Pages

Saturday 31 December 2011

Liga Perdana 2012 : Review Ringkas Pasukan Perlis FA


PERLIS FA

1. MOHD KHAIRUL AZUAN BIN ROSLI- GK- 25 TAHUN.
2. HAIROL FAZREEN BIN ABU HASSAN -GK-23 TAHUN.
3. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR -GK- 19 TAHUN.
4. PHUL SAKH A/L LOM..-DF- 23 TAHUN.
5. MOHAMAD ROZAIDI BIN ABD RAHIM-DF- 23 TAHUN.
6. MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN -DF- 22 TAHUN.
7. AMZAR JUNAIDI BIN ABDUL JALIL -DF-25 TAHUN.
8. MOHD HAFIS BIN MOHD FAUZI -DF-25 TAHUN.
9. MOHD NAZRIN BIN BAHARUDIN-DF- 21 TAHUN.
10.MUHAMMAD ELFIE ELYAZ BIN HARIZAM -DF-24 TAHUN.
11.AHMAD KAMAL BIN JAMALLUL RAHMAN -DF-22 TAHUN.
12.PUVINDERAN A/L KALAICHELVAN -DF-29 TAHUN.
13.HADI SYAHMI BIN HAMZAH-MF-20 TAHUN.
14.MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN-MF-25 TAHUN.
15.KHAIROOL ANAS BIN SAFRI-MF-27 TAHUN.
16.SUVINART A/L SHIAN-MF-24 TAHUN.
17.MOHD AZLAN SHAH BIN MANSOR NOR- MF-21 TAHUN
18.LAMIN CONTEH JR-MF- 35 TAHUN.
19.SYED MOHD ABD GHAFAR BIN SYED AMIR-ST-25 TAHUN.
20.MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI-ST-19 TAHUN.
21MUSTAFA AMINI BIN ISMAIL-ST-21 TAHUN.
22.HENRY LEWIS-ST-19 TAHUN.
23.MOHD KHAIRUL RAMADHAN BIN MOHD ZAUWAWI-ST-23 TAHUN.
24.WAN MOHD ALIF BIN KHAIREE-ST-24 TAHUN.
25.SHAFUAN ADLI BIN SHAARI -ST-26 TAHUN

Rating : 6.5/10
Ramalan : Kelompok Pertengahan Liga

Muka baru wajah baru.

Kekuatan:Kembalinya bekas penyerang pasukan Perlis ke skuad muda singa utara kali ini iaitu Lamin Conteh sudah pasti mengembirakan penyokong ghempuh Perlis ghempuh kerana mereka sudah lama kehilangan pemain penyerang yang dapat menjaringkan gol. Kehadiran pemain pertahanan serba boleh iaitu Amzar Junanidi diharapkan dapat membimbing rakan sepasukan yang lebih muda daripadanya agar dapat mempamerkan aksi konsisten sepanjang aksi liga berlangsung.

Kelemahan:Kehilangan kapten marvel  Perlis iaitu Azmizi Azmi  yang  telah mengubah angin dengan bersama pasukan ‘abang’ Perlis, Kedah sudah pasti meninggalkan kesan yang amat dalam juga kepada kekuatan keseluruhan pasukan utara ini kerana musim lepas, nyata Azmizi adalah nadi penting kepada pasukan yang pernah bergelar jaguh Liga M satu ketika dahulu.Selain itu penghijrahan para pemain penyerang perlis seperti Farizal Rozali dan Fadly Baharom akan menyukarkan pasukan Perlis mencorakkan serangan.

Grafik:Fitri Roslan
Penulis:Pencinta Bola

Faktor Mengapa Liga M tidak sama jadualnya seperti liga di Eropah

Soalan: Adakah disebabkan jadual liga M tidak selaras dengan liga domestik negara-negara lain telah menyebabkan kelab-kelab di Malaysia sukar nak dapat player import anyg berkualiti dan yang tinggal hanya saki baki tak laku.dan yang berkualiti semua disambar kelab-kelab negara lain., betul ke?

Soalan yang datang daripada seorang Sahabat BM ke inbox fb penulis sebentar tadi.

Jawapannya mungkin ya. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan FAM sepenuhnya kerana dalam hali ini ada beberapa faktor yang diambil kira sebelum jadual pertandingan dibuat. Ianya sama seperti para guru besar/pengetua bersama penolong kanan yang hadir ke sekolah ketika waktu cuti persekolahan akhir tahun dalam merangka program sekolah untuk sepanjang tahun berdasarkan banyak faktor.

Faktor pertama jadual Liga M tidak dapat dijalankan seperti jadual liga di Negara yang Eropah yang lain adalah kerana faktor agama. Dalam konteks ini contohnya agama Islam akan ada bulan puasa selama sebulan. Oleh itu lebih baik liga tidak dijalankan pada waktu tersebut kerana lebih baik bulan tersebut diisi dengan aktiviti kerohanian dan keagamaan berbanding perlawanan bola dijalankan dan penyokong  lebih banyak di stadium berbanding di masjid/surau. Pemain juga letih apabila berpuasa di siang hari dan tidak dapat mempamerkan aksi yang terbaik di malam hari. Itu tidak dikira lagi liga tidak dapat dijalankan pada waktu hari perayaan di Negara yang penduduknya majmuk dan kaya dengan pelbagai perayaan. Tak kan lah kita mahu liga dijalankan pada waktu itu?

Selain itu, faktor lain ialah musim. Mengapa dipilih faktor musim ? Ya kerana pada bulan 10 keatas, di Malaysia selalunya akan berlaku musim hujan yang lebat selama hampir 3 bulan. Hujan yang lebat mencurah-curah sudah pasti akan menyebabkan konduksi padang tidak berada dalam  keadaan yang terbaik untuk dijalankan sesuatu perlawanan yang bermutu. Sudah pasti keadaan padang yang becak tidak akan mengizinkan pemain mempamerkan aksi yang bermutu untuk disajikan kepada penyokong yang hadir ke stadium. Jika perlawanan diteruskan juga, bukankah padang akan rosak jika terlalu kerap digunakan dalam  keadaan becak? Bila pula masa yang sesuai untuk diperbaiki padang tersebut jika hari-hari hujan?

Itu secara ringkas pendapat peribadi penulis  mengenai mengapa FAM tidak menjalankan Liga M sama jadualnya seperti liga di negara-negara Eropah.

Penulis:Pecinta Bola
NOTA:INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS.

Liga Super 2012 : Review Pasukan Sabah


Pengurus : Shahriman Abdullah
Jurulatih : Justin Ganai

Senarai pemain :
1. Syed Adney Syed Hussein
2. Azizon Abdul Kadir
3. Irwan Jamil
4. Reithauddin Awang Embran
5. Mohd Fareez Azlan Mat Isa
6. Rozaimi Abd Rahman
7.  Ronny Harun
8. Mafry Balang
9. Sumardi Hajalan
10. Alto Linus
11. Rosdin Wasli
12. Brendan Gan (Australia)
13. Zuraindey Jumai
14. Sabri Sahar
15. Julamri Muhammad
16. K.Thanaraj
17. Naim Ahmad
18. Sharudin Yakup
19. Mohd Radzi Alipp Hussin
20. Sharul Azhar Ture
21. Bobby Gonzalez
22. Michael Baird (Australia)
23. Zainizam Marjan
24. Saffuan Ibrahim
25. Juffry Omopor
26. Razlan Oto
27. Leopold Alfonso


Rating : 7.5/10
Ramalan : Kedudukan pertengahan liga

Kehadiran Justin Ganai menggantikan Gary Phillips pada penghujung saingan Liga Super 2011 telah memberi satu dimensi baru dalam pasukan Sabah. Justin ternyata bijak mengadunkan kombinasi pemain berpengalaman serta pemain muda yang diserap dari skuad Piala Presiden menjadi sebuah pasukan yang kental serta sukar untuk ditewaskan.

Untuk menghadapi cabaran musim 2012 nanti, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Justin Ganai. Boleh dikatakan 90% dikekalkan daripada skuad musim lepas. Namun penyokong pasukan negeri dibawah bayu ini pastinya gembira apabila SAFA berjaya mendapatkan 2 pemain yang pernah menjadi hero mereka sebelum ini iaitu Ronny Harun serta Bobby Gonzales.

Selain itu kehadiran pemain import Brendan Gan serta Michael Baird turut menceriakan penyokong Sabah. Penulis juga begitu teruja untuk melihat persembahan Brendan Gan bermain dalam Liga Malaysia. Ia dipengaruhi oleh faktor ramai rakyat Malaysia yang mahukan beliau mewakili Malaysia dipentas antarabangsa kerana bapanya merupakan rakyat Malaysia. Namun ia agak sukar untuk direalisasikan memandangkan Brendan juga sayangkan kerakyatan Australia yang dimilikinya.

Seperti musim lalu, posisi penjaga gol utama pasukan Sabah untuk musim 2012 akan menyaksikan perebutan antara 2 bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Abdul Kadir serta Syed Adney Syed Hussain. Melihatkan keadaan terkini, Justin lebih cenderung meletakkan Azizon sebagai penjaga gol utama, manakala Syed Adney sebagai penjaga gol kedua.

Di posisi pertahanan tengah, kapten pasukan Reithaudin Awang Emran dijangka akan bergandingan bersama Mafri Balang. Sementara itu Ronny Harun akan bersaing bersama Fariss Azlan Mat Isa diposisi pertahanan kiri. Manakala bagi posisi pertahanan kanan, Sumardi Hajalan dijangka bakal mengisi posisi tersebut.

Barisan midfield Sabah pula akan dibarisi Brendan sebagai pemain tengah menyerang, Rosdin Wasli sebagai pemain tengah bertahan . Alto Linus, Naim Ahmad, Radzi Hussin serta Sabri Sahar akan bersaing bagi merebut posisi pemain tengah Sabah. Manakala pemain sayap akan diterajui pemain muda berbakat Rozaimi Abd Rahman, Shahrul Azhar Ture, K.Thanaraj ataupun Sharudin Yakup.

