Pages

Wednesday 30 November 2011

Review Ringkas Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2011

Tumbangya Kelantan selaku juara bertahan Piala Emas Raja-Raja 2010 di peringkat kumpulan akan memunculkan juara baru Piala Emas Raja-Raja 2011.

Di suku akhir, pasukan Kedah nyata menjadi pilihan untuk ke final sekaligus bakal mengukir satu sejarah sebagai pasukan yang layak ke final tiga kali berturut-turut.

Namun begitu halangan pasukan Kedah adalah pasukan Pulau Pinang yang mempamerkan aksi mantap di peringkat kumpulan dengan menang keatas Terengganu, menang keatas ATM tetapi tewas kepada PDRM di aksi akhir kumpulan.

Bagi pasukan PDRM pula, berdepan pasukan Pahang bukanlah sesuatu yang mudah kerana Pahang juga ada misi yang tersendiri dalam memartabatkan semua maruah bolasepak negeri Tok Gajah. Aksi mantap pasukan TOk Gajah pasti menyentap semangat pasukan 'abang Polis' jika diambil kira keputusan lalu.

Dalam pada itu, pertemuan pasukan MASUM yang diwakili kebanyakannya adalah penuntut ipta UITM ingin melakar sejarah layak ke separuh akhir setelah dikecewakan oleh Kedah pada suku akhir tahun lalu. Bertemu Perlis, pasukan juara Piala Emas tahun 2009 dan jika dipandang enteng cabaran pasukan Singa Utara, maka MASUM bakal berputih mata.

Satu lagi pertemuan yang tidak kurang menariknya ialah pertemuan pasukan Gergasi Merah yang turut mengidamkan aksi final tetapi cabaran pasukan negeri Hang Tuah, Melaka yang mempamerkan lagaknya di peringkat kumpulan bukanlah boleh disamakan dengan aksi pertemuan pasukan Liga Super bertemu pasukan Liga FAM.Maruah pasukan Melaka menjadi taruhan begitu juga dengan Selangor.

Apapun di peringkat suku akhir berformatkan timbal balik dengan konsep kalah mati adalah halangan utama. Kalah perlawanan pertama pasti menyukarkan peluang ke peringkat seterusnya.

ayuh penyokong setia Bolasepak Malaysia, sama-sama meriahkan liga kita!
                            
Jadual Suku Akhir 1 Piala Emas Raja-Raja 2011
 Penulis:Pecinta Bola