Pages

Saturday 25 February 2012

Penerangan mengenai siaran langsung/tertunda perlawanan antarabangsa bertaraf A skuad negara di luar negara.



"Admin, ade 'live' tak game Malaysia vs XxxxX?"
"Admin, ade 'live streaming' tak game Malaysia vs XxxxX tu?"

Antara soalan yang kerap ditanya oleh Sahabat BM apabila tiap kali skuad negara akan menghadapi perlawanan antarabangsa bertaraf A di luar negara.

Ok, di sini admin ingin jelaskan satu perkara, pihak Astro Arena seboleh-bolehnya mahu menyiarkan semua perlawanan antarabangsa bertaraf A yang melibatkan skuad negara di luar negara secara langsung.

Namun, pihak Astro hanya dapat membuat siaran langsung perlawanan yang melibatkan skuad negara jika pihak stesen televisyen di sana ada membuat liputan(siaran langsung ataupun siaran tertunda).

Jika ada liputan pada perlawanan yang melibatkan skuad negara di luar negara, barulah pihak Astro Arena akan membeli hak siaran langsung/tertunda sesuatu perlawanan di luar negara itu.

Bagaimana la pihak Astro Arena mahu menyiarkan siaran langsung/tertunda perlawanan skuad negara di luar negara jika pihak penyiar di sana pun tidak membuat liputan.

Agak-agak la nak suruh krew Astro Arena ke luar negara untuk buat liputan siaran langsung. Nak kena bawa peralatan sendiri lagi, kena minta kebenaran pihak penyiar di sesebuah negara lagi. Macam-macam perkara yang perlu dibuat jika bawa peralatan sendiri.

Kos sememangnya agak tinggi jika bawa nak buat liputan sendiri. Maka membeli hak siaran daripada stesen penyiar di negara yang membuat liputan perlawanan adalah lebih munasabah.

Satu lagi, 'live streaming' ini hanya wujud apabila sesebuah perlawanan itu dibuat liputan siaran langsung/tertunda di televisyen. Ini kerana 'live streaming' itu ialah siaran langsung dalam siaran internet, dalam erti kata lain, 'live streaming' ini ialah alternatif kepada siapa yang tiada televisyen.

Penulis:Pecinta Bola
Kredit Foto:Astro Arena

Wednesday 22 February 2012

Musim hadapan hanya Johor dan Johor B sahaja?

UNOFFICIAL MEETING DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM BERSAMA JENGKING FAN CLUB, KELAB PENYOKONG SIBER JOHOR FC


9.00 MALAM
19 FEBRUARI 2012
ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU

RINGKASAN MAKLUMBALAS “UNOFFICIAL MEETING” 

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FanClub CafĂ©” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.


Nota: Penulis tertarik dengan satu isu yang ada dalam minit mesyuarat ini mengenai pada musim hadapan akan hanya ada 2 pasukan daripada Johor iaitu Johor dan Johor B. Maka apabila hanya 2 pasukan mahu dikekalkan sedangkan negeri Johor ada 4 pasukan dalam Liga M.Cuba baca info yang admin dapat ini.

Mengikut Kod Tatatertib FAM yang dikuatkuasakan mulai tahun 2011, hak mengenakan sesuatu "hukuman" seperti membubarkan sesuatu pasukan yang didaftarkan di bawah FAM hanya boleh diputuskan oleh FAM:
1.2. Kod Tatatertib ini berkuatkuasa ke atas semua yang terlibat dalam semua
Aktiviti Bolasepak di Malaysia iaitu:
1.2.1 Persatuan Bolasepak Malaysia termasuklah Ahli.
1.2.2 Persatuan Bolasepak, Kelab atau mana-mana badan yang bergabung dengan Ahli.

Ini bermakna PBNJ selaku "Ahli FAM" tidak berhak membubarkan MP Muar FC yang diiktirafkan sebagai "Ahli-Ahli" di bawah pendaftaran badan induk FAM:
2.1.4. “Ahli” bermakna Ahli FAM dan termasuklah Ahli-Ahli.
2.1.5. “Ahli FAM” bermakna Persatuan Bolasepak Negeri, Persatuan
Bolasepak Polis DiRaja Malaysia, Persatuan Bolasepak Angkatan
Tentera Malaysia, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Majlis Sukan
India Malaysia, Persatuan Bolasepak Cina Malaysia, Persatuan
Pemain-pemain Bolasepak Malaysia, Persatuan Pengadil Bolasepak
Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bolasepak atau seperti yang
ditetapkan mengikut Artikel 11, Statut FAM yang berdaftar dengan
Pesuruhjaya Sukan, Malaysia dan bergabung dengan Persatuan.
2.1.6 “Ahli-Ahli” bermakna mana-mana persatuan Bolasepak di peringkat
Daerah atau Kelab atau mana-mana badan yang ditubuhkan dengan
sempurna dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan, Malaysia dan menjadi
ahli gabungan kepada Ahli FAM.