Dua pemain baru Sabah, Bobby Gonzales serta Michael Baird dijangka akan menjadi pilihan utama Justin untuk mengetuai serangan pasukan Sabah musim ini. Selain itu Razlan Oto, Saffuan Ibrahim serta Leopold Alfonso Otong juga dalam senarai untuk diturunkan oleh Justin Ganai.

Secara keseluruhannya, skuad Sabah kali ini dilihat lebih kuat berbanding musim lepas. Ia ditambah dengan persediaan rapi yang dilakukan sebaik sahaja, perjuangan Sabah berakir dalam kempen Piala Malaysia 2011. Mungkin ada kejutan yang akan dilakukan oleh pasukan ini dalam saingan Liga Super 2012.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Friday 30 December 2011

Malaysia-Tuan Rumah Bersama Piala AFF Suzuki 2012


Malaysia tuan rumah 2012!

Malaysia dan Thailand diumumkan sebagai penganjur bersama untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 yang akan dilangsungkan pada tahun 2012. Keputusan ini disebut semasa perjumpaan menyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 yang bertempat di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini adalah pada tahun 2004 dimana ketika itu ia dikenali sebagai Piala Tiger manakala Thailand adalah pada tahun 2006.Jadual pertandingan masih belum dikeluarkan tetapi dijangka seperti tradisinya berlangsung pada bulan Disember.

Liga Perdana 2012 : Review Ringkas Pasukan Johor FA


               Johor FA 2012

1.Shathiya Kandasamy(Johor FA)
2. Shahrul Affendi MD Ridzo ( Johor FA )
3. Mohd Tuah Iskandar ( Johor FA )
4. Sasikumar Kishor Kumar ( Harimau Muda A )
5. Zulfadhly Mohamed ( Harimau Muda B )
6. Ashadi Mohd Yusof ( ATM )

7. Mohd Fauzii Kassim ( ATM )
8. Ahmad Tharmimi Saiban ( PKNS FC )
9. Mohamad Zaidi Ahmad ( PKNS FC )
10. Nazrul Erwan Makmur ( Pahang )
11. Mohd Munir Amran ( Pahang )
12. Mohd Hamzani Omar ( Johor FC )
13. Mohd Hazsyafiq Hamzah ( Felda United )
14. Mohd Faizal Mansor ( Sime Darby FC )
15. Mohd Yusri Abas ( Sime Darby FC )
16. Fahruzzahar Ali ( Kuala Lumpur )
17. Ahmad Syamim Yahya
18. Jeremy Matthew Danker ( Sabah )
19. Mohd Nurfitah Md Shah ( Presiden Johor )
20. Muhd Afiq Mohd Amin ( Presiden Johor )
21. Mohd Amaro Syafiq Kamal ( Presiden Johor )
22. Muhd Fazly Mazlan ( Presiden Johor )
23. Richard Offiong ( England/Ghana )
24. Esseh Sodjine N Sougah ( Togo )


Rating : 7/10
Ramalan : Pencabar Kejuaraan

 
Kami mahu kembali ke Liga Super 2013!
Kekuatan:Kehebatan skuad harimau selatan musim 2012 sudah pastinya terletak di bahagian pertahanan apabila banyak muka-muka pertahanan kental yang banyak pengalaman beraksi di peringkat Liga M. Antaranya Ahmad Tharmini Saiban dan juga Hamzani Omar. Ketiadaan penjaga gol yang berbakat untuk menyelamatkan gawang skuad Johor sejak beberapa musim lalu tampak seperti akan selesai apabila bekas penjaga gol Harimau Muda A, Sasikumar menyertai skuad Johor bagi menguatkan bahagian benteng terakhir pasukan.

Kelemahan:Aksi yang tidak konsisten pasti menjadi masalah utama bagi pasukan ini. Lihat sahaja musim lalu, mereka mampu beraksi cemerlang di saingan Piala Malaysia 2011 tetapi masalah utamanya, pemain tidak dapat mempamerkan aksi yang mantap dalam sesuatu tempoh waktu ketika kejohanan berlangsung dan ini merugikan pasukan daripada selatan tanah air ini.

Grafik:Fitri Roslan
Penulis:Pecinta Bola

Liga Super 2012 : Review Pasukan K.Lumpur


Pengurus : Rusli Baba
Jurulatih : Razip Ismail

Senarai pemain :
1. Zahid Ahmad
2. Amirul Abu Seman
3. Rozaimie Rohim
4. Ahmad Jihad Ismail
5. Hazwan Rahman
6. Hishamudin Othman
7. Aslam Najumudeen
8. Arman Fareez Mohd Ali
9. Azrul Azmi
10. Raimi Ayo Hassan
11. Aiman Syazwan Abdullah
12. Ahmad Dashila Tajudin
13. Shafiq Johari
14. Khairul Anuar Shafie
15. Zameer Zainun
16. Pritam Singh
17. Dzurrun Salam Ismail
18. Nur Hakim Adzhar
19. Saddam Hussein A.Rahman
20. Khairul Anuar Jamil
21. Badrul Hisyam Azmi
22. Afiq Azmi
23. Stanley Bernard Samuel
24. Fazuan Abdullah
25. S.Sivaraj

Rating : 5.5
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super

Masalah kewangan yang kritikal dialami pengurusan KLFA, seakan menguburkan harapan penyokong skuad warga kota untuk menyaksikan skuad ini mencapai sesuatu dalam saingan Liga Super musim ini. Razip Ismail telah berjaya membentuk sebuah skuad yang berpotensi, tetapi sayangnya masalah dalaman KLFA memaksa beberapa tonggak utama K.Lumpur terpaksa "mengangkat kaki" demi menyelamatkan karier masing-masing.

Antara tonggak K.Lumpur yang berhijrah ke pasukan lain, Norazlan Razali (Selangor), Remezey Che Ros (Pkns), Shahrom Kalam (Perak), Nazrin Nawi (N.Sembilan), Norismaidham Ismail (N.Sembilan), Fahrul Razi Kamarudin (Perak), Azwan Malek (Pkns), Ahmad Azlan Zainal (Pkns), Yong Kuong Yong (Felda United), See Kok Luen (Kedah), Dzaiddin Zainuddin (T-Team) serta pemain yang dipinjamkan kepada skuad Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri.

Razip Ismail mempunyai tugas berat bagi membina semula skuad K.Lumpur. Di posisi penjaga gol skuad K.Lumpur telah kehilangan  dua orang penjaga gol yang berbakat besar, dan untuk saingan musim 2012 nanti, Razip dijangka akan meletakkan Zahid Ahmad sebagai penjaga gol utama serta Amirul Abu Seman sebagai penjaga gol kedua. Zahid telah bermain untuk K.Lumpur semenjak tahun 2009, namun beliau jarang diberikan peluang beraksi kerana pada ketika itu skuad ini mempunyai Norazlan serta Remezey.

Di posisi pertahanan, Ahmad Dashila Tajuddin serta Aslam Nujumudeen dilihat antara pemain paling berpengalaman dalam skuad K.Lumpur. Mereka dijangka akan mengisi posisi pertahanan tengah. Sambil itu Hazwan Rahman dan Azrul Azmi juga akan bersaing bagi merebut posisi tersebut.

Bagi posisi pertahanan kanan, Ahmad Jihad Ismail akan bersaing bersama Arman Fareez Mohd Ali. Manakala bagi posisi pertahanan kiri, dijangkakan Hisyamudin Othman ataupun Aiman Syazwan akan mengisi posisi tersebut.

Barisan midfield antara pilihan yang dimiliki Razip ialah, Shafiq Johari, Saddam Hussain A.Rahman serta Dzurrun Salam Ismail. Manakala bagi posisi sayap pula ia akan direbut sama ada Zameer Zainun, Khairul Anuar Shafie serta Pritam Singh. Shafiq Johari dijangka akan memainkan peranan penting menjana barisan midfield K.Lumpur memandangkan ini adalah musim keempatnya bersama K.Lumpur dan beliau tentunya sudah masak dengan strategi yang diterapkan oleh Razip Ismail.

Seterusnya bagi posisi serangan, Razip dijangka akan menyandarkan harapan merobek kubu lawan kepada Badrul Hisyam Azmi. Badrul di lihat sebagai penyerang terbaik yang dimiliki K.Lumpur ketika ini. Baliau mungkin akan digandingkan sama ada dengan Stanley Bernd Samuel, Khairul Anuar Jamil, Afiq Azmi, Fazuan Abdullah atupun S.Sivaraj.

K.Lumpur diramalkan akan bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim akan datang. Apatah lagi dengan format terbaru Liga Super musim hadapan yang akan menyebabkan sekurang-kurangnya  3 pasukan dari Liga Super 2012 diturunkan bermain dalam saingan Liga Premier 2013. Cabaran musim 2012 dilihat sebagai tahun paling mencabar buat skuad ibu kota ini.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Thursday 29 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Kedah


Pengurus : Datuk Khazali Din
Jurulatih : Wan Jamak Wan Hassan
Jurulatih Sementara : Nidzam Adha Yusof

Senarai pemain :
1. Mohd Helmi Eliza Elias
2. Mohd Fauzi Nan
3. Bashahrul Abu Bakar
4. Mohd Sanny Mat Isa
5. Danilo Vivaldo (Brazil)
6. Azmizi Azmi
7. Baddrol Bakhtiar
8. Mohd Amar Rohidan
9. Abdul Latiff Suhaimi
10. Daniel Soares Neves (Brazil)
11. Mohd. Sany Mat Isa
12. See Kok Luen
13. Khairul Helmi Johari
15. Mohd Kamal Azira Abdul Manah
16. Mohd Fazliata Talib
17. V. Thirumugan
18. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
19. Faizal Abu Bakar
20. Ahmad Basri Abdul Wahid
21. Mohd Sabree Mat Abu
22. Abdul Hadi Hamid
25. Mohd Muhaimin Mohamad

Rating : 8.0
Ramalan : Kedudukan pertengahan liga.

