' adalah majoriti pemain yang berada dalam skuad yang telah bersama sudah lama sejak 2005 yang dipimpin oleh Dato K Rajagobal(belum mendapat gelaran Dato lagi pada ketika itu). Lihatlah, 'padi bukanlah boleh dituai dalam masa sehari'. Ianya memerlukan masa untuk dituai, samalah juga dalam situasi ini.

"Eh, kata nak lawan segala bagai la negara-negara yang FAM tunjukkan dalam sidang media yang tempoh hari itu, siap tunjuk segala bagai nama negara. Nak lawan Australia la, last-last lawan Sri Lanka je"

Kepada yang mengeluarkan pendapat ini. Semua negara yang FAM katakan itu adalah siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang bakal dijalankan bermula pada bulan MEI 2012! Harap selepas ini mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan pendapat, buatlah kajian dulu, jangan main hentam kromo sahaja. Nanti diri sendiri yang malu.

Dan kepada 'Orang-Orang FAM' yang terbaca/terdengar/terlihat artikel ini, rasanya sudah tiba masa pihak FAM membawa perlawanan sebegini keluar daripada dijalankan di stadium sekitar Lembah Kelang kerana apabila terbaca reaksi awal yang sebegini, ianya seperti penyokong di sekitar Lembah Kelang seakan sudah muak dihidangkan dengan aksi skuad kebangsaan.

Apa kata anda membawa keluar perlawanan sebegini ke stadium-stadium yang menepati piawaian FIFA yang ada luar daripada Lembah Kelang. Bukan semua penyokong Malaysia mampu untuk ke Lembah Kelang setiap kali ada perlawanan yang melibatkan skuad negara kerana ada beberapa halangan yang menyebabkan mereka gagal untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Harimau Malaya.

Contoh terbaik penulis sendiri. Penulis berada 300-400 km daripada Lembah Kelang. Dengan beberapa halangan seperti status sebagai pelajar dan status kewangan yang tidak tetap, penulis tidak dapat menzahirkan sokongan kepada skuad Malaysia ataupun skuad sokongan penulis dalam saingan Liga M yang bermain di stadium yang berada di sekitar Lembah Kelang atau tempat lain selain daripada perlawanan 'home'.

Namun, setiap kali perlawanan 'home' pasukan kesayangan penulis, penulis akan turun pada perlawanan 'home' bagi memberikan sokongan, kalau tak pergi stadium pun sebab kadangkala kena keluar ada urusan lagi di daerah lain,kalau tiada apa-apa, ada saja perlawanan di 'home', ada la penulis di situ, rutin biasa sejak penulis berusia 8 tahun sehinggga sekarang, maka jika skuad kebangsaan hadir ke 'home' pasukan sokongan penulis, penulislah orang pertama yang akan berada gembira.

Penulis bukanlah hendak 'backup' FAM, cuma bagi penulis, mana yang betul kita sokong, mana yang salah kita tegur mana yang salah, tetapi kita perlu gunakan pendekatan tegur yang baik, bukannya memaki. Cuba bayangkan satu perkara, kita buat salah, orang lain tegur kita dengan memaki/menyumpah seranah, agak-agak adakah kita akan dengar atau tidak teguran itu? Tepuk dada tanya iman..

"Aku dah boikot perlawanan skuad Malaysia sejak 5-6 bulan ini, HAHAHA.."

Satu lagi mentaliti rendah. Itupun jangan, sana-sini heboh, AKULAH PENYOKONG SETIA MALAYSIA disaat GEMILANG ataupun HINANYA pasukan. Malu la dengan diri anda itu. Kesian para pemain. Mereka sudah pasti mengharapkan kehadiran penyokong untuk menaikkan semangat dan moral pasukan tetapi rasanya kesedihan yang bakal mereka hadapi sekiranya semua penyokong berfikiran seperti ini.