Nota:Nampak mudah kan bila mahu bubarkan sesuatu pasukan tetapi realitinya sukar juga sebenarnya. Jika dibubarkan, pasukan itu bakal dikenakan denda dan juga digantung untuk beberapa musim jika berhasrat untuk memasuki Liga M semula setelah dibubarkan.

Penulis:Pecinta Bola
Sumber:Jengking Fan Club, Liga FAM

Tuesday 21 February 2012

Jika 'orang luar' boleh menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, mengapa bukan kita yang mengaku rakyat Malaysia?



Jurulatih kecergasan skuad Malaysia di bawah penyelarasan FAM ialah Rastislav Bozik yang berasal daripada Slovakia.Beliau sudah 5 tahun berkhidmat bersama FAM.

Sesuatu yang menarik mengenai beliau ialah beliau akan menyanyikan lagu NEGARAKU setiap kali lagu itu berkumandang pabila skuad negara turun beraksi.

Jika ada yang perasan,ketika skuad Olimpik menentang Jepun tempoh hari kamera telah mengfokuskan kerahnya dan kelihatan beliau menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat.

Tahniah daripada kami,admin page Bolasepak Malaysia.
Harap dapat kekal bersama kami,skuad HarimauMalaya.

Kredit Foto:Goggle
Penulis:Pecinta Bola

Monday 20 February 2012

Senjata Rahsia Skuad Olimpik Malaysia



Nazmi Faiz Mansor, satu nama yang pada mulanya tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi tindakan Ong Kim Swee membawanya ke Jakarta untuk bermain sukan Sea 2011 telah menampaknya ada harapan bagi Nazmi menyinar.

Malam 27 Nov 2011 sejarah telah terlakar. Nazmi anak muda daripada Kuala Lumpur telah menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa pertama. Bukan sebarang gol, tetapi gol bertaraf dunia!




Mempunyai mutu kawalan bola yang tinggi dan hantaran yang selalunya tepat kepada rakan sepasukan, Nazmi dijangka bakal menghadirkan kegugasaran kepada para pemain skuad Jepun malam esok.

Tahun 90-an dunia dikejutkan dengan aksi seorang pemain muda daripada Brazil iaitu 'Ronaldo 9'. Dia telah digelar 'El Phenomeno'. Kini tiba masanya seorang lagi bakal bintang layak untuk digelar 'The Phenomenon' !

Kredit Foto:Nazri Hashim
Penulis:Pecinta Bola

Friday 17 February 2012

Rumusan 16 Perlawanan Piala FA

Perak lwn ATM
Ibarat buku bertemu ruas, itulah yang boleh disimpulkan dalam perlawanan ini. Perak tampak lebih berbisa berbanding musim lepas Namun tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super sedikit merencatkan kebangkitan pasukan ini. Popovic masih lagi belum menunjukkan kualiti sebagai penyerang hebat, tetapi mujur aksi mantap Kubala dibahagian midfield banyak membantu  barisan pertahanan mahupun serangan.  Pemain seperti  Shahrulnizam serta Akmal boleh menjadi pemusnah kepada pasukan lawan andainya mereka diberikan ruang  untuk melakukan sesuatu. Manakala pasukan ATM ternyata telah membuktikan kemampuan pasukan ini sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Liga Premier apabila menjadi pendahulu Liga Premier hingga setakat ini. Kehebatan tonggak berpengalaman seperti Hairudin, Marlon, Irwan, Aidil banyak membantu pasukan ini mencipta keputusan yang positif.
Ramalan : ATM layak kepusingan kedua.

Terengganu lwn PDRM
Dibawah bimbingan Mat Zan, Terengganu meneruskan momentum musim lepas sebagai antara pasukan terkuat di Liga Malaysia. Dibarisi oleh ramai pemain yang berpengalaman bermain diperingkat antarabangsa seperti Sharbinee, Muslim, Marzuki, Joseph, Ashaari, Manaf, pasukan ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk keperingkat seterusnya. PDRM bakal berdepan ujian getir bagi memastikan mereka tidak dimalukan dengan jaringan yang besar dalam perlawanan ini.
Ramalan : Terengganu layak kepusingan kedua.

Uitm lwn Lions Xii
Pertembungan antara 2 darjat. Uitm beraksi dalam saingan Liga FAM musim ini sedangkan Lions Xii sehingga kini menduduki 4 tangga teratas dalam saingan Liga Super. Melihatkan kepada keadaan ini Lions Xii dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi pertemuan ini. Namun Uitm Fc pastinya mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu menampilkan aksi terpuji untuk memberikan kesukaran kepada skuad dari seberang Tambak Johor ini.
Ramalan : Lions Xii layak kepusingan kedua.