Pengantungan 7 perlawanan keatas jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan serta pembantunya, Radi Mat Din (4 perlawanan) serta jurulatih penjaga gol Ahmad Sobri Ismail (4 perlawanan) menjejaskan persiapan pasukan Kedah bagi menghadapi kempen Liga Super 2012. Untuk menampung ketiadaan Wan Jamak, Nidzam Adha Yusof telah dilantik sebagai jurulatih sementara skuad Kedah.

Melihat kepada senarai pemain pasukan Kedah musim ini, semua posisi kelihatan seimbang kecuali dibahagian serangan. Elok kita berbicara mengenai pasukan ini bermula dari posisi penjaga gol hingga ke posisi serangan.

Helmi Eliza dijangka akan terus diberikan kepercayaan untuk mengawal gawang pasukan Kedah sambil Abdul Hadi Abdul Hamid bersaing hebat untuk merebut posisi penjaga gol utama skuad kenari pada musim 2012.

Di barisan pertahanan pemergian Shafizan Hashim mungkin akan memaksa Fauzi Nan beraksi diposisi pertahanan kiri. Selain Fauzi, Sabree Mat Abu juga boleh bermain diposisi bek kiri dan kanan. Tempat V.Thirumurugan dibek kanan sukar digugat dan beliau dijangka akan menjadi pilihan utama Nidzam sambil Khairul Helmi Johari menanti peluang untuk diturunkan. Bagi posisi pertahanan tengah pula pertahanan tinggi lampai Danilo Vinaldo dijangka akan berpasangan sama ada Basharul Abu Bakar ataupun Azmizi Azmi.

Midfield pasukan Kedah dilihat agak mantap dengan adanya pemain seperti Baddrol Bakhtiar serta Khyrill Muhymeen yang bukan sahaja boleh bermain dibahagian tengah dan sayap malahan boleh bertindak sebagai penyerang. Faizal Abu Bakar juga boleh bertindak dibahagian sayap sambil Daniel Suarez Neves akan mengemudikan bahagian tengah. Beliau berkemungkinan akan digandingkan sama ada bersama Amar Rohidan ataupun See Kok Luen.

Selepas pemergian Azlan Ismail ke Kelantan, posisi serangan Kedah tampak goyah kerana ketiadaan penyerang tulen yang berpengalaman untuk merobek kubu lawan. Keadaan ini mungkin memaksa Khyrill ataupun Baddrol akan bertindak dibahagian hadapan. Pemain muda Shazuan Matthews Ashraf perlu bersedia memainkan peranan utama dibahagian serangan andai diberikan peluang membarisi serangan pasukan Kedah dalam saingan Liga Super nanti.

Penulis meramalkan pasukan Kedah berada pada kedudukan pertengahan liga, dalam saingan Liga Super 2012, namun ia bukan bermaksud memperkecilkan kemampuan pasukan ini. Jurang antara pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super kali ini tidak jauh berbeza antara satu pasukan dan pasukan lain. Mungkin Kedah akan mendapat keputusan lebih baik dari apa yang penulis ramalkan, segala kemungkinan boleh berlaku.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Wednesday 28 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Johor Fc


Pengurus : Wan Nizam Wan Omar
Jurulatih : K.Devan

Senarai pemain :
1. Mohd Zamir Selamat
2. Mohd Anis Faron Arsidi
3. Mohd Fazli Paat
4. Mohd Badrul Khalid
5. Ismail Suboh
6. Mohamad Izuan Jarudin
7. Mohd Khairul Ismail
8. Shahrizal Saad
9. Eddy Helmi bin Abd Manan
10. Mohd Farid Ideris
11. Mohd Khairi bin Kiman
12. Mohd Fandi Ahmad
13. Mohd Ridwan Ma’on
14. Hasni Zaidi Jamian
15. Azi Shahril Azmi
16. Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain
17. Mohamad Zamri Chin
18. Mohd Haris Safwan Mohd Kamal
19. Tiago Azulão (Brazil)
20. Shafizan Hashim
21. Mohd Syazwan Zainon
22. Tito Fernando Da Silva Pinto (Brazil)
23. Ahmad Fauzi Shaari

Rating :7.5
Ramalan : Kedudukan pertengahan liga

Johor Fc dilihat melakukan perubahan besar dalam skuad mereka musim ini dengan melantik K.Devan sebagai ketua jurulatih dan Azmi Mohammad sebagai penolong jurulatih. Jika dilihat kepada rekod K.Devan sebelum ini, beliau sememangnya "pakar" dalam merebut kejuaraan liga sepertimana yang telah dibuktikannya bersama skuad N.Sembilan, KM Naza dan Selangor apabila membantu skuad tersebut menjulang 3 kali gelaran Liga Super serta sekali Liga Premier.

Namun sebelum bermulanya cabaran Liga Super 2012, Johor Fc telah dikejutkan apabila 2 pemain import mereka Tito Fernando Da Silva serta Tiago Lima Leal tidak menepati syarat untuk bermain didalam Liga Malaysia. Ini pastinya akan merencatkan kelancaran pasukan ini terutamanya dibahagian midfield serta serangan.

Mujur Johor Fc berjaya mendapatkan beberapa pemain baru yang agak berpengalaman antaranya Zamir Selamat (Harimau Muda A), Shafizan Hashim (Kedah), Khaironisam Shahbudin (Felda United), Ahmad Fauzi Shaari (Kedah), Farid Ideris (Sabah), Ismail Suboh (Johor), Azi Shahril Azmi (Felda United), Syazwan Zainon (Felda United), Zamri Chin (Felda United) serta Haris Safwan (T-Team). Walaupun begitu dalam masa yang sama Johor Fc juga kehilangan beberapa pemain yang agak baik seperti Rezal Zambery (ATM), Hamzani Omar (Johor), Azizan Baba (Sarawak) serta Rashid Aya (Sarawak).

Di posisi penjaga gol, dengan kehadiran Zamir Selamat ia akan memaksa Anis Faron turun sebagai penjaga gol pilihan kedua. Zamir mempunyai ciri-ciri penjaga gol yang baik dan ia merupakan satu aset yang cukup bernilai bagi pasukan Johor Fc.

Di bahagian pertahanan, kehadiran Khaironisam sememangnya amat dinantikan bagi membentuk kubu pertahanan yang mantap. Khaironisam dijangka akan berpasangan dengan Ismail Suboh ataupun Khairi Kiman di bahagian pertahanan tengah, sambil Shafizan Hashim bertindak dipertahanan kiri serta Izwan Jarudin di posisi pertahanan kanan. Penulis merasakan Devan mempunyai pilihan yang agak terhad bagi posisi pertahanan, masalah akan berlaku seandainya pemain utama dibahagian ini cedera atau menjalani pengantungan perlawanan.

Dibarisan midfield ia akan dikemudikan oleh Khairul Ismail, Ahmad Fauzi Shaari atupun Syazwan Zainon. Sementara dibahagian sayap, pemain veteran Eddy Helmi dijangka akan terus diberikan kepercayaan membarisi kesebelasan utama disamping Ridwan Maon serta Azi Shahril Azmi.

Di barisan serangan pula, skuad Johor Fc memiliki ramai penggempur yang agak baik pada musim ini. Pemain kebangsaan Shahrizal Saad dijangka akan menjadi pilihan utama Devan sebagai penyerang utama sambil gandingannya antara Farid Ideris, Haris Safwan ataupun Fandi Othman.

Johor Fc terus kekal dengan rekod sebagai pasukan kelab yang paling konsisten dalam dekad ini. Kehadiran mereka perlu diberikan perhatian oleh pasukan lain dalam saingan Liga Super musim 2012 nanti.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Tuesday 27 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Terengganu

Pengurus : Dato Che Mat Jusoh
Jurulatih : Mat Zan Mat Aris

Senarai pemain :
1. Sharbinee Alawee
2. Sharmiza Yusof
3. Mohd Shahril Saari
4. Faizal Muhammad
5. Muhaimin Omar
6. Muslim Ahmad
7. Nik Zul Aziz Nawawi
8. Hasmizan Kamaruddin
9. Mazlizam Mohammad
10. Zubir Azmi
11. Marzuki Yusof
12. Hariri Mohd Safii
13. Reeshafiq Alwi
14. Ismail Faruqi
15. Shamsul Kamal Mohamad
16. Joseph Kalang Tie
17. Ahmad Nordin Alias
18. Shukur Jusuh
19. Ashaari Shamsuddin
20. Fakhrurazi Musa
21. Abdul Hadi Yahya
22. Mohd Aalim Fahmi
23. Abdul Manaf Mamat
24. Muhamadou Sumareh

Rating : 8.5/10
Ramalan : Antara pasukan pencabar kejuaraan

Dalam saingan musim 2011, Terengganu telah mencatatkan prestasi yang agak menganggakan dengan muncul naib juara Liga Super, Juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia.

Untuk menghadapi musim 2012, Terengganu berjaya mengekalkan pemain-pemain terbaik mereka(kecuali Ronny Harun serta Helmi Rameli) namun kehilangan jurulatih yang membawa kejayaan kepada mereka iaitu Irfan Bakti yang telah berhijrah ke Selangor. Namun pengganti Irfan juga merupakan bekas jurulatih yang pernah membawa Terengganu muncul Juara Piala Malaysia pada tahun 2001, Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan seharusnya berasa bertuah kerana beliau mewarisi sebuah pasukan yang cukup sempurna. Bermula dari posisi penjaga gol hinggalah ke posisi serangan, skuad Terengganu kali ini dilimpahi dengan pemain yang cukup berbakat.

