Pages

Friday 30 March 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 11 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 30hb dan 31hb Mac 2012. Perlawanan Kedah lwn Perak menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kedah lwn Perak (518 undian)
49% Kedah menang
48% Perak menang
3% Seri


2. Kelantan lwn Felda United (245 undian)
84% Kelantan menang
11% Felda United menang
5% Seri

3. Terengganu lwn Johor Fc (229 undian)
82% Terengganu menang
16% Johor Fc menang
2% Seri

4.Sabah lwn Selangor (168 undian)
54% Sabah menang
43% Selangor menang
3% Seri

5. Lions Xii lwn T-Team (130 undian)
90% T-Team menang
6% Seri
4% Lions Xii menang

6. K.Lumpur lwn N.Sembilan (92 undian)
61% N.Sembilan menang
29% K.Lumpur menang
10% Seri

7. PKNS lwn Sarawak (75 undian)
81% Sarawak menang
13% PKNS menang
6% Seri

Thursday 29 March 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 10 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 30hb Mac 2012. Perlawanan Pahang menentang PDRM menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Pahang lwn PDRM (83 undian)
74% Pahang menang
26% PDRM menang
0% Seri


2. Perlis lwn Usm Fc (49 undian)
74% Perlis menang
21% Usm Fc menang
5% Seri

3. Johor lwn MP Muar (49 undian)
58% MP Muar menang
33% Johor menang
9% Seri

4. Harimau Muda B lwn MBJB (36 undian)
60% MBJB menang
40% Harimau Muda menang
0% Seri

5. Sime Darby lwn NS Betaria (35 undian)
55% NS Betaria menang
45% Sime Darby menang
0% Seri

6. ATM lwn Pos Malaysia (29 undian)
50% ATM menang
50% Pos Malaysia menang
0% Seri

Sunday 25 March 2012

Safee Sali pemain pertama melakukan "Quadtrick" di ISL.




Dengan jaringan 4 gol hari ni, Safee merupakan pemain pertama di Liga Super Indonesia melakukan Quadtrick. Berikut senarai penjaring gol ISL 2011/12:

1) Keith Gumbs ( Sriwijaya FC ) 15 gol

2) Safee Sali (Pelita Jaya FC) 12 gol

3) Hilton Thon Mauro Moreira ( Sriwijaya FC ) 11 gol

4) Cristian Gonzales ( Persisam) 10 gol

5) Patrich Wanggai (Persidafon) 9 gol
    Alberto Goncalves Da Costa (Persipura) 9 gol
    Herman Dzumafo Epandi (PSPS) 9 gol
    Greg Nwokolo (Pelita Jaya) 9 gol

9) Cristian Gaston Castano (Gresik United) 8 gol
    Mario Alejandro Costas (Persela) 8 gol
    Jean Paul Boumsong (Persiram) 8 gol
    Bambang Pamungkas (Persija) 8 gol


Info : SafeeSali_10 Official

Friday 23 March 2012

Rumusan Suku Akhir Piala FA

Terengganu lwn Lions Xii
Terengganu melalui satu lagi ujian getir dalam saingan Piala FA musim ini. Dengan adanya format perlawanan timbal balik dalam peringkat suku akhir ia juga secara tidak langsung bakal mengerah kudrat yang lebih terhadap pasukan Terengganu yang terut bersaing dalam Liga Super serta Piala AFC. Jika Mat Zan bijak menggunakan sistem penggiliran pemain, mungkin masalah kecergasan pemain mampu diatasi. Di kem Lion Xii, mereka semakin serasi bermain dalam satu unit, dan cabaran mereka wajar diberikan perhatian kerana pasukan ini juga mempunyai kualiti sebagai antara pasukan yang mampu menjulang kejuaraan.
Pasukan pilihan : Terengganu

Sime Darby lwn Johor Fc
Slot suku akhir bagi pertemuan ini agak mengejutkan bagi pemerhati bolasepak tempatan. Kedua pasukan ini telah menewaskan lawan yang dianggap sebagai pasukan pilihan. Selaku pengendali Johor Fc, Devan telah mengecewakan pasukan yang pernah dibantunya menjulang Piala FA iaitu N.Sembilan serta Selangor. Kelibat pemain import mereka, Fernando Abreu   serta Henrique Arthuro ternyata telah banyak meningkatkan kualiti pasukan ini. Bagi pasukan Sime Darby, semangat berpasukan serta disiplin yang tinggi dari barisan anak didik Ismail Zakaria ini merupakan kunci utama mereka mampu mara sejauh ini.
Pasukan pilihan : Johor Fc