NS Betaria lwn Melaka
NS Betaria dibawah bimbingan Azuan Zain kelihatan terumbang-ambing dalam perlawanan awal Liga Premier. Namun skuad ini menampakkan kebangkitan selepas berjaya mendapatkan 2 pemain import iaitu Michael Ijezie serta John Bamidele. Skuad Melaka kali ini pula diperkuatkan dengan 9 pemain yang membantu pasukan tersebut muncul naib juara Piala Emas Raja-Raja baru-baru ini. Walaupun bermain di gelanggang NS Betaria, tetapi hakikatnya Stadium Hang Tuah juga merupakan gelanggang Melaka bagi menghadapi kempen Liga FAM musim ini, satu situasi yang agak unik dalam saingan Piala FA musim ini.
Ramalan : NS Betaria layak kepusingan kedua.

Pos Malaysia lwn USM Fc
Pertembungan antara 2 pasukan dari Liga Premier ini kelihatan agak seimbang. Pos Malaysia mempunyai jentera serangan yang agak digeruni dalam saingan Liga Premier, manakala USM Fc pula mempunyai pertahanan antara yang terbaik. Dalam pertemuan Liga Premier di Stadium USM baru-baru ini, skuad bimbingan S.Veloo iaitu USM Fc telah menewaskan pasukan Pos Malaysia dengan jaringan 2-1. Sudah pasti G.Torairaju serta anak-anak buahnya mahu membalas dendam diatas kekalahan tersebut dalam pertemuan kali ini.
Ramalan : USM Fc layak kepusingan kedua.

Sime Darby lwn Sabah
Selepas mengejutkan peminat bolasepak tempatan musim lalu apabila menafikan tempat Pahang dalam kancah Piala Malaysia, Sime Darby pasti mahu mengulangi pencapaian tersebut, kali ini dengan menyingkirkan 1 lagi pasukan dari Liga Super iaitu Sabah dalam saingan Piala FA pula. Tonggak berpengalaman seperti Hairul Nizam Hanif, Mohd Nor Ismail, Sengbah Kennedy dan Patrick Wleh pasti menjadi sandaran utama Ismail Zakaria bagi merealisasikan hajat tersebut. Manakala bagi pasukan Sabah pula, mereka kelihatan lebih mantap berbanding musim lalu, namun bermain digelanggang lawan bukanlah tugas mudah tambahan lagi menentang skuad yang penuh disiplin seperti Sime Darby.
Ramalan : Sabah layak kepusingan kedua.

N.Sembilan lwn Johor Fc
Perlawanan yang dijangka berlangsung sengit. Baik N.Sembilan mahupun Johor Fc, kedua pasukan ini telah memperkasakan pasukan masing-masing dengan melengkapkan kuota pemain import masing-masing. N.Sembilan mendapatkan Marian Farbak untuk mengukuhkan benteng skuad jang yang dilihat agak rapuh kebelakanganan ini. Manakala Johor Fc pula mendapat Fernando Abreu serta Arthuro Bernhardt yang bermain dibahagian pertahanan serta serangan.  Selain itu apa yang menarik, penyokong N.Sembilan sudah pasti begitu teruja untuk melihat aksi Fernando Abreu yang sebelum ini dikaitkan akan menyarung jersi skuad jang.
Ramalan : N.Sembilan layak kepusingan kedua.
Shahzan Muda lwn Selangor
Jika dilihat dari prestasi semasa, skuad Selangor sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepasi cabaran Shahzan Muda yang bertanding dalam saingan Liga FAM musim ini. Skuad Selangor berada dalam prestasi terbaik ketika ini seperti yang telah dibuktikan ketika menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super baru-baru ini. Kemasukan Basko Balaban ternyata telah memberi satu suntikan semangat terutamanya terhadap barisan serangan skuad Selangor. Namun harus diingat, dalam saingan kalah mati seperti Piala FA, kejutan akan sentiasa berlaku. Tidak mustahil skuad seperti Shahzan Muda boleh melakukan kejutan andainya lawan mengambil mudah pertemuan ini.
Ramalan : Selangor layak kepusingan kedua.

Kelantan lwn Sarawak
Satu lagi pertembungan menarik antara 2 pasukan dari Liga Super. Tekanan pasti lebih terarah buat Peter Butler serta anak-anak buahnya yang telah diberikan tanggungjawab untuk membawa Kelantan menjuarai saingan Piala FA musim ini. Jika pemain Sarawak bijak mengeksploitasi keadaan ini, tidak mustahil akan wujud satu keputusan mengejut dalam perlawanan ini.
Ramalan : Kelantan layak kepusingan kedua.