Bagi posisi penjaga gol, Sharbinee cukup semerlang mengawal gawang daripada dibolosi lawan. Malah Sharmiza penjaga gol kedua pasukan ini juga tidak mengecewakan andai diberi peluang beraksi.

Pertahanan Terengganu dijangka bertambah mentap dengan kemasukan Muslim Ahmad yang dijangka akan bergandingan bersama ketua pasukan Marzuki Yusof di posisi pertahanan tengah. Sambil itu Faizal Muhammad serta Zubir Azmi diramalkan bakal mengisi posisi pertahanan kanan dan kiri skuad penyu. Pemain seperti Mazlizam Mohammad, Muhaimin Omar serta Hariri Mohd Safii perlu berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Di bahagian midfield, muncul sedikit masalah apabila pemain import Tercio Nunes Machado gagal beraksi dalam Liga Malaysia musim ini kerana tidak melepasi syarat pemain import sepertimana yang telah ditetapkan. Namun begitu, Terengganu sebenarnya tidak begitu merasakan ketiadaan Tercio Nunes kerana pemain tempatan yang ada dilihat mampu menangani kekurangan tersebut. Pemain yang dilihat cukup berpengaruh dibahagian ini ialah Ashaari Shamsudin yang boleh bergerak dibahagian tengah ataupun di bahagian sayap. Sekiranya Ashaari tidak bermain, dilihat pasukan ini seperti terumbang-ambing. Ismail Faruqi ataupun Ahmad Nordin Alias dilihat sebagai gandingan terbaik Ashaari dibahagian tengah. Dibahagian sayap, dua pemain yang berasal dari Sarawak, Reshafiq Alwi serta Joseph Kalang Tie bakal menjadi taruhan Mat Zan.

Dibahagian serangan Mat Zan mempunyai sekurang-kurangnya tiga pemain penyerang yang boleh diharapkan. Pemenang kasut emas Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat serta penyerang import dari Gambia, Mohamadou Suamareh.

Sekiranya Mat Zan berjaya membentuk keserasian antara pemainnya, tidak mustahil pencapaian musim lalu mampu diulangi.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Liga Perdana 2012 : Review Ringkas Pasukan ATM FA

1.Venice Elphi Ak Danny Kaya
2.Chritee Jayaseelan Al Devasagayam
3.Varathan Arumugam
4. Rubben Thayaparan Kathiripillai
5. Suhhaimi Bin Ishak
6.Mohd Fitri Bin Omar
7.Mohamad Aidil Zafuan Bin Abd Radzak
 8.Amiridzwan Taj Bin Tajuddin
9. Hairuddin Omar
11.Danial Fadzly Binn Abdullah
12.Rezal Zambery Bin Yahya
11.Mohd Azmi Bin Muslim
12.Mohamad Zaquan Adha Bin Abd Radzak
14- Hardy Charles Bin Parsi
15.Irwan Fadzli Bin Idrus
16.Yusaini Hafiz Bin Chee Saad
17.Mohd Nazri Bin Akui
18 .Mohammad Alif Bin Mohd Daud
19 .Rosaiful Nizam Bin Omar
20. Muhammad Aizuddin Bin Lsmail
21 .Mohamad Hafizuddin Bin Azuhar
22 .Abd Rashid Bin Mahmud
23 .Mohd Farizal Bin Harun
24.Marlon Alex James
25.Bruno Martelotto

Rating : 8/10
Ramalan : Pencabar Kejuaraan

Ibarat Manchester City Malaysia! Itu gambaran mana-mana pihak sekalipun apabila melihatkan senarai pemain yang akan bermain bersama skuad ATM pada saingan Liga Perdana 2012. Mereka ternyata serius kali ini untuk mara lebih jauh dalam saingan liga dan bukan hanya sekadar pelengkap jadual liga.

Kekuatan:Dibahagian penjaga gol sudah pasti menjadi milik bekas penjaga gol skuad hoben iaitu Farizal Harun. Dengan pengalaman yang ada padanya, sudah pasti akan menyakinkan Abe Ya untuk memilihnya. Kekuatan ATM juga terletak di bahagian pertahanan apabila hampir keseluruhan barisan pertahanan dibarisi bekas dan pemain skuad kebangsaan. Harus diingat juga, barisan serangan ATM kali ini bukan calang-calang gandingan apabila mereka mempunyai 4 penyerang yang mampu memikul tugas menjaringkan gol yang diketuai oleh bekas pemain import Double Treble Kedah, Marlon Alex James.

Kelemahan: Kehadiran banyak bintang sudah pasti memeningkan kepala Abe Ya untuk memilih kesebelasan utama skuad ATM. Hanya prestasi yang tidak konsisten yang sering berlaku kepada skuad ATM dua atau tiga musim yang lalu yang membuatkan mereka berputih mata untuk ke saingan Liga Super seperti yang diimpikan oleh pihak pengurusan yang begitu hebat berbelanja besar kali ini.

Grafik:Fitri Roslan
Penulis:Pecinta Bola

Monday 26 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Perak


Pengurus : Khairul Azwan Harun
Jurulatih : Norizan Bakar

Senarai pemain :
1 : Khairul Amri Salehuddin
2 : Chan Wing Hoong
3 : Mohd Khairi Zainudin
5 : Muhd Shahrom Abdul Kalam
6 : Mohd Syazwan Mohd Roslan
7 : Fahrul Razi Kamaruddin
8 : Shahrulnizam Mustapa
9 : Lazar Popovic
10 : Mohd Nazri Mohd Kamal
11 : Badrul Azam Mohd Zamri
12 : Mohd Failee Mohd Ghazli
13 : Wan Hossen Wan Abdul Ghani
14 : Akmal Rizal Ahmad Rakhli
15 : Mohd Khalis Ibrahim
16 : Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri
17 : K Nantha Kumar
18 : Mohd Syafiq Jamal
19 : Mohd Noor Hazrul Mustafa
20 : Mohd Rafiuddin Roddin
21 : Kamarul Effandi Abdul Rahim
22 : Isma Alif Mohd Salim
23 : Mohd Nasril Nourdin
24 : Mohd Hisyamudin Shaari
25 : Michal Kubala
26 : Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews

Rating : 8/10
Ramalan : Enam pasukan terbaik.

Pencapaian pasukan Perak pada musim 2011 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Kehadiran Norizan Bakar ternyata telah banyak membawa perubahan positif dalam pasukan Perak.

Persiapan pasukan Perak menghadapi musim 2012 juga dilihat agak baik apabila berjaya mengekalkan pemain terbaik mereka disamping berjaya mendapatkan beberapa pemain baru seperti Shahrom Kalam (K.Lumpur), Rafiuddin Roddin (Harimau Muda A), Badrul Azam Zamri (Felda United), Fahrul Razi Kamarudin (K.Lumpur), Failee Ghazli (USM FC) serta 2 pemain import Lazar Popovic (Serbia) dan Michael Kubala (Slovakia).

Manakala pemain yang digugurkan Razali Umar Kandasamy, Azmeer Yusof, Arif Ismail, Harizul Izuan A.Rani, Syahman Zainuddin, Nurul Nasriq Kamarudin, Nasir Basharudin, Shahrul Hafiz Mohd Shafei serta Khamal Izat Jamaludin.

Skuad Perak kali ini juga dilihat agak seimbang disetiap posisi berbanding musim lepas. Pilihan utama bagi posisi penjaga gol akan direbut sama ada Nasril Nourdin ataupun Kamarul Effendi. Kedua penjaga gol ini boleh beraksi dengan baik, tetapi Nasril mempunyai kelebihan dari segi pengalaman untuk dipilih sebagai penjaga gol utama.

Dibarisan pertahanan, Khairi Zainuddin serta Chan Wing Hoong Hong akan membimbing pemain muda dalam pasukan ini. Namun pada musim 2011, dilihat hanya Khairi yang memainkan lebih peranan didalam kesebelasan utama berbanding Wing Hoong. Musim ini keadaan sama juga mungkin berlaku kerana pemain yang baru menyertai pasukan, Shahrom Kalam lebih bertindak diposisi pertahanan kanan, Khairi berkemungkinan akan bergandingan dengan Hisyamuddin Shaari ataupun Syazwan Roslan sambil Nor Hazrul Mustapa bertindak dipertahanan kiri.

Jentera tengah skuad Perak musim 2012 dilihat lebih ampuh dengan kehadiran Rafiuddin serta pemain import, Michael Kubala dari Slovakia. Ia sekaligus meringankan bebanan yang terpaksa dipikul Shahrulnizam Mustapa bagi mengerakkan jentera tengah. Dibahagian sayap, Fazrul Hazli, Isma Aliff dilihat sebagai pemain yang berpotensi diposisi tersebut. Norizan akan berdepan kesukaran mencari penganti terbaik sekiranya kedua pemain ini tidak dapat beraksi.

Kehilangan Razali Umar Kandasamy dibarisan serangan dilihat tidak memberikan sebarang kesulitan memandangkan Perak mempunyai ramai penyerang yang boleh diharapkan. Malah Norizan pastinya sukar untuk memilih yang terbaik antara Akhmal Rizal, Failee Ghazli, Lazar Popovic serta Shafiq Jamal untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Mengikut rekod kali terakhir pasukan Perak memenangi kejuaraan liga adalah pada tahun 2003, yang ketika itu dibawah bimbingan Toni Netto. Penyokong skuad "Kejor Yob Kejor" pastinya memasang impian untuk melihat barisan bimbingan Norizan Bakar ini mampu menamatkan penantian selama 9 tahun untuk menjulang kejuaraan liga sekali lagi. Mampukah hasrat tersebut dipenuhi?