KL SPA lwn Kelantan
Walaupun sekadar bermain di Liga FAM, skuad bimbingan Nizam Jamil wajar diberikan pujian kerana mampu mara sejauh ini. Keupayaan pasukan ini menewaskan lawan yang lebih berpengalaman seperti MBJB serta juara liga Kemboja Phang Khang Reach Fc membuktikan cabaran mereka tidak boleh dipandang enteng. Bagi pasukan Kelantan, dengan kualiti yang mereka miliki, perlawanan menentang pasukan dari Liga FAM seharusnya dimenangi oleh mereka tanpa banyak masalah.
Pasukan pilihan : Kelantan

Kedah lwn T-Team
Pertemuan yang dilihat cukup seimbang bagi kedua-dua pasukan. Cukup menarik untuk menyaksikan pertembungan dibahagian midfield dengan Baddrol serta Safi menghadapi Zairo serta Faiz Namun skuad bimbingan Wan Jamak mempuntai sedikit kelebihan dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman bermain diperingkat kalah mati seperti saingan Piala FA ini. Yunus Alif tentunya menyedari inilah halangan terbesar mereka bagi mencipta sesuatu dalam kempen Piala FA 2012.
Pasukan pilihan : Kedah

Penulis : Arieost Azzurie


Wednesday 21 March 2012

Senarai pelatih Kebangsaan Untuk Aksi Menentang Sarawak


Senarai 24 Orang Pelatih Skuad Kebangsaan Untuk Aksi Persahabatan Menentang Sarawak pada 24 Mac 2012. Pemain yang terlibat adalah pemain dari pasukan yang gagal layak keperingkat suku akhir Piala FA memandangkan pada tarikh yang sama juga berlangung perlawanan Piala FA.
Penjaga Gol
1. Nasril Nourdin (Perak)
2. Farizal Marlias (N.Sembilan)
3. Syed Adney Syed Hussein (Sabah)

Pertahanan
4. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
5. G. Mahathevan (N.Sembilan)
6. Bunyamin Omar (Selangor)
7. Zulharis Mohd Nor (PKNS)
8. Amiridzuan Taj Tajudin (ATM)
9. Azmi Muslim (ATM)
10. Aidil Zafuan (ATM)
11. Alto Linus (Sabah)

Tengah
12. K.Gurusamy (Selangor)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Shahruain Abu Samah (N.Sembilan)
15. Shahrudin Yakup (Sabah)
16. S.Kunanlan (N.Sembilan)
17. Fauzan Dzulkifli (PKNS)
18. Helmi Rameli (PKNS)
19. Ahmad Fakri Saarani (Felda United)

Penyerang
20. Venice Delphi (ATM)
21. Shakir Ali (N.Sembilan)
22. Azamudin Md Akil (Pahang)
23. Zaquan Adha (ATM)
24. Afiq Azmi (K.Lumpur)

Sunday 18 March 2012

Carta Liga Premier (8)


(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Friday 16 March 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 10 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 16hb dan 17hb Mac 2012. Perlawanan Perak menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Perak lwn Kelantan (877 undian)
53% Kelantan menang
42% Perak menang
5% Seri


2. N.Sembilan lwn Kedah (335 undian)
65% Kedah menang
30% N.Sembilan menang
5% Seri

3. Terengganu lwn Sabah (273 undian)
57% Terengganu menang
38% Sabah menang
5% Seri

4. Johor Fc lwn T-Team (163 undian)
53% T-Team menang
42% Johor Fc menang
5% Seri

5. Selangor lwn K.Lumpur (85 undian)
54% K.Lumpur menang
40% Selangor menang
6% Seri

6. Sarawak lwn Lions Xii (74 undian)
94% Sarawak menang
4% Seri
2% Lions Xii menang

7. Felda United lwn Pkns (28 undian)
71% Pkns menang
14.5% Felda United menang
14.5% Seri

Thursday 15 March 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 9 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 16hb, 19hb Mac 2012. Perlawanan NS Betaria menentang Harimau Muda B menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. NS Betaria lwn Harimau Muda B (51 undian)
63% NS Betaria menang
31% Harimau Muda B menang
6% Seri