K.Lumpur lwn MP Muar
Walaupun K.Lumpur menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Super hingga setakat ini, tetapi skuad muda bimbingan  Razip Ismail ini boleh memberikan ancaman kepada pasukan dari Liga Premier seperti MP Muar. Perlawanan ini dilihat agak seimbang, namun K.Lumpur mempunyai sedikit kelebihan kerana cabaran bermain di Liga Super sedikit sebanyak membantu meningkatkan kualiti pemain muda K.Lumpur menghadapi perlawanan kalah mati seperti dalam kempen Piala FA ini.
Ramalan : K.Lumpur layak kepusingan kedua.

Preach Khan lwn P.Pinang
Penulis tidak pernah melihat aksi pasukan Preach Khan dari Kemboja, tetapi apabila melihat reputasi skuad ini sebagai juara liga Kemboja, sudah pasti cabaran pasukan ini wajar diberikan perhatian. Lawan pasukan  Prench Khan iaitu P.Pinang pasti berdepan cabaran getir menghadapi cabaran skuad dari Kemboja ini.  
Ramalan : Preach Khan layak kepusingan kedua.

KL SPA lwn MBJB
Walaupun baru bermain dalam saingan Liga Premier musim ini tetapi persembahan MBJB agak memuaskan dalam saingan tersebut. Bekas penyerang K.Lumpur, Azmi Sarmin pasti menjadi sandaran utama skuad ini bagi memburu jaringan. Bagi KL SPA, pasukan ini belum bermain lagi dalam saingan Liga FAM, ketiadaan perlawanan kompetatif pasti menyukarkan lagi pasukan dari Liga FAM seperti KL  SPA.
Ramalan : MBJB layak kepusingan kedua.

Kedah lwn PKNS
Kedah pasti berasa lega sebelum memulakan cabaran mereka dalam kempen Piala FA musim ini. Pertamanya jurulatih mereka, Wan Jamak telah kembali kepangkuan pasukan setelah digantung 7 perlawanan kerana mengkritik mutu pengadilan semasa cabaran Piala Malaysia musim lepas. Yang keduanya, persembahan pemain import terbaru mereka Abdelfatah Safi cukup menyakinkan dalam 2 perlawanan lepas. Namun cabaran PKNS juga tidak harus dipandang mudah. PKNS sebuah pasukan yang cukup berdisiplin dan cukup bijak ketika bertahan, sambil serangan balas mereka mampu mengejutkan lawan. Jika penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit berada dalam prestasi terbaiknya, jentera serangan Kedah bakal berdepan tugas sukar untuk membolosi gawang PKNS. Kelebihan akan berpihak kepada PKNS andainya perlawanan ini ditentukan melalui sepakan penalti.
Ramalan : Kedah layak kepusingan kedua.

SDM Navy lwn  Perlis
Masalah dalaman PFA telah menyebabkan skuad Perlis seperti kehilangan arah. Namun diundi bertemu skuad dari Liga FAM dalam kempen Piala FA memberikan sedikit kelebihan buat pasukan Perlis memandangkan mereka telah melalui beberapa perlawanan kompetatif berbanding lawan mereka SDM Navy yang belum lagi memulakan saingan dalam Liga FAM.
Ramalan : Perlis layak kepusingan kedua.

Johor lwn T-Team
Skuad Johor masih lagi belum mampu menampilkan aksi konsisten dalam saingan Liga Premier walaupun skuad kali ini telah berjaya mendapatkan beberapa pemain berbakat seperti Munir Amran, Hamzani Omar, K.Sasikumar. selain pemain import Andrezinho serta Muriel Orlando. Manakala pasukan T-Team telah menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan dalam saingan Liga Super hingga setakat ini, dan kapten mereka iaitu Zairo telah muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan 8 gol dalam 8 perlawanan. Selain itu aksi mantap Iqbal, Faiz serta Petric juga banyak membantu didalam kebangkitan T-Team hingga setakat ini.
Ramalan : T-Team layak kepusingan kedua.

Pahang lwn Felda United
Pahang telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan selepas episod hitam musim lepas yang menyaksikan mereka terjerumus ke saingan Liga Premier. Azamudin Mat Akil dijangka akan memainkan peranan penting dalam misi mereka bagi menewaskan skuad Felda United. Evalarasan harus berasa bimbang jika prestasi tidak menentu mereka didalam Liga Super dijadikan ukuran, mereka bakal berdepan tersingkir diperingkat awal saingan piala FA, tambahan lagi jika menentang skuad berpengalaman seperti Pahang.
Ramalan : Pahang layak kepusingan kedua.

Penulis : Arieost Azzurie
                                                                              

Thursday 16 February 2012

Sumpahan Piala FA, siapa mangsa seterusnya?

Saingan Piala FA Malaysia musim 2012 akan bermula esok hari dengan perlawanan pusingan pertama dan tunggal yang melibatkan pasukan Kejor Yob Kejor, Perak menentang ‘Manchester City Malaysia’ a.k.a ATM FA di Stadium Perak, Ipoh. Baki perlawanan pusingan pertama ini akan diteruskan pada hari Sabtu dan juga beberapa perlawanan lagi pada hari Ahad.