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Sunday 25 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan N.Sembilan


Pengurus : Abdul Latif Abdul Halim
Jurulatih : Azraai Khor Abdullah

Senarai pemain :
1. Kaharuddin Abdul Rahman
2. Fiqri Azwan Ghazali
3. Tengku Qayyum Ubaidillah
4. Mohd Firdaus Azizul
5. Norhafiz Zamani Misbah
6. Mohd Zulfaizam Kamis
7. S. Kunanlan
8. Norismaidham Ismail
9. Shahurain Abu Samah
10. Jean-Emmanuel Effa Owana (Cameroon)
11. Khairul Ridzwan Othman
12. Mohd Shukor Adan
13. Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira (Brazil)
14. G. Mahathevan
15. Rashid Mamud
16. Qhairul Anwar Roslani
17. Abdul Halim Zainal
18. Muszaki Abu Bakar
19. V. Paramasivam
20. Idris Abdul Karim
21. Ahmad Shakir Mohd Ali
22. Badrulzaman Abdul Halim
23. Mohd Nazrin Mohd Nawi
24. Mohd Alif Shamsudin
25. Mohd Farizal Marlias
26. Mohd Norhairy Abdul Rahman

Rating : 8.0/10
Ramalan : 5 pasukan teratas liga.

Azraai Khor mempunyai tugas berat bagi memastikan skuad N.Sembilan mampu memberikan cabaran untuk merebut kejuaraan Liga Super. Kehilangan beberapa pemain tonggak musim lepas seperti Aidil, Zaquan, Irwan, Hairudin serta Farizal Harun pastinya akan memberikan kesan terhadap cabaran Juara Piala Malaysia 2011 ini.

Jika diimbas cabaran skuad rusa pada musim 2011, Azraai memerlukan dalam 10 perlawanan sebelum menemui kombinasi terbaiknya. Ramalan penulis pada peringkat awal Liga Super 2012 nanti, Azraai juga akan mengalami situasi sama. Beliau perlukan beberapa perlawanan sebelum menemui barisan terbaiknya. Situasi ini boleh menjejaskan cabaran skuad N.Sembilan andainya tercicir banyak mata dalam perlawanan awal liga.

Posisi paling terjejas teruk adalah dibarisan pertahanan. Dengan pemergian Aidil serta Irwan, Norhafiz berkemungkinan akan bergandingan bersama Zulfaizham ataupun Mahathevan diposisi pertahanan tengah. Marquen Goncalves pemain import yang diharapkan mampu mengisi posisi tersebut, gagal memenuhi syarat pemain import untuk beraksi dalam Liga Malaysia. Sehingga bulan April, Azraai terpaksa mengharapkan pemain yang ada sebelum boleh mendapatkan pemain lain terutamanya pemain import. Tidak mustahil juga Azraai bakal meletakkan semula kapten pasukan, Shukor Adan sebagai pertahanan tengah seandainya tiada calon yang berwibawa mengisi posisi tersebut. Bagi posisi pertahanan kiri juga terdapat sedikit masalah kerana hanya Tengku Qayyum sudah terbukti beraksi baik diposisi tersebut, alternatif lain dengan meletakkan Kunanlan sebagai pertahanan kiri, akan melemahkan kekuatan serangan. Dipertahanan kanan, Qairul serta Aliff mampu diharapkan untuk beraksi diposisi tersebut.

Di posisi penjaga gol, Faizal Marlias hampir pasti dipilih sebagai penjaga gol utama, sambil Badrulzaman sebagai penjaga gol kedua. Pada musim 2011, Farizal Marlias mendapat saingan hebat bagi merebut posisi penjaga gol utama bersama Farizal Harun. Wujud persoalan mampukah Badrulzaman mewujudkan saingan serupa, bagi merebut posisi penjaga gol utama skuad rusa ini. Saingan sihat sebegini penting bagi memastikan pemain sentiasa menampilkan aksi terbaik baik semasa latihan mahupun semasa perlawanan.

Dibarisan midfield serta serangan, skuad N.Sembilan tidak mempunyai banyak masalah. Kunanlan serta Shahruain pastinya akan menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan dibahagian sayap, sambil Idris, Halim, Norismaidham ataupun Shukor akan memainkan peranan dibahagian tengah.

Dibahagian serangan pula, selepas berjaya mengilap bakat Firdaus Azizul sebagai penyerang harapan N.Sembilan, Azraai membawa kembali bekas anak didiknya di Kedah, Shakir Ali bagi membentuk jentera serangan berbisa bersama penyerang import dari Cameroon, Effa Owana ataupun Firdaus Azizul. Dalam perlawanan pramusim, Shakir dilihat sebagai penyerang paling menyinar dalam skuad N.Sembilan. Ia seakan memberi isyarat awal, bahawa pemain ini bakal menggegar dalam Liga Malaysia 2012 nanti. Selain itu Khairul Ridzuan, pemain yang dibawa masuk dari skuad piala presiden juga menjadi sandaran skuad ini bagi memburu jaringan.

Berjaya atau gagalnya pasukan N.Sembilan banyak bergantung kepada pemain baru yang dibawa masuk oleh Azraai. Antaranya Rashid Mamud, Zulfaizham, Shakir,  Norismaidham, Paramasivam, Nazrin serta Badrulzaman. Sekiranya mereka beraksi dengan baik serta mampu mengisi kekosongan pemain yang telah berhijrah, tidak mustahil pasukan ini boleh mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Saturday 24 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Selangor

Pengurus : Datuk Mokhtar Ahmad
Jurulatih : Irfan Bakti

Senarai Pemain :
1. G.Jeevanthan
2. Norazlan Razali
3. Fairul Azwan
4. Asrarudin Putra Omar
5. Razman Roslan
6. Nasriq Baharom
7. P.Gunalan
8. Ramez Dayoub (Lebanon)
9. Hasmarul Fadzir
10. Safiq Rahim
11. Amirul Hadi
12. Bunyamin Omar
13. Azidan Sarudin
14. Fitri Shazwan
15. Solihin Kanasian
16. Khairul Anuar Khalid
17. Fazilidin Khalid
18. Adib Aizudin
19. Amri Yahya
20. R. Surendren
21. Fairul Asyraf Sayuti
22. Wan Hoesne Wan Hussain
23. K. Gurusamy
24.  Lelo Mbele (DR Congo)

Rating : 8.5/10
Ramalan : Antara pencabar kejuaraan

Tahun 2011 dianggap sebagai tahun yang suram bagi pasukan Selangor apabila pasukan ini gagal menjulang sebarang kejuaraan. Persembahan tidak konsisten Selangor memaksa K.Devan meletakkan jawatan semasa kempen Piala Malaysia lepas dan tempatnya digantikan oleh P.Maniam.

Bagi mengharungi kempen 2012, FAS telah berjaya memancing jurulatih terbaik 2011, Irfan Bakti sebagai pengendali baru skuad merah kuning. Beberapa pemain musim lepas telah digugurkan antaranya Iqbal Suhaimi, Saiful Amar Sudar, Hardi Jaafar, Yusri Derma Raju, D.Surendran, Rudie Ramli serta Fadzli Shaari.

Jika pada musim lepas masalah utama Selangor berpunca daripada aksi tidak konsisten penjaga gol mereka. Disebabkan itu pada musim ini pasukan Selangor telah mendapatkan 2 orang penjaga gol baru iaitu G.Jeevanathan dari USM Fc serta Norazlan Razali dari K.Lumpur.

Barisan pertahanan Selangor bagi musim ini juga agak mantap dengan adanya pemain kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, Nasriq, Razman, Asrarudin serta Gunalan. Jika sebelum ini tempat Gunalan sukar digugat, kini timbul persoalan adakah Irfan akan memberikan peranan pertahanan kiri kepada pemain kebangsaan Asrarudin. Ataupun Irfan akan menggunakan formula sama yang digunakan pembantunya P.Maniam pada musim lepas dengan meletakkan Asrarudin di bahagian pertahanan tengah bergandingan bersama Ramez Dayoub.

Irfan juga pastinya lega kerana barisan midfield Selangor dibarisi pemain yang berkebolehan tinggi. Safiq Rahim hampir pasti diletakkan sebagai pemain tengah menyerang sambil pemain tengah bertahan akan menjadi rebutan Azidan, Gurusamy serta Bunyamin. Dibahagian sayap pula nama Amirulhadi pastinya menjadi pilihan utama sambil pilihan terdiri daripada K.Soley, Fitri Syazwan serta Fazlidin Khalid.

Dibarisan serangan, penyerang import Lelo Mbelo dilaporkan baru pulih dari kecederaan. Terdapat kemungkinan Irfan akan merehatkan atau tidak menggunakan pemain ini dalam 90 minit permainan dalam perlawanan awal liga. Kapten Selangor, Amri Yahyah dijangka akan memainkan peranan sebagai penggempur utama, sambil dibantu R.Surendran serta penyerang muda yang baru berhijrah dari Pahang, Famirul Asraf Sayuti.

Pengalaman Irfan dalam kancah saingan Liga Malaysia akan banyak membantu skuad yang dikenali  sebagai "Reds Giant" ini menghadapi musim yang paling mancabar kali ini. Mampukah Irfan membawa Selangor kemercu kejayaan? Sama-sama kita nantikan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Friday 23 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Kelantan


Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter Butler

Senarai Pemain :
1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okine ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu Jamaludin
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof
21 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
22 : S.Chanturu
23 : Zairol Fitree Ishak
24 : Azlan Ismail
25 : Izuan Solahuddin
26 : Khairul Izuan Rosli
27 : Aris Zaidi

Rating : 9.0/10
Ramalan : Antara pencabar kejuaraan.

Kepulangan semula Peter Butler sebagai jurulatih pasukan Kelantan menggambarkan hasrat KAFA untuk meneruskan momentum mereka sebagai kuasa terunggul dalam Liga Malaysia. Perlantikan semula Butler dianggap sebagai "langkah selamat" memandangkan Butler bukanlah asing lagi dalam bolasepak Kelantan. Malah kepulangan "trio kontroversi" Azizi, Norfarhan serta Indra dikatakan ada kaitan dengan pengaruh Butler. Dengan barisan pemain yang cukup seimbang disetiap posisi,Kelantan dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan menjelang saingan Liga Super musim 2012 nanti.