2. Pos Malaysia lwn Pahang (50 undian)
95% Pahang menang
5% Pos Malaysia menang
0% Seri

3. MP Muar lwn ATM (37 undian)
60% ATM menang
35% MP Muar menang
5% Seri

4. MBJB lwn Perlis (22 undian)
54% Perlis menang
46% MBJB meneng
0% Seri

5. Usm Fc lwn Johor (20 undian)
89% Johor menang
11% Usm Fc meneng
0% Seri

6. PDRM lwn Sime Darby (19 undian)
67% Sime Darby menang
25% Pdrm menang
8% Seri

Sunday 11 March 2012

Senarai 18 pemain skuad olimpik menentang Syria 14 Mac 2012



1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Izham Tarmizi Roslan
3. Fadhli Shas
4. Amer Saidin
5. Affize Faisal Mamat
6. Shahrul Saad
7. Zubir Azmi
8. Fandi Othman
9. D.Saarvindran
10. Nazmi Faiz
11. Azizan Nordin
12. Azrif Nasrulhaq
13. Rozaimi A.Rahman
14. Fakri Saarani
15. Ashri Chuchu
16. Irfan Fazail
17. Syahrul Azwari
18. Syakir Ali

Friday 9 March 2012

18 Orang Pemenang Stickers Harimau Malaya

Tahniah kepada para pemenang,dan kepada mereka yang kurang bernasib baik jangan berputus asa kerana mungkin dimasa akan datang kami akan menganjurkan lagi peraduan-peraduan lain. Kepada nama yang tersenarai sila hantar alamat anda diemail bolasepak_malaysia@yahoo.com. Kami memohon maaf kerana pihak kami tidak dapat menghubungi pemenang secara terus disebabkan masalah yang kami sendiri tidak menjangkanya. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Klik Untuk Besarkan !






Thursday 8 March 2012

Rumusan 8 Perlawanan Piala FA

Terengganu lwn Perak
Pertemuan Terengganu menentang Perak pastinya dilihat sebagai perlawanan yang paling mencuri tumpuan dalam pusingan kedua piala FA kali ini. Terengganu dibawah bimbingan Mat Zan kini berada dalam moral terbaik selepas berjaya menewaskan K.Lumpur serta kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dan saingan Piala AFC. Bagi pasukan Perak pula, selepas berjaya menewas ATM dalam pusingan pertama kini mereka sekali lagi berdepan dengan 1 lagi ujian sukar. Norizan pastinya menyedari hanya aksi terbaik daripada anak-anak buahnya mampu menewaskan lawan sukar seperti Terengganu.
Pasukan pilihan : Terengganu

Lions Xii lwn NS Betaria
Pasukan bimbingan Sundram Moorthy semakin menunjukkan taring mereka semenjak akhir-akhir ini. Tonggak utama pasukan ini seperti Shahril Ishak, Hariss Harun serta Baihakki Khaizan bakal memberikan ancaman kepada barisan anak buah Azuan Zain. Diatas kertas pasukan Lions Xii adalah pasukan pilihan dalam pertemuan ini, tetapi aksi diatas padang adalah penentuan yang sebenarnya untuk melihat pasukan mana yang lebih hebat.
Pasukan pilihan : Lions Xii

Usm Fc lwn Sime Darby
S.Veloo serta anak-anak buahnya pastinya masih mengingati bagaimana pasukan mereka mudah diratah Sime Darby 1-4 dalam saingan Liga Premier, Februari lepas. Kehilangan beberapa tonggak utama seperti Jeevanathan, Fariss Md Isa serta Failee memberikan kesan yang mendalam terhadap kekuatan pasukan ini berbanding musim lepas. Sementara itu pasukan Sime Darby dilihat semakin serasi dibawah kendalian Ismail Zakaria malah pasukan ini telah mengejutkan pasukan Sabah dalam pusingan pertama Piala FA baru-baru ini.
Pasukan pilihan : Sime Darby

Johor Fc lwn Selangor
Selepas berjaya menewaskan pasukan yang pernah dibimbingnya N.Sembilan dalam saingan pusingan pertama Piala FA, Devan pastinya ingin melakukan perkara yang sama terhadap pasukan Selangor pula dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA. Kehadiran pemain import baru Abreu serta  Arthur Henrique banyak membantu terhadap peningkatan kualiti permainan pasukan ini. Sementara itu Irfan pastinya menyedari dalam saingan kalah mati seperti ini, beliau tiada pilihan selain mengerah kudrat anak-anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik bagi mencerahkan peluang kepusingan seterusnya.
Pasukan pilihan : Selangor

Kelantan lwn Kuala Lumpur
Kelantan yang dipimpin Bojan Hodak bagi menggantikan Peter Butler telah menunjukkan persembahan yang sederhana ketika menentang N.Sembilan serta Saigon Navibank. Sementara itu pasukan K.Lumpur yang terumbang-ambing dalam saingan liga dilihat sedikit mempamerkan peningkatan apabila berjaya memimjam pemain import Kelantan iaitu Okine serta Charara. Namun tidak dapat dipastikan sama ada meraka beraksi dalam perlawanan ini atau tidak.
Pasukan pilihan : Kelantan