Penulis sendiri pun kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan meragukan yang dibuat oleh FAM. Cuma jangalah kerana itu skuad kebangsaan pula yang menjadi mangsa dalam keadaan ini. Janganlah jadi seperti kata pepatah, 'marahkan nyamuk kelambu pula yang dibakar'. Renung-renungkanlah..

Sekadar pendapat peribadi. Maaf agak beremosi sikit dalam penulisan kali ini. Salam.

Penulis:Pecinta Bola

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 12 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 6hb dan 7hb April 2012. Perlawanan Selangor menentang Terengganu menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Selangor lwn Terengganu (433 undian)
69% Terengganu menang
24% Selangor menang
7% Seri


2. Sarawak lwn Kelantan (401 undian)
52% Sarawak menang
45% Kelantan menang
3% Seri

3. Felda United lwn Kedah (157 undian)
87% Kedah menang
7% Felda United menang
6% Seri

4. Perak lwn K.Lumpur (101 undian)
81% Perak menang
14% K.Lumpur menang
5% Seri

5. N.Sembilan lwn Sabah (97 undian)
56% Sabah menang
31% N.Sembilan menang
13% Seri

6. T-Team lwn Pkns (77 undian)
71% T-Team menang
24% Pkns menang
5% Seri

7. Johor Fc lwn Lions Xii (62 undian)
74% Johor Fc menang
13% Lions Xii menang
13% Seri

Thursday 5 April 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 11)



Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 6 April 2012. Perlawanan Betaria FC menentang Pahang menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Betaria Fc vs Pahang(55 undian)
65% Pahang menang
32% Betaria menang
3% Seri

2. PDRM vs ATM(44 undian)
52% ATM menang
41% PDRM menang
14% Seri

3. Perlis vs Harimau Muda B(39 undian)
50% Perlis menang
39% Harimau Muda B menang
11% Seri

4. MBJB FC vs Sime Darby(37 undian)
73% Sime Darby menang
20% MBJB menang
07% Seri

5. Pos FC vs Johor(34 undian)
50% Pos FC menang
50% Johor menang
00% Seri

6. MP Muar vs USM(25 undian)
56% USM menang
44% MP Muar menang
00% Seri

Tuesday 3 April 2012

Pesta Bola Merdeka




Pestabola Merdeka. 

Satu kejohanan bolasepak milik Malaysia yang mempunyai pelbagai nostalgia sejak 1957 ia mula dipertandingkan. Memegang status kejohanan bolasepak tertua di rantau benua terbesar dunia ia di langsungkan atas ilham Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Berbekal semangat padang bola, Allahyarham Tunku menganjurkan kejohanan ini sempena mengingati kemerdekaan negara, disamping merapatkan tali silaturrahim negara baru ini dengan negara-negara serantau.


Menyingkap Edisi Pertama,1957
Malaya (Malaysia) menduduki tangga tercorot Pusingan ke-2 setelah
tewas 1-4 South Vietnam
seri 3-3 Hong Kong
kalah 2-4 Indonesia
biarpun menang bergaya ke atas Burma 5-2 pada pusingan pertama.

Sepanjang 40 kali kejohanan ini berlangsung
Malaysia dan Korea Selatan berkongsi 11 kejuaraan.

Kejohanan ini menampakkan jatuh bangunnya era bolasepak Malaysia namun kini, kejohanan ini sudah tiada khabar beritanya akan wujud kembali sejak kali terakhir Malaysia pada tewas kepada Vietnam pada Final 2008 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada kejohanan itu juga, penjaga gol skuad negara, Helmi Eliza Elias telah mencipta satu rekod apabila berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga ke aksi final namun gagal menepis walau satu sepakan ketika penentuan penalti di final.

Sebagai Raja Asia Tenggara, kita sepatutnya mempunyai kejohanan antarabangsa sendiri buat skuad Harimau Malaya. Ini adalah salah satu
cara Malaysia untuk memperbaiki ranking FIFA.

Nota: Berharap kejohanan ini akan berlangsung kembali dan penulis begitu gembira apabila mengetahui kejohanan ini bakal dijalankan semula pada tahun 2013.