Persiapan pasukan Kelantan juga cukup rapi dengan mendapatkan pemain import sebaik sahaja mereka tersungkur di suku akhir Piala Malaysia 2011. Mohammed Ghaddar, Denny Antwi serta Emmanuel Okine mengisi slot 3 pemain import beraksi dalam Liga Malaysia serta tambahan Zakaria Charara dalam saingan Piala AFC.

Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan skuad ini tiada barisan pertama atau kedua kerana kebanyakkan pemain Kelantan musim ini adalah pemain berpengalaman kecuali pemain yang baru diserapkan daripada skuad Piala Presiden. Setiap posisi pasukan Kelantan boleh diisi oleh 2 atau 3 pemain yang kualitinya tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Diposisi penjaga gol Shahrizan boleh mengantikan Khairul Fahmi seperti terbukti dalam saingan Piala Malaysia lalu. Barisan pertahanan juga dibanjiri pemain berpengalaman seperti Subramaniam, Farisham, Rizal,Daudsu, Zairul serta Aziz Ismail. Cuma bagi posisi defensive midfielder sahaja dilihat hanya Shakir dan Okine yang lebih dominan, manakala pemain lain yang boleh bermain diposisi tersebut belum terbukti lagi kemampuannya.

Kebanyakkan midfield pasukan Kelantan musim ini lebih berorientasikan serangan seperti Antwi, Baddri, Indra, Norfarhan dan Chanturu, dan secara tidak langsung ia akan memudahkan tugas Norshahrul, Ghaddar, Ramzul atau Azlan bagi merobek gawang lawan.

Walaubagaimanapun, skuad ini bakal diuji dalam saingan yang sangat kompetatif musim ini, baik dalam saingan Liga Malaysia mahupun dalam saingan Piala AFC. Kekuatan mental bakal menjadi penentu sama ada berjaya atau tidak skuad yang dikenali sebagai "The Red Warrior" ini menjulang kejuaraan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Tuesday 13 December 2011

Sejarah pertandingan Piala Emas Raja-Raja

Khas artikel ini kepada sesiapa yang bertanya mengenai sejarah penganjurannya.
Kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan telah mula diadakan pada tahun 1922 iaitu semasa lawatan Yang Teramat Mulia Raja Muda Inggeris (Prince of Wales) ke sebelah timur termasuk Tanah Melayu dan Singapura. Berbagai-bagai acara sambutan telah diadakan termasuk Pertandingan Bolasepak Melayu tajaan 'Malaya/Borneo Exhibition' yang telah diadakan selama dua minggu di Singapura. 10 buah pasukan negeri telah... mengambil bahagian iaitu pasukan-pasukan Melayu daripada Singapura, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Negeri Pahang dan Perlis tidak mengambil bahagian. Dalam Perlawanan akhir pasukan Kedah telah berjaya menjadi johan dengan mengalahkan pasukan Johor dan menerima Piala Emas yang dipertandingkan.

Pertandingan tersebut telah diteruskan lagi pada tahun 1923 di bawah anjuran Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA) bertempat di Kuala Lumpur. Pada edisi kali ini pertandingan itu hanya terbuka kepada empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federal Malay States) bagi merebut sebuah piala perak yang dikurniakan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Sungguhpun pertandingan itu terbuka kepada empat buah negeri Melayu Bersekutu tetapi Pahang tidak dapat turut serta mengambil bahagian. Selangor telah berjaya memenangi piala tersebut selama tiga tahun berturut-turut mulai 1923 hingga 1925 dan menurut peraturan pertandingan, piala itu menjadi milik pasukan Selangor dan tidak dipertandingkan lagi.

Sebagai gantinya pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, KDYMM Sultan Selangor, Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, KDYMM Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abdullah dan KDYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad iaitu Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu Negeri-Negeri Bersekutu telah menghadiahkan sebuah lagi piala baharu yang dinamakan PIALA EMAS SULTAN-SULTAN.

Selama 12 tahun Piala Emas Sultan-Sultan menjadi rebutan iaitu daripada tahun 1926 sehingga 1938. Pihak penaja Malayan Agri-Horticultural Association telah dapat mengadakan enam edisi pertandingan sahaja iaitu pada tahun 1926, 1927, 1928, 1930, 1935 dan 1938. Selepas penubuhan Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung maka, Pertandingan Piala Emas Sultan-Sultan telah dipulihkan semula dengan disertai oleh semua negeri Tanah Melayu dan Singapura sehingga kini.
Sumber:https://www.facebook.com/add_email.php#!/PBMelayuKedah

Monday 12 December 2011

[UPDATE]-Senarai Pemain Import Pasukan Liga Malaysia 2012

Sehingga ke saat ini, di bawah adalah senarai nama pemain import pasukan-pasukan Liga Malaysia 2012
KELANTAN FA:
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghan
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

TERENGGANU FA:
1. Muhammadou Suamarez (Gambia)
2. Tercio Nunes (Brazil)

SELANGOR FA:
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (DR Congo)

KEDAH FA:
1. Daniel Soares Neves (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

FELDA UNITED FC:
1. Matias Favano (Argentina)
2. Santiago Bianchi (Argentina)

PERAK FA:
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

NEGERI SEMBILAN FA:
1. Marquem Gonçalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-TEAM FC:
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petric (Bosnia)

JOHOR FC:
1. Tiago Lima Leal (Brazil)
2. Tito Fernando Da Silva Pinto (Brazil)

JOHOR FA:
1. Richard Offiong (England)
2. Sodjine Lazare Esseh (Togo)

SABAH FA:
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

SARAWAK FA:
1. Kallé Soné (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

SINGAPORE XII:
None

PKNS FC:
1. Dawood Nicoise (Perancis)
2. helmi Loussaief (Tunisia)

KUALA LUMPUR FA:
None

PERLIS FA:
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

ATM FA:
1. Bruno Martelotto (Argentina)
2. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)

SIME DARBY FC:
1. Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia)
2. Sengbhah Veron Kennedy (Liberia)
 

Bilakah masanya Bolasepak Malaysia akan Menerima Pengaruh Bolasepak Brazil?






Gambar diatas adalah sebahagian daripada kejayaan yang dilakar oleh pengaruh Bolasepak Brazil yang sememangnya merupakan kuasa agung dalam arena bolasepak dunia sepanjang zaman.

Sejarah juga membuktikan menunjukkan bahawa Brazil mempengaruhi pasukan pasukan gergasi di Asia secara menyeluruh. Kuwait, Saudi Arabia, Jepun, China dan lain-lain semua dipengaruhi oleh corak permainan bola sepak Brazil. Iraq memenangi Piala Asia pada tahun 2007 di bawah Jorvan Viera. Sedangkan apa infrastruktur yang ada pada negara Iraq pada ketika itu selain pengkalan tentera dan hospital yang padat dengan pesakit akibat perang?
 
Pemain dari negara kita yang bernama Kumaahran,berasal daripada Pulau Pinang akan bertolak ke Belo Horizonte pada tahun depan untuk bersama pasukan Cruzeiro selama 3 bulan. Tahukah anda, bahawa kelab yang tertarik dengan corak permainan Kumaahran ini iaitu Cruzeiro adalah kelab yang menghasilkan Ronaldo pada suatu masa dahulu. Mereka juga merupakan juara Brazil U-16.
Di dalam liga Malaysia sendiri misalnya, Toni Netto telah memenangi 4 piala dalam tiga tahun bersama Perak. Sampai sekarang, dia merupakan jurulatih paling cemerlang dalam sejarah Bolasepak Perak!
Peluang sememangnya sudah terhidang di hadapan kita. FAM mungkin sudah boleh berfikir untuk menukar corak permainan skuad Malaysia kepada corak Samba. Pihak di Brazil sememangnya pasti dengan senang hati untuk memberi tunjuk ajar jika ada kerjasama yang mahu dijalinkan oleh FAM kerana dengan terjalinnya kerjasama itu, maka kehebatan Brazil diiktiraf secara tidak langsung. Bukankah nama Brazil juga yang akan disebut jika Malaysia berjaya satu hari nanti.

Corak permainan Malaysia kalau diperhatikan dengan betul lebih sesuai dengan gaya permainan seperti pasukan Brazil dan kurang sesuai dengan corak permainan seperti di Eropah. Bayangkanlah jika Nazmi Faiz dihantar ke Brazil? Bakat yang ada padanya mungkin akan lebih hebat dan mungkin akan sama taraf seperti Kaka, pemain yang dikatakan mempunyai paras rupa serta gaya permainan yang lebih kurang sama.


Namun begitu, kita bukan hanya mahukan Nazmi sahaja yang berjaya, tetapi matlamat kita adalah melahirkan lebih ramai pemain bolasepak yang berbakat besar dan tidak mengharapkan pada seseorang individu sahaja.


Sekadar pendapat peribadi.


Foto: Crc Penang
Sumber: Crc Penang
Penulis dan Editor: Pecinta Bola

Piala Sumbangsih Perlukan Format Yang Konkrit.

Piala Sumbangsih yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah mula diperkenalkan pada tahun 1985 dengan menemukan juara Piala Malaysia 1984, Selangor serta naib juara liga 1984 Pahang.(Selangor juga merupakan juara liga pada tahun 1984).

Sepanjang tempoh daripada ia mula dipertandingkan sehingga kini pelbagai format telah digunapakai dalam perebutan piala ini. Selepas format menemukan juara Piala Malaysia serta juara liga dipraktikkan daripada tahun 1985 hingga tahun 1992, pada tahun 1993 format Piala Sumbangsih telah ditukar. Kali ini menemukan juara Piala Malaysia menentang juara Piala FA.
Alasan perubahan format ini supaya setiap pasukan bersungguh-sungguh didalam pertandingan Piala FA yang pada ketika itu dianggap pertandingan kelas 2.