Preach Khan Reach lwn KL SPA
Tuah undian nyata memihak kepada pasukan jemputan dari Kemboja, Phang Khang Reach Fc apabila menentang pasukan bukan dari liga utama dalam pusingan pertama dan kedua Piala FA kali ini. Pasukan juara liga Kemboja ini dilihat tidak menghadapi sebarang masalah bagi menangani cabaran KL SPA dan seterusnya layak keperingkat suku akhir Piala FA. Bagi pasukan KL SPA kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Piala FA boleh dibanggakan dan mereka adalah satu-satunya pasukan dari Liga FAM yang beraksi dalam pusingan kedua Pila FA kali ini.
Pasukan pilihan : Preach Khan Reach

Kedah lwn Perlis
Pertemuan yang digelar “Derby Utara” ini pastinya agak menarik untuk disaksikan. Semenjak kehadiran Wan Jamak serta pemain import baru Abdelfatah Safi, pasukan Kedah dilihat semakin menunjukkan peningkatan berbanding ketika diawal musim. Bagi pasukan Perlis walaupun dilihat tidak beberapa konsisten dalam saingan Liga Premier tetapi mereka boleh mencipta kejutan andainya lawan terlalu memandang rendah kemampuan pasukan ini.
Pasukan pilihan : Kedah

T-Team lwn Pahang
T-Team pastinya akan terus menyandarkan harapan mereka kepada kecemerlangan pemain seperti Zairo serta Faiz Subri. Ternyata kelibat 2 pemain ini banyak mempengaruhi kebangkitan T-Team dalam saingan Liga Super serta kejayaan mereka mara kepusingan kedua Piala FA. Sementara itu cabaran Pahang juga tidak boleh dipandang mudah, ketajaman Azamuddin serta disuntik oleh tenaga import baru dari Russia boleh menghukum pihak lawan.
Pasukan pilihan : T-Team

Penulis : Arieost Azzurie

Tuesday 6 March 2012

Media Alternatif perlu ada pada setiap pasukan dalam Liga M

Terengganu-GanuSoccer.Net GSN
Kedah-HKCtv
Perak-Pakcu My
Sabah-SabahawksArena

Diatas sekadar beberapa nama media alternatif kepada pasukan dalam Liga M. Rasanya sudah tiba masa untuk semua pasukan mempunyai media alternatif yang sendiri. Mereka ini berperanan untuk merakam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan mereka dalam saingan Liga M.

Walaupun mungkin agar sukar untuk membuat 'live' kerana kekangan beberapa perkara dan yang terutama atas masalah bajet, tetapi media alternatif ini mampu untuk memberi rakaman atau gambaran lebih jelas dalam sesuatu perlawanan.

Maka tidaklah penyokong berasa 'terkilan' kerana tidak dapat menonton aksi pasukan kesayangan disebabkan beberapa perkara seperti terpaksa bekerja lebih masa, bajet tidak mencukupi untuk ke gelanggang lawan dan sebagainya.

Penulis:Pecinta Bola

Stickers Harimau Malaya percuma untuk "followers" blog BM.


Salam hormat buat sahabat BM sekalian. Sebagai menghargai sokongan anda, kami berbesar hati untuk menghadiahkan 18 orang daripada penyokong kami dengan stickers Harimau Malaya keluaran Jebat Store(contoh seperti didalam gambar). Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menjadi "followers" blog kami dan kami akan memilih secara rawak 18 orang pemenang bertuah tersebut. Peraduan ini akan ditutup pada 9 Mac jam 12.00am dan kami akan umumkan pemenang sejurus selepas ia ditutup. Jangan ketinggalan untuk menjadi "followers" blog BM. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sunday 4 March 2012

Carta Liga Super (9)

(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Saturday 3 March 2012

Mampukah Hodak membuka langkah kanan bersama Kelantan?