Jika di saingan Piala FA Inggeris, saingan merebut kejuaraan ini sememangnya ‘berhantu’ apabila banyak kelab-kelab/pasukan-pasukan ternama tewas mengejut kepada kelab-kelab divisyen dua dan tiga sesebuah negara itu. Namun jika disingkap kembali faktor kekalahan itu, ternyata sikap ‘terlalu mengambil mudah’ adalah punca utama kekalahan mereka.

Jika disingkap perjalanan kejohanan Piala FA musim 2011, Juara dan Naib Juara Piala FA musim 2010, Negeri Sembilan dan Kedah nyata telah terkena sumpahan kejohanan kalah mati ini apabila tersingkir awal di pusingan pertama apabila gagal untuk menewaskan lawan masing-masing.

Diharapkan saingan yang akan bermula esok hari ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan-pasukan kurang ternama terutamanya daripada pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan juga Melaka bagi membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing dalam saingan Liga M 2012.

Kepada pasukan-pasukan ‘besar’ pula, jangan terlalu mengambil ringan saingan yang bakal diberikan pasukan-pasukan bawahan kerana penyokong sudah pasti tidak dapat menerima kekalahan itu ditambah pula jika pihak pengurusan memberikan alasan ‘tidak menurunkan pasukan terkuat’.

Jika tidak silap penulis, piala untuk kejohanan ini akan dibuat yang baru dan piala yang lama akan disimpan terus oleh pemenang kejohanan musim 2011 iaitu Terengganu. Akhir kata, selamat bertanding kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2012 daripada kami, admin page Bolasepak Malaysia.

Penulis: Pecinta Bola

Wednesday 15 February 2012

Senarai Pelatih Kebangsaan Untuk Aksi Menentang Sabah dan Filipina


Senarai 27 Orang Pelatih Skuad Kebangsaan Untuk Aksi Persahabatan Menentang Sabah (24.02.2012) dan Filipina (29.02.2012).
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (N.Sembilan)
2. Norazlan Razali (Selangor)

Pertahanan
4. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
5. G. Mahathevan (N.Sembilan)
6. Faizal Muhamad (Terengganu)
7. Zubir Azmi (Terengganu)
8. Muslim Ahmad (Terengganu)
9. S.Subramaniam (Kelantan)
10. Mahali Jasuli (Harimau Muda)
11. Fadhli Shas (Harimau Muda)
12. Aidil Zafuan (ATM)

Tengah
13. Amar Rohidan (Kedah)
14. K.Gurusamy (Selangor)
15. Shakir Shaari (Kelantan)
16. Bunyamin Omar (Selangor)
17. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
18. Safiq Rahim (Selangor)
19. Ashaari Shamsudin (Terengganu)
20. Shahrudin Yakup (Sabah)
21. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
22. S.Kunanlan (N.Sembilan)

Penyerang
23. Shakir Ali (N.Sembilan)
24. Manaf Mamat (Terengganu)
25. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
26. Zaquan Adha (ATM)
27. Safee Sali (Pelita Jaya)


Tuesday 14 February 2012

Carta Liga Super (8)

(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 8 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 14Februari 2012. Perlawanan Selangor menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Selangor lwn Kelantan (652 undian)
64% Kelantan menang
25% Selangor menang
11% Seri


2. Terengganu lwn Kedah (300 undian)
53% Terengganu menang
44% Kedah menang
3% Seri

3. Perak lwn Lions Xii (190 undian)
89% Perak menang
7% Seri
4% Lions Xii menang

4. N.Sembilan lwn Pkns (112 undian)
51% N.Sembilan menang
33% Pkns menang
16% Seri

5. Johor Fc lwn Sarawak (106 undian)
72% Sarawak menang
23% Johor Fc menang
5% Seri

6. Sabah lwn K.Lumpur (57 undian)
73% Sabah menang
13.5% K.Lumpur menang
13.5% Seri

7. Felda United lwn T-Team (53 undian)
61% T-Team menang
25% Felda United menang
14% Seri

Monday 13 February 2012

Carta Liga Premier (7)

(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 7 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 13.02.2012.
Perlawanan USM Fc menentang Pahang menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Usm Fc lwn Pahang (83 undian)
63% Pahang menang
33% Usm Fc menang
4% Seri