Bermula pada tahun 2002, Piala Sumbangsih telah dilangsungkan sekali dengan kejohanan liga yang bermakna dalam perlawanan ini, mata akan dikira didalam liga berdasarkan keputusan 90 minit tempoh permainan.

Setelah agak lama menggunakan format menemukan menemukan juara Piala Malaysia menentang juara Piala FA, pada tahun 2011 ia sekali lagi telah dipinda. Kali ini menemukan kembali juara Piala Malaysia menentang juara Liga Super. Ia ditukar dengan alasan mengikut ketetapan oleh FIFA supaya menggangkat taraf pertandingan liga lebih tinggi daripada pertandingan Piala FA. Semoga format ini kekal dan tidak berubah lagi selepas ini. Namun beberapa perubahan perlu dilakukan demi memastikan Piala Sumbangsih ini kekal berprestij serta memberikan keadilan buat semua pasukan yang merebut piala ini.

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM ialah, Piala Sumbangsih perlu diasingkan daripada perlawanan liga bagi memberikan prestij kepada Piala Sumbangsih itu sendiri. Piala Sumbangsih tidak perlu "menumpang" kepada pertandingan lain. Ia seharusnya dilangsungkan secara berasingan daripada kejohanan liga.

EPL, liga yang terawal mempraktikkan Piala Sumbangsih disekalikan dengan perlawanan liga turut menukar kembali format dengan mengasingkan ia kembali daripada perlawanan liga kerana ianya tidak praktikal. Sekiranya juara Piala FA terdiri daripada pasukan Division lain, sudah pasti perlawanan Piala Sumbangsih tidak dapat disekalikan dalam perlawanan Liga Perdana (EPL). Atas alasan itu, format tersebut tidak digunapakai lagi kerana mereka telah nampak kelemahan dalam format tersebut.

Perkara yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Masalah akan timbul sekiranya juara Piala Malaysia terdiri daripada pasukan Liga Premier yang tidak dinaikkan bahagian ataupun daripada pasukan yang diturunkan bahagian dalam Liga Super. Walaupun kemungkinan ini amat tipis berlaku, tetapi ia tidak mustahil. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan", janganlah nanti apabila berlaku perkara seperti ini, format pertandingan yang sedia ada hendak dirombak kembali. Format yang konkrit ataupun kukuh perlu wujud dari sekarang untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang mengkritik perjalanan piala ini. Format yang konkrit juga adalah asas profesionalisme sesuatu kejohanan. Sekiranya ia kerap bertukar (kerana tiadanya format yang konkrit) ia menampakkan kelemahan pengurusan didalam pengendalian sesuatu kejohanan.

Bagi gelanggang perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini ia dilangsungkan digelanggang berkecuali. Memang diakui, penonton begitu berkurangan sekiranya ia dilangsungkan digelanggang berkecuali. Dan disebabkan itu pada masa kini perlawanan Piala Sumbangsih dilangsungkan digelanggang salah satu pasukan yang bertanding. Tetapi apa yang sering diperkatakan oleh peminat bolasepak tempatan ia tentunya akan mewujudkan satu situasi "ketidakadilan" disini. Sudah menjadi lumrah tuan rumah akan mempunyai beberapa kelebihan tertentu.

Bagi mengatasi masalah ini, Jawatankuasa Pertandingan FAM harus mencontohi Serie A (Itali) ataupun La Liga (Sepanyol). Perlawanan pembuka tirai (Piala Sumbangsih) dinegara berkenaan dijalankan secara timbal balik, dengan pemenang akan ditentukan melalui aggregat dalam 2 perlawanan tersebut. Ia lebih adil buat pasukan yang merebut kejuaraan ini.

Sekadar cadangan penulis agar prestij Piala Sumbangsih ataupun Piala Sultan Ahmad Shah mampu ditingkatkan pada masa akan datang.

Penulis : Arieost Azzurie

Sunday 11 December 2011

Senarai Pemain Import Pasukan Liga Malaysia 2012

Sehingga ke saat ini, di bawah adalah senarai nama pemain import pasukan-pasukan Liga Malaysia 2012
Masih ada pasukan yang belum mengumumkan senarai pemain mereka.
T-Team
1)Zacharia Simukonda (Zambia)
2)Bojan Petric (Bosnia and Herzegovina)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1)Bruno Martelotto (Argentina)
2)Marlon Alex James (St Vincent and the Grenadines)

Negeri Sembilan
1)Marquem Goncalves Ferreira (Brazil)
2)Jean Emmanuel Effa Owona (Cameroon)

Kuala Lumpur
1)Ayo Hassan Raimi (Nigeria)
2)Mehdi Tagawa (Tunisia)

Selangor
1)Ramez Dayoub (Lebanon)
2)Lelo Mbele (DR Congo)

Sime Darby FC
1)Patrick Wleh (Liberia)
2)Sengbhah Veron(Liberia)
Perlis
1)Lamin Conteh

Terengganu
1)Tercio Nunes (Brazil)
2)Muhammadou Suamarez (Gambia)

Kelantan
1)Emmanuel Okine (Ghana)
2)Denny Antwi (Ghana)
3)Mohamad Ghaddar (Lebanon)
4)Zakaria Charara (Lebanon)

Perak
1)Lazar Popovic (Serbia)
2)Michal Kubala (Slovakia)

Kedah
1)Daniel Soares Neves (Brazil)
2)Danilo Rafael dos Santos Vivaldo (Brazil)

Sabah
1)Brendan Gan (Australia)
2)Michael Baird (Australia)

Sarawak
1)Kalle Sone (Cameroon)
2)Guy Bwele (Cameroon)
 Johof FC
1)
Tito Fernando Da Silva(Brazil)
2)
Tiago Lima Leal(Brazil)

Saturday 10 December 2011

Review Ringkas peringkat Separuh akhir Piala Emas 2011

Tamatnya perlawanan suku akhir ke-2 Piala Emas Raja-Raja 2011 menandakan kejohanan yang dijalankan selepas tamatnya kejohanan dibawah kelolaan FAM  ini semakin ke penghujungnya apabila perlawanan pertama separuh akhir bakal berlangsung pada Sabtu ini, 17 Dis 2011. Sebelum itu ayuh kita imbas perlawanan di peringkat suku akhir yang tamat semalam.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, hajat penyokong haria Penang haria untuk melihat Sang harimau kumbang ke separuh akhir tidak kesampaian. Hajat besar mereka dilenyapkan oleh Sang kenari yang terbang di tinggi setelah menumbangkan Pulau Pinang dengan keputusan 2-0 secara agregat.

Sementara itu di utara tanah air, di Stadium Utama Negeri Kangar, pasukan MASUM sekali lagi terkandas di peringkat suku akhir. MASUM terpaksa akur kepada kekuatan Singa utara yang telah menewaskan mereka secara agregat 3-0. Musim lalu mereka tewas di tangan Kedah.

Di Stadium Hang Tuah pula, kejayaan di peringat pasukan Liga Super  Selangor  tidak dapat diterjemahkan oleh pasukan Piala Emas mereka setelah tunduk lesu kepada kekuatan pasukan Melaka yang dikhabarkan inilah skuad Liga FAM 2012 dengan agregat 5-1.

Beralih pula ke Stadium  Temerloh, kekuatan ‘abang-abang Polis’ tidak dapat menandingi kekuatan Pahang apabila tewas kepada pasukan  Tok gajah dengan keputusan 2-0 secara agregat di hadapan penyokong Pahang yang hadir ke stadium.



Di peringkat separuh akhir nanti, pasukan Kedah bakal melayan kunjungan pasukan Hang Tuah, Melaka di Darulaman terlebih dahulu. Masing-masing ada hajat yang tersendiri. Bagi Melaka ini peluang untuk mereka melangkah ke final  pertama dalam apa-apa kejohanan bolasepak di Malaysia setelah kali terakhir melangkah ke final merebut kejuaraan Piala Liga Perdana pada tahun 2006 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman menentang Kedah tetapi tewas 0-1.

Bagi Pasukan Kedah pula, ini merupakan peluang terbaik untuk mereka melangkah ke final Piala Emas Raja-Raja buat kali ketiga berturut-turut dan kali ini mereka sudah pastinya tidak mahu kecewa lagi untuk mengucup kejuaraan Piala Emas selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2004.

Satu lagi separuh akhir yang  tidak kurang rancaknya yang melibatkan dua pasukan yang pasukan utamanya telah tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan. Bagi pasukan Pahang, sudah pasti ada sesuatu yang mahu dibuktikan oleh mereka buat para penyokong Pahang yang kali terakhir merasai nikmat sebagai juara pada tahun 2006 sebagai juara Piala FA menewaskan Perlis.

Buat pasukan Perlis pula, mereka juga mahu menghadiahkan kejuaraan kepada penyokong Singa utara yang begitu dahagakan kejuaraan. Kali terakhir Perlis menjulang kejuaraan Piala Emas Raja-Raja ialah pada tahun 2009 setelah menewaskan Kedah di Darulaman dengan keputusan 2-0.

Penulis:Pecinta Bola

Friday 9 December 2011

Ada apa disebalik Animasi 'Bola Kampung'?







Animasi 'Bola Kampung'

Animasi Bola Kampung ialah sebuah siri televisyen animasi buatan Malaysia yang dihasilkan oleh Animasia Studios, mengisahkan keghairahan sekumpulan kanak-kanak luar bandar dalam bermain bola sepak dan impian mereka untuk mewakili sekolah mereka dalam sukan berkenaan. Siri Bola Kampung asalnya dibikin dan disiarkan dalam bahasa Malaysia di TV1, tetapi kini juga dialih suara ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dengan membawa tajuk Football Kids untuk tayangan oleh Disney Channel di 16 buah negara sejak akhir tahun 2007, selaku terbitan "buatan MSC Malaysia" terulung yang mencapai pasaran antarabangsa. Sehingga hari ini, Bola Kampung sudah disiarkan empat musim di kaca televisyen Malaysia.