Selepas dikejutkan dengan penamatan kontrak Peter Butler sebagai jurulatih pasukan Kelantan, Bojan Hodak Bojan Hodak yang asalnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) , dilantik pula sebagai jurulatih pasukan dari pantai timur ini. Namun tugasan pertama Hodak agak mencabar juga, iaitu menentang pasukan juara Piala Malaysia 2011 serta juara Piala Sumbangsih 2012, N.Sembilan. Mampukah Hodak membuka langkah kanan bersama pasukan Kelantan? Persoalan yang hanya akan terjawab selepas pertarungan malam nanti.
Hodak, 41, yang mempunyai Lesen Kelas A Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pernah menjadi Ketua Jurulatih UPB My Team sekitar tahun 2006 hingga 2009, kelab Phnom Penh Crown FC  di Cambodia (2010 hingga 2011) sebelum berkelana ke China pada tahun lalu. Hodak yang kali terakhir memegang jawatan selaku Penolong Jurulatih kelab Shandong Luneng Taishan FC di China dan membantu kelab tersebut muncul naib juara Piala FA.
Berbalik kepada pertemuan Kelantan menentang N.Sembilan, pertemuan ini pastinya akan berlangsung dalam keadaan yang sengit. Pada perlawanan Piala Sumbangsih lepas, pasukan Kelantan yang ketika itu dibawah bimbingan Butler tewas 1-2 kepada N.Sembilan. Namun ramai yang mendakwa Butler gagal menampilkan kesebelasan terbaik sebagai punca utama kekalahan tersebut. Hodak pasti akan menampilkan skuad yang lebih kuat berbanding ketika perlawanan Piala Sumbangsih lepas, namun harus diingat pasukan N.Sembilan juga akan turun dengan kesebelasan yang lebih berpengalaman dengan kehadiran pemain seperti Shukor, Idris, Qairul serta pemain import terbaru Marian Farbak.
Mampukah Hodak menceriakan penyokong Kelantan dengan membalas dendam diatas kekalahan pasukan mereka semasa Piala Sumbangsih? Ataupun kebijaksanaan Azraai Khor akan sekali lagi menghampakan pasukan Kelantan? Menarik untuk kita saksikan !!!

Penulis : Arieost Azzurie



 





Friday 2 March 2012

Kupasan mengenai 5 penjaga gol Pilihan BM

Beberapa minggu yang lalu, pihak BM sempat menanyakan satu soalan mengenai 5 penjaga gol Pilihan BM kepada pemerhati sukan negara. Ikuti kupasan blogger sukan terkenal negara, Muhammad Rizal Hashim.



Khairul Fahmi ->Kecil tapi tangkas dan ada spring di kaki. One to one situation pun bagus. Reflex terbaik.

Sharbinee Allawee->2009, 2010 rahun terbaik buat Sharbinee. Commanding. Tendangan sedikit lemah. Sekarang kurang keyakinan.

Helmi Eliza Elias ->Kemas tetapi cenderung lakukan kesilapan mudah. Kurang fokus.

Farizal Marlias ->Bersama fahmi penjaga gol terbaik negara. Commanding.

Norazlan Razali->Ada potensi dan dibawah bimbingan Azmin Azram. Boleh digilap lagi bakatnya.

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 9 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 2hb, 3hb dan 6hb Mac 2012. Perlawanan Kelantan menentang N.Sembilan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kelantan lwn N.Sembilan (489 undian)
45% Kelantan menang
45% N.Sembilan menang
10% Seri


2. Kedah lwn Selangor (473 undian)
65% Kedah menang
29% Selangor menang
6% Seri

3. T-Team lwn Sarawak (176 undian)
59% T-Team menang
38% sarawak menang
3% Seri

4. K.Lumpur lwn Terengganu (176 undian)
84% Terengganu menang
14% K.Lumpur menang
2% Seri

5. Pkns lwn Perak (143 undian)
70% Perak menang
22% Pkns menang
8% Seri

6. Sabah lwn Johor Fc (56 undian)
55% Sabah menang
40% Johor Fc menang
5% Seri

7. Lions Xii lwn Felda United (34 undian)
80% Felda United menang
20% Lions Xii menang
0% Seri

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 8 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 2hb, 5hb dan 19hb Mac 2012. Perlawanan Pahang menentang MP Muar menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Pahang lwn MP Muar (54 undian)
69% Pahang menang
31% MP Muar menang
0% Seri


2. Perlis lwn Johor (35 undian)
56% Johor menang
25% Perlis menang
19% Seri

3. ATM lwn Usm Fc (29 undian)
60% Usm Fc menang
32% ATM menang
8% Seri

4. Harimau Muda B lwn PDRM (19 undian)
55% Harimau Muda B menang
35% PDRM menang
10% Seri

5. Sime Darby lwn Pos Malaysia (18 undian)
33.3% Sime Darby menang
33.3% Pos Malaysia menang
33.3% Seri

6. MBJB lwn NS Betaria (12 undian)
56% NS Betaria menang
33% Seri menang
11% MBJB menang