2. Johor lwn ATM (69 undian)
55% Johor menang
35% ATM menang
10% Seri

3. Pos Malaysia lwn Harimau Muda B (27 undian)
45% Harimau Muda B menang
30% Pos Malaysia menang
25% Seri

4. NS Betaria lwn Perlis (25 undian)
50% NS Betaria menang
42% Perlis menang
8% Seri

5. PDRM lwn MBJB (25 undian)
54% PDRM menang
38% MBJB menang
8% Seri

6. MP Muar lwn Sime Darby (20 undian)
47% MP Muar menang
47% Sime Darby menang
6% Seri

Sunday 12 February 2012

Senarai Penjaring Liga Premier 2012


14 Gol : Khairul Izwan Abdullah (PDRM), Marlon Alex James (ATM)

11 Gol : Patrick Ronaldinho Wleh (SIME),  Hairudin Omar (ATM)

9 Gol : Alafi Mahmud (MPM), Azamudin Mat Akil (PAH)

8 Gol : Lamin Conteh (PER)

6 Gol : Zamri Hassan (SIME), Muriel Juan Orlando (JOH)

5 Gol : Fauzzi Kassim (JOH), G.Puaneswaran (POS), Mohd Hanifuddin A.Rahman (POS),
Azmi Sarmin (MBJB), Endrisar Kaye (USM)

4 Gol : Fauzi Abdul Kadar (NSB),Sengbah Kennedy (SIME),  Edward Sakhenvich (PAH), Md Hazuan Md Daud (PAH), Mohd Fauzi Roslan (PAH), Bruno Martelotto (ATM), Henry Lewis (PER), Fakhrul Aiman (POS), S.Venood (USM), Norhamizaref Hamid (HMB), Ezaidy Khadar (MPM), Khairul Anwar Shahrudin (MPM)

3 Gol : Fauzi Abdul Majid (PDRM), Rizal Ghazali (PER), Afzan Zainal Abidin (USM),  Khairul Anwar Idris (USM),  Mohd Hafizi Amirudin (POS), Saufi Ibrahim (NSB), Ijezie Michael (NSB), Christie Jayaseelan (ATM), Zaquan Adha (ATM), Hamzani Omar (JOH), R.Gopinathan (PAH),Abdul Malek Mat Ariff (PAH), Munir Amran (JOH), Hadin Azman (HMB), Razali Umar Kandasamy (SIME), Irme Mat (SIME)

2 Gol :  A.Varathan (ATM), Fitri Omar (ATM), Md Azuwad Md Arip (MPM), Abd Rayjal Abd Jalil (MPM), Md Hafiz Kamal (PAH), Md Saiful Nizam Miswan (PAH), Boris Kockin (PAH),Md Norzie Ibrahim (PDRM), Md Amri Fazal Md Nor (PDRM), Afif Amirudin (PDRM), Khalid Hamlet (PDRM), Phul Sakh (PER), Khairul Ramadhan (PER),  Mohamad Khairul Anas Safri (PER), Muhammad Akmal Ishak (HMB), Yazid Zaini (HMB),  Muhamad Farizzuan Azhar (HMB), Tharmini Saiban (JOH), Ahmad Syamim (JOH), Romdhizat Jamian (MBJB), Dalibor Dragic (MBJB), Shoufiq Kusaini (SIME), Faiz Md Isa (SIME),  Jerome Katande (USM)

1 Gol : Nana Yaw (PAH), Faizol Hussin (PAH), Maycon Inez (PAH), Rosli Muda (SIME), Fairuz Aziz (SIME), Esseh Sougan Adah (JOH), Fazly Mazlan (JOH),Fahruzzahar Ali (JOH), Yusri Abbas (JOH), Andre Da Silva (JOH), Muhamad Tuah Iskandar Jamaludin (JOH), Afiq Akmal Zunaidi (NSB), M.Ravithiran (NSB), P.Harash (NSB), C.Premnath (NSB), L.Lajesh (NSB),  Ridzuan Abdunloh (HMB), Muhamad Akhir Bahari (HMB), Hadi Syahmi Hamzah (PER), Md Sani Nawi (POS), S.Sumindran (POS), Nor Nahrul Hayat (POS), K.Premanathan (POS), Md Armanzairi Md Johan (POS), Fakhrul Aiman Sidi (POS), Hafizi Abdullah (POS), Fokim Fon Fondo (MBJB), Zulzairi Idzwan Rashid (MBJB), Zulhisyam Safian (MBJB), R.Puganeswaran (MPM), Hilary Echesa (MPM), Syaiful Sabtu (MPM), Mohd Radzi Jasman (MP Muar), Elias Sulaiman (USM), Faizat Ghazli (USM), Mohd Akhmal Mohd Noor (USM), Adam Abd Malek (USM), Fauzan Zainal Abidin (USM), Fazli Azrin (PDRM), Khairol Abdul Latif (PDRM), Zamri Omar (PDRM), Aidil Zafuan (ATM), Irwan Fadly Idrus (ATM), Venice Elphi (ATM), Rezal Zambery Yahya (ATM), Shafuan Asli Shaari (PER), Syed Abdul Ghafar Syed Amir (PER), Kamal Adli (PER), Mahmadu Alphajor Bah (PER)