Salah satu cara memupuk minat kanak-kanak Malaysia untuk meminati sukan bolasepak. Jepun telah berjaya memupuk minat kanak-kanak mereka meminati bolasepak selain telah memecahkan tradisi remaja di negara matahari terbit itu yang didominasi dengan sukan baseball. Cara mereka mudah, melalui cara mewujudkan animasi berkisar mengenai kehebatan dan kemasyuran dalam bolasepak-siri animasi Captain Tsubasa kalau tidak salah admin.

Jepun telah berjaya ! Dengan adanya animasi ini diharapkan kita juga berharap boleh lah berjaya seperti Jepun. Pasti akan ada suara sumbang yang akan berkata, "Eh, Jepun dulu yang tiru kita, kita ini ibarat guru mana boleh tiru murid.".

Jawapan admin, ya Jepun tiru kita dan mereka anak murid kita tetapi harus diingat, kalau guru bukan bermakna tidak boleh belajar daripada muridnya. Jika betul muridnya bijak dalam sesuatu hal dan gurunya pula agak lemah dalam hal itu, tak salah belajar kan?

Foto:Geng Bola Kampung
Penulis:Pecinta Bola

Kenali Mereka : János Krecska


János Krecska dilahirkan pada28 October 1965,sekarang umur beliau 46 tahun.Pemain kelahiran hungaray ini pernah mewakili beberapa pasukan dalam cariernya iaitu pasukan Ferencvárosi TC di liga tempat lahirnya pada tahun 1982-1984,selepas itu beliau ke pasukan III. Kerületi TUE juga di hungaray 1996-1997 ,selapas itu beliau berubah angin ke malaysia mewakili pasukan perak fa pada tahun 1997,ketika mewakili perak Janos Krecska berjaya membantu perak memenangi piala malaysia pada tahun 1998,bersama-sama dengan rakan senegara beliau Laszlo Repasi.

 
Belakang: Roslan Hamid [4], Lazslo Repasi [19], Raja Azlan Shah [2], Zamri Mat Ariff [22], Noel Dodo Kipre, János Krecska & Khairul Anuar Baharom [5]
Depan: R. Nanthakumar, Chan Kok Heng [3], Lim Seng Kong [17] & Abu Bakar Fadzim

Selepas kerjaya sebagai pemain bola berakhir,beliau telah menjadi jurulatih BKV Előre SC sebuah kelab di Budapest, Hungary pada tahun 2003-2006,selepas meningalkan kelab BKV Előre SC beliau mula mengorak mengorak langkah ke malaysia untuk menjadi jurulatih pasukan KL Plus pada tahun 2010 sebagai penolong jurulatih Mat Zan Mat Aris di KL Plus FC pada tahun 2010.Sehinggalah Mat Zan Mat Aris meletak jawatan,dan beliau mengambil alih sehingga KL Plus mengundur diri daripada liga malaysia,selepas itu beliau ke pasukan Perlis,


Penulis:Ley Man
Rujukan:
-http://hariapenang.blogspot.com/
-http://en.wikipedia.org/

Sime Darby Guna Khidmat Razali Umar Untuk Menjadi Pencabar Utama Liga Perdana Musim Depan


BEKAS penyerang kontroversi Perak, Razali Umar Kandasami sah menjadi milik Sime Darby FC musim depan selepas bersetuju menyarung jersi skuad itu yang dibimbing jurulatih Ismail Zakaria.
Menurut Ismail, pemain tinggi lampai itu yang mencetuskan kontroversi ketika bersama negeri kelahirannya mula menjalani latihan sejak awal November lalu dan tahap kecergasannya kini dipantau memandangkan dia berehat terlalu lama.

“Biarpun pemain itu berehat panjang dan dikatakan sering menimbulkan masalah bersama bekas pasukannya musim lalu, saya yakin dia boleh berubah dan lebih berdisiplin untuk mempamerkan kemampuannya sebenar,” katanya.
Ismail berkata, selain Razali, turut dipikat Sime Darby untuk memperkuatkan skuad musim depan adalah dua bekas penyerang Selangor PKNS, Zamri Hassan dan Mohd Irmie Mat serta bekas pemain T-Team, Rosli Muda yang bertindak di bahagian tengah dan Mohd Sazlan Alias (pertahanan).

Selain itu, Ismail yang dibantu penolongnya, Abdul Ghani Malek berkata, bagi memantapkan lagi pasukan, beliau turut mengikat penyerang Perlis, Mohd Fazli Baharom, Mohd Ariff Ismail (Perak), Mohd Saufiq (Johor) dan dua pemain import dari Liberia, Patrick dan Ronaldinho Wleh.

“Dengan adunan pemain baru dan sedia ada serta ditambah pemain import, saya yakin Sime Darby mampu menjadi pencabar utama Liga Perdana musim depan dan layak ke Liga Super 2013,” katanya.

Kredit:My Metro
Foto:Sime Darby Fc


Wednesday 7 December 2011

Realiti Pembangunan Akar Umbi Bolasepak Malaysia

Hendak seribu daya tak hendak seribu upaya. Seringkali kita diajar peribahasa tersebut dalam apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan agar berjaya pada masa kelak. Apakah kaitan peribahasa ini dengan pembangunan sukan bolasepak di peringkat akar umbi? Mari kita kupas tajuk ini.

Mentaliti para guru di sekolah perlu diubah! Mengapa penulis berkata demikian? Ya, bayangkanlah para jurulatih yang juga guru terpaksa menerima arahan pengetua/guru besar agar tamat sahaja liga bola daerah, maka sesi latihan juga ditamatkan dengan alasan ingin menumpukan perhatian pemain kepada pelajaran pula. Mengapa perlu ada kaitan yang tidak tepat dalam hal ini? Adakah para pemain remaja ini mendapat perlawanan yang kompetetif yang hanya sebanyak 8-10 perlawanan selama 2 bulan kejohanan ini akan meningkat kualiti permainan mereka sedangkan pemain remaja di Eropah mendapat jumlah perlawanan seperti pemain pro dewasa?

Adakah dengan menamatkan sesi latihan yang kebiasaannya dijalankan pada waktu petang yakni jam 5 petang sehingga sebelum waktu Maghrib, para pemain bola akan menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran? Rasanya 90% pemain yang juga pelajar sekolah yang sedang membaca artikel ini akan mengatakan TIDAK! Mengapa menjawab tidak, sudah tentu mana ada orang belajar petang-petang disaat waktu itu adalah waktu untuk beriadah. Jangan sempitkan fikiran dengan menyuruh mereka belajar waktu petang kerana dalam masa yang sama, anda sedang memberi tekanan yang hebat kepada diri remaja.

Para pengetua/guru besar juga sebenarnya tidak serius dalam membangunkan sukan terutamanya sukan bolasepak. Para jurulatih yang ingin menjalankan latihan awal sebagai persediaan menghadapi kejohanan bola akan dilarang berbuat demikian dengan alasan dapat surat daripada Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) baru boleh memulakan latihan dan jangan ganggu pelajar belajar. Mengapa perlu jadi begini? Berilah peluang kepada jurulatih untuk membentuk pasukan yang mantap bagi mengharumkan nama sekolah. Akedemik tanpa Kokurikulum adalah ibarat makanan tanpa minuman, tak lengkap!

Sikap sesetangah guru Pendidikan Jasmani(PJ) juga perlu diubah. Lihatlah ketika waktu PJ sedang berjalan, murid sedang bermain bola di padang sementara guru PJ begitu gah bersembang dengan rakan yang lain di kantin sekolah. Habis waktu PJ datang bagi arahan suruh berhenti . Hanya setakat itu sahaja. Lebih baik jika dapat turun sekali bermain sambil dalam masa yang sama dapat memberi tunjuk ajar yang berguna kepada murid. Mungkin Nampak remeh tetapi pengajaran bukan hanya setakat membuka buku teks malahan lebih daripada itu.




Sementara itu ,FAM mungkin sudah boleh mengorak langkah dengan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap kelayakan jurulatih bolasepak sekolah. FAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menguatkuasakan peraturan yang mengsyaratkan para jurulatih bolasepak sekolah perlu sekurang-kurangnya mempunyai lesen kejurulatihan kelas C. Ini perlu bagi memastikan apa yang dilatih oleh jurulatih itu sendiri menepati piawaian jurulatih yang bagus agar para pemain remaja yang menerima tunjuk ajar jurulatih tidak mendapat ilmu yang salah dalam bolasepak.

Bayangkan jika pemain remaja mendapat jurulatih yang tidak mempunyai lesen, mereka hanya akan mendengar jurulatih memberi arahan saling tak tumpah ala-ala jurulatih Barcalona agar bermain taktik ‘tika-taka’ namun tidak diamalkan dalam latihan kerana tidak tahu bagaimana untuk disusun formasi untuk memastikan apa yang dicakap dilaksanakan. Apabila datang perlawanan betul, gagal untuk diterjemahkan kerana hanya gah bercakap tanpa dilaksanakan gara-gara tiada ilmu kejurulatihan.

Jika perkara ini dilaksanakan, tidak mustahil bakal lahir satu lagi generasi pemain-pemain yang berbakat pada masa akan datang tetapi dengan syarat perkara ini perlu diambil serius. Mungkin langkah kita ini tidak akan membuahkan hasil untuk jangka masa yang pendek, tetapi mungkin untuk jangka masa yang panjang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu bukan.Sekadar pendapat peribadi.

Foto: Kedah Kenari Kids Langkawi
Penulis:Pecinta Bola