Gol Sendiri : Azrul Azman (PDRM), Zainoddin Kasmidin (MBJB)

Saturday 11 February 2012

Carta Liga Super (7)


(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 7 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 11 Februari 2012. Perlawanan Kelantan menentang Terengganu menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kelantan lwn Terengganu (908 undian)
57% Terengganu menang
39% Kelantan menang
4% Seri


2. T-Team lwn Perak (358 undian)
61% Perak menang
34% T-Team menang
5% Seri

3. Kedah lwn Sabah (194 undian)
52% Sabah menang
41% Kedah menang
7% Seri

4. Lions Xii lwn N.Sembilan (134 undian)
76% N.Sembilan menang
17% Seri
7% Lions Xii

5. Selangor lwn Pkns (87 undian)
56% Selangor menang
31% Pkns menang
13% Seri

6. Sarawak lwn Felda United (61 undian)
85% Sarawak menang
9% Felda United menang
6% Seri

7. K.Lumpur lwn Johor Fc (50 undian)
79% Johor Fc menang
21% K.Lumpur menang
0% Seri

Friday 10 February 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 6 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 10.02.2012.
Perlawanan Perlis menentang ATM menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Perlis lwn ATM (121 undian)
53% ATM menang
44% Perlis menang
3% Seri


2. Harimau Muda B lwn MP Muar (82 undian)
71% MP Muar menang
19% Harimau Muda B menang
10% Seri

3. NS Betaria lwn PDRM (60 undian)
80% NS Betaria menang
13% PDRM menang
7% Seri

4. Sime Darby lwn Usm Fc (29 undian)
50% Usm Fc menang
25% Sime Darby menang
25% Seri

5. MBJB lwn Pos Malaysia (26 undian)
50% MBJB menang
44% Pos Malaysia menang
6% Seri

Thursday 9 February 2012

Cabaran Harimau Muda Di Liga Singapura 2012



Harimau Muda A 29 pemain (Liga S-Singapura 2012)
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong Jurulatih: Hassan Sazali Hj Mohd Waras
Jurulatih Penjaga Gol: Yong Wai Hwang

1) Izham Tarmizi Roslan
2) Mohd Shahril Saari
3) Kavichielvan a/l Vivekandathan
4) Mohd Syahid Zaidon  
5) Izzaq Faris Bin Ramlan
6) Fadhli Shas
7) Wan Zack Haikal Wan Nor  
8) Thamil Arasu a/l Ambumamee
9) Mohd Irfan Fazail
10) Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria
11) Mahali Jasuli
12) Mohd Ferris Danial Mat Nasir
13) Mohamad Fandi Othman  
14) Saarvindran a/l Devandran
15) Gary Steven Robbart
16) Mohammad Amer Saidin
17) Syahrul Azwari Ibrahim
18) Nazirul Naim Che Hashim
19) Mohd Farhan Abu Bakar  
20) Shahrul Mohd Saad  
21) Muhd Nazmi Faiz Mansor
22) Affizee Faisal Mamat
23) Muhamad Izuan Salahudin
24) Ahmad Hazwan Bakri
25) Mohammad Syazwan Tajuddin
26) Muhammad Akmal Ishak
27) Mohd Azizan Nordin  
28) Nur Areef Kamaruddin
29) Mohd Firdaus Muhammad

Perlawanan dan keputusan

09.02.12 Harimau Muda 2 - 0 Gombak United (Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam)
02.03.12 Harimau Muda 3 - 0 Tanjong Pagar Fc (Syahrul Azwari, G.Stevan, Thamil Arasu)
18.03.12 Harimau Muda 0 - 0 Albirex Niigata
22.02.12 Harimau Muda 1 - 1 DPMM Brunei (G.Stevan)
25.03.12 Harimau Muda 3 - 1Young Lions (Nazmi, Fandi Othman, Nazmi)
01.04.12 Harimau Muda 2 - 1 SAF Fc (Wan Zack, Hazwan Bakri)
08.04.12 Harimau Muda 1 - 2 Home United (Hazwan Bakri)
15.04.12 Harimau Muda 2 - 1 Woodland Wellington (G.Steven, Affize)
20.04.12 Harimau Muda 0 - 2 Balestier Khalsa
27.04.12 Harimau Muda 3 - 1 Hougang United (Thamil Arasu,Affize, Affize)
03.05.12 Harimau Muda 2 - 0 Geylang United (Wan Zack, Saarvindran)
13.05.12 Harimau Muda 2 - 3 Tampines Rovers (Thamil Arasu,Syahrul Azwari)
13.07.12 Harimau Muda 2 - 0 Tanjong Pagar (Hazwan Bakri, Saarvindran)
22.07.12 Harimau Muda 0 - 1 Albirex Niigata

Carta Liga Super (6)


(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

Wednesday 8 February 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 6 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 8 Februari 2012. Perlawanan Sabah menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Sabah lwn Kelantan (409 undian)
48% Sabah menang
44% Kelantan menang
8% Seri


2. Perak lwn Sarawak (277 undian)
51% Perak menang
39% Sarawak menang
10% Seri

3. N.Sembilan lwn T-Team (190 undian)
48% T-Team menang
40% N.Sembilan menang
12% Seri

4. Selangor lwn Lions Xii (187 undian)
64% Selangor menang
28% Seri
8% Lions Xii menang

5. Terengganu lwn Pkns ( 168 undian)
79% Terengganu menang
17% Pkns menang
4% Seri

6. K.Lumpur lwn Kedah (94 undian)
72% Kedah menang
20% K.Lumpur menang
8% Seri

7. Johor Fc lwn Felda United (43 undian)
58% Johor Fc menang
27% Seri
15% Felda United menang

Sunday 5 February 2012

El Clasico Versi Liga Malaysia



Umum tentunya mengetahui perlawanan El Clasico merujuk kepada perseteruan diantara 2 kelab bolasepak paling berjaya di Sepanyol iaitu antara Barcelona serta Real Madrid. El Clasico ataupun perlawanan klasik ini sudah bermula pada tahun 1902 iaitu kira-kira 110 tahun lepas.

Jika ditanya kepada peminat bolasepak tempatan, perlawanan manakah yang layak digelar "El Clasico Versi Liga Malaysia" tentu berbagai jawapan yang diterima. Tetapi bagi penulis, perlawanan Selangor menentang Lions XII (Singapura) adalah jawapannya.

Walaupun kini Singapura menggunakan nama lain iaitu Lions XII tetapi hakikatnya inilah pasukan bolasepak Singapura. Ia tetap dibawah pengurusan Football Association Of Singapore (FAS), malah pemainya juga dibarisi oleh pemain kebangsaan republik berkenaan.

Mengimbau kembali sejarah pertemuan klasik kedua pasukan ini, ia sudahpun bermula pada Perlawanan Akhir edisi pertama Piala Malaya (Piala Malaysia) pada tahun 1921 iaitu 91 tahun lepas. Ketika itu perlawanan ini dimenangi oleh pasukan Singapura dengan menewaskan Selangor 2-1 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Malah fakta betapa Selangor berjaya memenangi 32 kali Piala Malaysia, naib juara 15 kali dan Singapura 24 kali juara, 19 kali naib juara mengesahkan dua pasukan ini adalah pasukan yang paling berjaya dikalangan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Sememangnya inilah pertemuan klasik yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan. El Clasico kini kembali !!!

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Ley Man

Wednesday 1 February 2012

MUPC 2010 World Finals-MSS Kedah

MUPC 2010 Peringkat Akhir Dunia-MSS Kedah pasukan pertama daripada Malaysia layak!

FC Barcelona menjadi Juara-Juara Dunia MUPC 2010 Peringkat Akhir Dunia!

Menewaskan Pachuca FC (Mexico) 3 - 1 untuk menjuarai kejohanan itu.



Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Old Trafford pada 7 Ogos 2010 di Manchester, UK. Skuad MSS Kedah adalah antara peserta kejohanan yang hadir untuk menonton perlawanan akhir terlalu!

MSS Kedah telah meletakkan diri mereka di kedudukan ke-17 di Manchester United Premier Cup Dunia pusingan akhir 2010 daripada 20 pasukan terbaik di dunia bawak 15 tahun!



Ketika kejohanan itu juga, satu bengkel khas telah dijalankan dengan jurulatih pasukan pertama dan pemain Manchester United telah memberi tunjuk ajar untuk peserta di padang bola sepak tertutup Carrington. Empat pemain skuad MSS Kedah telah dipilih untuk mengambil bahagian dengan menerima tunjuk ajar daripada Anderson, Park Ji-Sung, Valencia, Owen, Welbeck dan Macheda!



Keputusan perlawanan mereka;

*Manchester United 2-1 MSS Kedah

*Sutherland Sharks 0-0 MSS Kedah

*FC Barcelona 3-0 MSS Kedah

*Alta Loma Arsenal FC 2-0 MSS Kedah

*MSS Kedah 0-0 Hyundai Juniors (MSS Kedah menang penalti 5-4)

*MSS Kedah 2-2 Bucaspor (MSS Kedah menang penalti  5-4)
MSS Kedah menentang Manchester United



MSS Kedah layak ke kejohanan itu selepas menjuarai kejohanan MUPC peringkat Asia Tenggara dan ke sana sebagai status juara Asean untuk bersaing dalam kejohanan paling berprestij di dunia untuk skuad bawah 15 tahun.


Mereka turut berpeluang berlatih di pusat latihan utama pasukan Manchester United




Kredit Foto: Nike Malaysia